5

16 3 0
                                    

Dian memejamkan mata rapat dan menarik nafas dalam, mengumpulkan kekuatan dengan saki baki tenaga yang masih tersisa dalam diri. Air mata hangat mulai menitik turun laju ke pipi. "Jalan. Aku nak balik." Hilman terdiam. Dia kembali meneruskan perjalanan mereka. Dia menjeling telefon bimbitnya yang masih bernyala di tangan Dian.

"Apa salah Dian dengan Hilman sampai Hilman buat Dian macam ni?"

"Dian tak bagi masa yang secukupnya dengan Hilman, Dian sibuk dengan kerja Dian."

Aku terdiam dan kelu lidah dengan penjelasan yang Hilman berikan kepada diriku. Aku sabar menunggu dirinya di Tanjung Malim tetapi dia telah menjalinkan hubungan yang baru dibelakangku. Air mata mengalir dengan lebih deras apabila mendengarkan bicara dari Hilman itu. Sepanjang jalan, aku hanya mendiamkan diri.

"Selama ni, aku boleh sabar dengan waktu kerja dan sibuk kau. Kenapa bila aku sibuk kau buat aku macam ni? Kau sejenis lelaki yang tak boleh sunyi ke?" Luah Dian tidak berlapik.

Sampainya di depan rumah, aku bergerak laju keluar dari perut kereta. Muka Hilman tidak dipandang. Panas hatiku semakin memuncak. Hati aku kecewa! Hilman juga keluar dari perut kereta dan memanggil aku untuk berbincang. "Aku nak putus! Kau tak ada beza dengan anak ikan. Cari makan ikut mana yang dapat. Asal kau puas! Tak ubah macam perempuan sundal!"

"Dian Jaunah! Jaga mulut tu!" tepik Hilman tidak mempedulikan orang yang lalu lalang. Aku berjalan selangkah dua menghampiri lelaki yang pernah aku sayang ini. Aku mendongak ke atas. Wajahnya aku tenung dan cerlung dalam. "Apalah yang aku harapkan dari lelaki macam kau ni. Bila dah terlebih harta, mula bercita-cita nak pasang dua." Suara separuh berbisik tegas. Matanya aku tatap tanpa kelip. Muka Hilman semakin merah. Mungkin menahan marah mendengarkan bicara aku.

Aku terus berpaling berjalan menuju ke arah rumah sewa sehinggakan aku mula menyedari telefon bimbitnya masih berada di tangan. "Kau berharta sangat kan?!" Jeritan aku bergema.

"Kau beli handphone baru!" Dengan penuh emosi aku menghempas telefon bimbitnya ke arah tar jalan. Berkecai telefon bimbit itu. Berbekalkan tumit tinggi yang aku gayakan seharian itu dan berat badan aku, aku memijaknya berkali-kali. Menambahkan retak yang sudah tersedia ada. "Guna juga harta kau tu, pergi meminang budak kilang tu! Hantaran dia tak sampai seratus pun!" Jeritan aku semakin kuat. Aku melangkah pergi dengan penuh emosi. Tangan digenggam kuat menahan rasa. Gelodak hati semakin membuak-buak.

"Kak Dian?"

Tersedar sahaja dari lamunan, dia memandang dua muka yang bingung melihatnya yang tiba-tiba sahaja menggenggamkan jari-jemarinya. Dian menarik nafas perlahan, cuba untuk menenangkan dirinya semula. "Ehem." Wartawan muda, Wida Hartini itu berdehem kecil. Cuba memberi ruang untuk menyelesakan dirinya semula. Namun timbul dari benak fikiran untuk bertanyakan sesuatu.

"Adakah Kak Dian sendiri pernah berlaku curang dalam mana-mana kisah percintaan yang tidak diceritakan, sehinggakan penyampaian Kak Dian dalam karya kali ini sangat mendalam dan menusuk hati para peminat?"

Wajah bersih wartawan muda ini ditenung lama. Wajah Dian beriak kosong. Sudahlah baru teringatkan Hilman tadi, budak ni soal aku pernah curang ke tidak? Nafas ditarik dan dihembus sekali dua untuk menenangkan hati. Kedua-dua belah tangannya diturunkan dan diletakan pada atas pahanya. Tangan digenggam di bawah meja. Cuba menyalurkan rasa amarah dengan lebih tersorok. Senyuman diukur ala kadara, "Tidak pernah dik. Semua tu sekadar saluran emosi yang pernah Kak Dian alami. Penulisan dari hati ni, jaranglah kalau tak berkesan. Tambah-tambah lagi kepada sesiapa yang pernah rasa perkara yang sama."

Dian terbatuk kecil. Tekaknya terasa kering. Udara sekeliling yang sejuk mengeringkan tekaknya dengan pantas. Secawan Iced Caramel Machiato yang masih belum tersentuh ditolak perlahan ke arah Dian Jaunah. Terima kasih diucapkan dan sedutan pertama terus membawanya kepada memori bekas kekasihnya yang terakhir.

Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah. Seorang pak cik yang berumur lima puluhan menegur aku. "Salam sejahtera, tumpang tanya. Awak cik Dian Jaunah kah?", tegur pak cik tersebut. "Ya. Saya Dian Jaunah", jawabku ringkas. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sigar. Dia telah diarahkan oleh guru besar Sk Ulu Bole untuk menjemputku dari lapangan terbang ini. Aku yang telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara ini, hanya membontoti langkah pak cik itu ke keretanya tanpa ragu-ragu.

Setibanya di kereta pak cik itu, dia mengangkat barangku ke keretanya. Keretanya yang berjenis Hilux membuatkan aku susah untuk menyimpan barang-barangku di bahagian belakang kereta itu. "Silakan masuk cik", kata pak cik Sigar kepadaku. Aku tidak membuang masa dengan lebih lama, segera masuk ke dalam perut keretanya.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sipitang memakan dua jam membuatkan perutku berasa lapar. Aku tidak mahu menyusahkan pak cik Sigar, memilih untuk tidur agar dapat menghilangkan rasa lapar yang mencucuk perut.

"Cik Dian kita sudah sampai di pekan Sipitang.", kata pak cik Sigar.

Aku yang terlena segera membuka mata dalam keadaan terpinga-pinga. Pak cik Sigar memaklumkan bahawa kami masih belum sampai ke tujuan yang sebenarnya. Aku yang pada awalnya terkejut dengan keadaan sekeliling terus mengangguk dan mula bertanya serba sedikit mengenai kawasan sekeliling memandangkan dia sudah pastinya biasa di pekan ini. Pak cik Sigar berhenti di sebuah gerai makan di tepi jalan untuk memenuhi perut masing-masing. Kami kemudianya terus membeli barang keperluan untuk dibawa ke Sk Ulu Bole, memandangkan sekolah itu berada di kawasan pendalaman. Aku mestilah kena bersiap sedia. Setelah selesai dengan segala pembelian barangan keperluan, kami meneruskan perjalanan yang tergendala tadi.

Sepanjang perjalanan ke SK Ulu Bole, aku tidak merasa mengantuk kerana dek pemandangannya yang sangat cantik. Kiri dan kanan jalan menuju ke Sk Ulu Bole dipenuhi pokok-pokok tinggi yang sangat cantik. Aku juga melihat pemandangan Gunung Rumaku yang tidak jauh dari situ. Perjalanan yang memakan 2 jam 30 minit dan keadaan jalan yang belum diturap itu tidak menyedarkan aku bahawa kami telah sampai di destinasi yang dituju, Sk Ulu Bole.

Rumah khas buat guru-guru yang mengajar, aku pandang lama. Tak apa Dian, ini semua pengalaman hidup yang bukan semua orang boleh rasa. Aku kena kuatkan semangat aku. Barang-barangan ku mula dipunggah masuk ke dalam rumah yang telah disediakan buatku. Aku berkongsi rumah dengan seorang guru wanita bujang yang sama seperti aku. Kecil molek orangnya, Jessica yang berbangsa Dusun. Setelah selesai mengemas baranga-barang yang dibawa, aku meminta izin untuk membersihkan diri dan terus menunaikan solat. Dia yang memahami tuntutan agamaku ini hanya mengangguk faham.

DIAN JAUNAHWhere stories live. Discover now