Setahun berlalu tidak terasa. Ketenangan di sini jauh berbeza dengan ketenangan dari mana-mana bandar yang sudah aku jejaki. Aku sudah mampu membiasakan diri dengan keadaan sekitar. Bersama Jessica yang peramah, aku menjadi rapat dengan sangat mudah.
"Pada tahun ini, sekolah kita akan menjadi tuan rumah untuk aktiviti sukan di zon timur", kata-kata cikgu John dalam mesyuarat mencuit keterujaan aku. Ini pengalaman pertama aku sebagai seorang guru. Terdapat 7 buah sekolah yang akan menyertai acara sukan zon timur itu. Setiap guru yang terlibat menjadi sangat sibuk dengan setiap persiapan yang telah dirancangkan. Begitu juga murid-murid yang terlibat pada hari sukan itu juga sibuk dengan latihan masing-masing. Pada hari yang dinanti ini, harapan ramai untuk cuaca menjadi baik sepanjang hari menjadi hancur apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba.
Dari kejauhan aku melihat seorang lelaki yang berkulit putih bersih sedang berlari-lari anak, mengelak daripada hujan. Lelaki itu menuju ke arah tempat duduk ku. Aku yang sedang minum kopi panas dek kerana kesejukan, hanya melihat gelagatnya di sebelah. Tanpa sebarang kata dia mengambil tempat berhadapan dengan aku. Aku terdiam dan hanya tersenyum. Kejanggalan yang aku rasakan. Disaat dia membalas senyumanku aku terpana seketika. Aduh. Cute nya senyuman dia! Hati mula berbisik gatal. Melihat dia yang turut sama kesejukan, aku menghulurkan secawan air kopi yang sepatutnya diberikan pada Jessica. Aku dan dia hanya melihat hujan dan saling membisu. Ralit mata aku melihat dedaun yang dibasahi hujan.
"Nama aku Farid."
Aku masih diam membisu. Lama terasa masa berlalu, aku terdetik untuk melihat dia yang berada di sebelahku. Dia tersenyum. Aku terpempan lagi. Aduh, jangan senyum banyak sangat. Cair hati aku ni.
"Aku Farid. Cikgu dari SK Meligan. Kamu?"
Farid tersenyum dengan lebih lebar apabila memerhatikan riaksi wajah Dian. Dia sudah mengagak bahawa Dian pastinya sedang termenung panjang sebentar tadi. "Dian. SK Ulu Bole." Aku membalas senyuman darinya. Mana boleh kalah! Aku kena nampak lagi cute dari lelaki ni. Kami saling menilik wajah masing-masing sehinggalah satu suara dari kejauhan memanggil Farid. Dia yang tersentak terus mengundurkan diri dan berjalan ke arah rakannya. Sesekali dua, dia memandang semula menoleh melihat Dian yang masih memerhatikannya.
"Kak Dian? Boleh saya tahu lagi dua fasa yang terakhir?" kenangan Dian bagai ditarik graviti, membawanya kembali pada realiti. Wajah Ammar dan Wida diperhatikan. Bibirnya tersenyum. "Kita akan mengasingkan diri dari dunia dan seterusnya belajar untuk move on bersama masa yang berbaki dalam kehidupan kita." Dian berpaling ke keluar melalui dinding kaca. Memerhatikan hujan lebat mula membasahi bumi. Hatinya terasa sebak secara tiba-tiba.
"Dian, kamu betul mahu ke majlis perkahwinan Farid dan Rohana?" Jessica bertanya perihatin. Kalau inilah yang berlaku padanya, mahu saja dirobek segala isi perut si Farid dan Rohana itu. Hujan yang membasahi bumi di perhatikan dari dalam kereta. Kedua-dua mereka masih belum keluar dari kereta. Hati yang berat masih menahan langkah mereka berdua. Siapa sangka rakan sekerja sendiri yang busuk hati dengan khabar pertunangannya bersama Farid, sanggup memerangkap dirinya sendiri dalam sebuah bilik hotel. Maruah sudah tidak terjejak di akal, apabila hanya mengikuti kata hati semata. Mata Dian mula bergenang dengan air mata. Dia melangkah keluar dari kereta sambil memegang payung dan hadiah yang berbalut beg plastik.
Langkah diatur terus menuju ke arah pengantin baru yang sedang menangkap gambar. Senyuman yang terukir seolah-olah dipaksa dari hati. Aku bersalaman dengan Rohana yang hanya menunduk tidak berani mengangkat muka. Dian melihat Farid yang diserang perasaan serba salah.
"Banyak impian dan harapan yang cuba kita bina, Farid. Tapi siapa sangka, harapan tingal harapan. Bila kasih kita tak terikat dengan percintaan." Mata yang bergenang melihat ke arah Rohana semula. Meraka saling bertatapan. "Don't worry Rohana. What I had between me and him wasn't love at the first place. It was just a hope to build something together to cover each other's wounds. Moga perkahwinan kalian kekal ke Jannah. Aku redha Rohana." Dian berpelukan kemas dengan Rohana. Saling mengalirkan rasa sedih dari hati. Dari jauh, lelaki yang berkaca mata hitam dan berjaket kulit hitam hanya memerhatikan setiap tingkah laku Dian Jaunah. Tangannya yang memegang kamera lantas mengambil satu dan dua gambar tanpa disedari oleh tuan empunya badan.
Aku mula membawa diri dari ketenangan bumi di bawah bayu ini. Banyak memori suka dan duka aku lakar disini. "Kak Dian?" lamunannya sekali lagi terhenti. "Kak Dian ok?" Dian hanya tertawa kecil melihat kerisauan mereka berdua di hadapannya. Matanya yang bergenang dengan linangan air mata masih ditahan sedaya upaya. Wida dan Ammar saling bertukar pandangan. Ammar memberi isyarat untuk menghentikan sahaja temu ramah ini.
"Oklah Kak Dian. Soalan yang terakhir, apa yang menyebabkan Kak Dian tidak berputus asa dalam soal cinta dan apa yang membuatkan Kak Dian masih mampu terbuka hati untuk menerima setiap yang hadir dalam hidup Kak Dian?"
Setitik dua air mata mula mengalir dari kelopak mata Dian Jaunah, mengejutkan wartawan dihadapannya. Takutnya Wida bukan kepalang. Adakah dia punca wanita ini berderai air matanya? Salah dia juga menanyakan soalan sensitive seperti itu pada wanita cantik ini. Pantas tangan wartawan menggapai tisu dari beg tangannya dan terus meletakkan pada telapak tangan Dian. Merasakan sentuhan hangat di tapak tangannya, Dian segera membuka matanya. Hamparan wajah bersih wartawan muda itu jelas menunjukkan dia terkejut, risau dan takut mungkin? Laju saja bibirnya merekahkan senyuman dan mengeringkan air matanya.
Suasana masih senyap. Sesudah dian menghapus air matanya, wartawan muda itu memberanikan diri menghulurkan bicara maaf. Namun Dian menafikan bahawa air mata itu berpunca dari soalan yang diterimanya. Mereka kembali tersenyum. "Mungkin angin mosun dah nak datang kut." Dia tertawa kecil , cuba melegakan suasana tegang.
Kedengaran suara lelaki memanggil Dian dari pintu masuk kafe.
"Dian Jaunah. Lama lagi ke tu? Jauh perjalanan kita nak ke Seremban semula ni." Bahu Dian dipeluk dari belakang. Pasangan ini tidak segan silu menunjukan kemesraan mereka berdua.
"Mama, jom lah balik. Aqash dah bosan lah." Anak kecil yang berpimpingan tangan itu mula bersuara.
"Oh maaf. Assalamualaikum, saya suami Dian Jaunah. Mesti korang dah tahu kan? Kami jumpa di majlis Farid." Lelaki itu bersalaman dengan Ammar dan perbuatan itu di ikuti oleh anak kecil mereka.
Kerut di muka wartawan muda ini, difahami oleh Dian. Dia mengambil senaskah novel miliknya dan mengeluarkan pen hitam. Tangannya laju mencoret dan mengguris dipermukaan kertas. Kulit novel ditutup, barangannya dikemas menunjukkan dia ingin beransur pergi. Novel dihulur. "Saya tahu banyak lagi soalan yang saya tak jawab. Awak boleh emailkan pada saya. Nanti saya berikan jawapan, ya?" Dian dan Wida saling bertatapan. Keluarga kecil itu mengamit diri untuk pulang. Bayangan Dian ditatap pergi sehingga menghilang. Barulah wartawan muda itu membuka dan melihat isi tulisan Dian. Dia tersenyum sambil menutupnya semula. Pandangannya lembut terarah pada pintu keluar. Dia luar biasa orangnya.
'You can't love without a risk of lost. Remember, love comes from brains, not the heart.'
-Dian Jaunah.
TAMAT
YOU ARE READING
DIAN JAUNAH
RomanceDian Jaunah. Seorang guru yang pernah viral di media massa dan juga seorang penulis novel yang pastinya mempunyai barisan peminat yang panjang. Karyanya yang bertajuk For Life or Love ini, sedang hangat diperkatakan dek kerana ianya merupakan coreta...