2

19 3 0
                                    

Setiap kali teringatkan Aidin bulu roma Dian berdiri tegak. Geli! Badan Dian menggeletar sedikit, semoga terjatuh segala geli yang terasa dari kulitnya. Wida melihat pelik. Sejukkah dia? "Fasa yang kedua pula Kak Dian?" Wajah ingin tahu jelas terpancar dan tertulis di dahi wartawan berwajah bersih itu. "Seterusnya fasa penolakan dan fasa di mana kita hampir gila." Dian tertawa kecil. Terdengar suara dari belakang memanggil.

"Oi Dian! Dah jom pergi kelas, kita dah lambat ni."

Suara halus Sofia masih jelas dalam ingatnya. "Siapa yang lambat sebenarnya ni? Kau tahu tak aku dah lama tunggu kau dekat kerusi ni!" balas Dian sambil menggelengkan kepalanya melihat sikap Sofia yang semestinya tidak berguna untuk dia bertekak. "Okay, janganlah marah. Nanti cepat tua, tak ada pula lelaki nak dengan kau." Balas Sofia. Dian yang malas hendak melayan Sofia terus keluar dari rumah mereka dan bergerak bersama-sama ke kelas.

Setibanya mereka di kelas, pensyarah mereka Puan Dahlia memberitahu bahawa Universiti mereka bakal mengadakan sebuah Majlis Creatifiction. Di mana para pelajar akan menghasilkan karya dan akan dipamerkan kepada umum untuk beberapa hari.

"Bunyi macam seronok ni Sofia" Dian sambil memandang kepada Sofia.

" Yelah! Aduh aku tak sabarlah." Hati mereka bergelora dengan perasaan gembira namun perlu dikawal supaya tidak menganggu ketenteraman kelas yang sedang berlangsung.

Hari yang dinantikan tiba. Tepat pukul 7.30 pagi aku dan Sofia berkumpul di luar pintu pagar universiti untuk menunggu bas yang diwajibkan untuk naik. Setibanya di UiTM Shah Alam tempat majlis diadakan, aku dan Sofia terus ke meja pendaftaran yang telah ditugaskan kepada kami berdua untuk menjaga sehingga ke hari terakhir majlis. Urusan dimeja pendaftaran berjalan dengan lancar sehingga tengah hari. Kawasan sekitar mulai lenggang kerana waktu mendaftar telah berakhir. Tiba-tiba muncul dua orang lelaki di meja pendaftaran.

" Hai!" kami saling bertatapan.

"Kami ada jual tiket untuk acara malam ni, tak mahal pun RM 15 je."

"Saya rasa, kami tak datang kut malam ni. Terima kasih je lah ye." Laju Sofia mencantas. Kedua-dua lelaki itu beralih melihat aku pula. "Takpe, terima kasih ye." Kerana tidak mahu mereka berkecil hati, aku hanya senyum sedikit tanda menolak dengan sopan.

"Ini mesti kena paksa habiskan tiket jualan malam ni." Aku mengomel perlahan.

Sofia terus mengangguk mengiyakan percakapan aku. " Iye weh, kau tengok tu diorang berdua pergi dekat sana pula jual tiket. Hahahah kesian aku tengok." Bayangan kedua-dua lelaki itu itu mulai menghilang dibalik ratusan lautan manusia. Alia menepuk bahu aku dari belakang, "Malam ni join tak?"Dahi aku berkerut. Oh wait! Itu tiket yang Alia pernah ceritakan pada aku sebelum ni.

"Ehem."

Aku berpaling semula ke belakang. Ah mereka berdua lagi. "Hai! Tolonglah kami, beli tiket ni. Lima belas ringgit je." Lelaki yang berbaju corak kotak biru bersuara memujuk. Tanpa berfikir panjang aku terus mengeluarkan menggapai dompet. Duit RM 15 dikeluarkan. Duit ditangan aku tatap dan aku mulai ragu-ragu. Adakah patut aku beli tiket ni? Atau aku boleh jimat je RM15 ini? Huluran duit semakin hampir bertukar tangan. Aku menarik semula huluran ditangan. Melihatkan reaksi aku, semakin mereka gigih memujuk.

" Alaa.. Tolonglah beli. Satu je. Tak rugi pun kalau korang dua beli."

"Takpelah.Saya tak jadi beli. Sorry sangat-sangat."

"It's ok. Saya tak nak paksa." Mereka berdua berlalu pergi.

Sejak dari hari itu, kelibat mereka berdua tidak lagi aku nampak. Majlis di UiTM Shah Alam masih berbekal 4 hari lagi. Aku masih berada di tempat dan waktu yang sama. Pada malam terakhir, terasa berat kaki untuk melangkah menaiki bas. Majlis sudah selesai. Aku terpandang ke satu arah dan aku ternampak lelaki bertopi yang sama tempohari di meja pendaftaran. Dia menegur aku di dalam bas. Kami berkenalan dan mulai berbual mesra. Hubungan kami semakin rapat dalam beberapa minggu sahaja.

" Kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa?" Sofia menegur dari belakang. "Aku tengah chat dengan Adli ni." Balas aku tanpa huraian yang panjang. " Amboi! Suka sangat aku tengok kau ni. Aku tau kau dengan dia kawan. Tapi jaga-jaga, kau dengan dia pun baru je kenal." Aku hanya mengangguk endah tak endah dengan nasihat Sofia yang sepintas lalu itu sambil melayan perbualan aku dan Adli di telefon.

Hari berlalu tanpa sebarang perubahan. Aku masih gembira bersama Adli, biarpun masih tiada sebarang kata yang dapat mengesahkan hubungan kami. Tamat sahaja kelas, Aku dan Sofia terus bergerak ke foodtruck di luar fakulti untuk membeli makanan. Beberapa ketika kemudian, aku terlihat Adli yang turut sama berada di kawasan foodtruck ini juga. Lambaian Adli yang memanggil dari jauh aku dekati, meninggalkan Sofia yang tercegat berdiri menunggu aku. Senyuman melebar dibibir sepanjang langkah aku untuk mendapatkan Sofia semula. Kami beringan pergi dengan makanan masing-masing di tangan. "So?" Sofia memecahkan sunyi. "Adli ajak makan dengan dia esok. Kau teman aku eh?" Semangat aku memberitahu.

"Tak nak aku, dah lah ada dia."

"Jomlah bukannya buat apa pun, kita pergi makan je. Takkan aku nak pergi berdua dengan dia. Seganlah aku. Please.."

"Bagi aku fikir dulu." Langkah demi langkah. Aku yang menanti keputusan dari Sofia terasa tidak senang hati. "Hmm..Okaylah. Tapi jangan lama tau! Aku ada assignment nak kena siapkan." Aku tersenyum. Hati yang gembira tak dapat aku sorok. Jelas terpampang di dahi aku dengan persetujuan Sofia.

Aduh, berdebar pula jantung ni. Nak pergi makan je pun. Bertenang. Bertenang. Aku berbisik kecil cuba menenangkan diri sendiri. Sepanjang kami sedang berbual di meja makan, Sofia tak habis-habis menyiku aku, meminta untuk balik. Mungkin tidak selesa menjadi orang ke tiga dalam situasi itu. Sampai sahaja di kolej Sofia terus bersuara, "Aku tak berapa berkenan sangatlah dengan dia. Kau jangan rapat sangat dengan dia. Aku bukannya nak halang kau berkawan, tapi kalau boleh macam aku cakap tadilah. Jangan rapat sangat." Aku pelik dengan riaksi Sofia. "Alah, tak ada apalah. Masing-masing dah besar dah kan."

Hari demi hari hubungan aku semakin rapat. Setiap malam bergayut dengan telefon, berbual kosong dengan Adli. Sikapnya yang sentiasa mengambil berat, selalu bertanya keadaan aku membuatkan aku sedikit sebanyak mulai jatuh suka padanya. Aku semakin berani untuk keluar berdua dengannya tanpa ditemani oleh Sofia lagi.

"Sofia aku keluar kejap tau." Kasut sudah berada di tangan untuk dibawa keluar.

"Okay, kau keluar dengan siapa?" Movie yang terpasang di kamputer ribanya dihentikan. Dia berpaling melihat aku. Kerutan di dahi sudah aku faham. Soalannya aku biarkan sepi. Bukan dia tidak tahu dengan siapa aku berkawan. "Dengan Adli? Serius? Apa-apa pun hati-hatilah." Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi.

DIAN JAUNAHWhere stories live. Discover now