4

14 3 0
                                    

Berbulan lamanya aku berhubuung dengan dia. Namun tidak lagi aku melatah dengan mudah, aku hanya menjalani rutin aku seperti biasa sehinggalah Hilman ajak untuk berjumpa lagi. Kenapa dia hendak berjumpa aku? Aduh, sudahlah hari ini jadual aku padat dengan kelas. Di Taman Tasik Embayu Proton City, aku nampak kelibat Hilman yang masih setia menunggu aku.

"Sorry tadi kelas habis lambat. Kenapa Hilman nak jumpa Dian ni? "kataku kepadanya

"Takpa, saya faham. Jom Dian kita pergi cari kerusi nanti saya cakap dengan awak" balasnya ringkas. Langkah diatur berjalan beringan. Tidak sempat tiba di mana-mana kerusi, Hilman memecahkan sunyi di antara mereka.

"Saya nak kita lebih dari seorang kawan,bolehkan Dian?"

Mata aku dan Hilman bertentang. Lidah yang sentiasa petah berbicara kini kelu untuk menjawab pertanyaannya semudah itu. Tasik yang dibanjiri dengan orang yang datang untuk bersenam dan beriadah, aku rasakan kosong. Terasa hanya ada dia dan aku sahaja ketika itu. Detak jantung terdengar kuat di pendengaran. Aku hanya mampu berkelip mata sekali dua dan mengeluh pendek. "Bagi Dian masa boleh?" jawabku ringkas.

"Hilman, Dian nak balik boleh? Dian penat sangat hari ni."

"Boleh je Dian."

Setahun lebih kami berhubung. Dalam tempoh itu jugalah aku hanya menggapnya sebagai kawan, tidak lebih dari itu. Tipulah jika tidak terbit rasa di hati, tapi aku tak sanggup lagi untuk pujuk hati yang kecewa ini sendiri. Lama aku memikirkan baik buruk selama perkenalan kami. Apalah salahnya aku berikan peluang kedua buat hati sendiri?

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 2 tahun Kami menjalinkan percintaan dengan penuh matang dan Hilman sangat mengambil berat dan sayang keatas diriku. Aku gembira bersama Hilman. Ada juga di mana hari kami bertikam lidah. Biasalah proses mengenal, ada sahaja yang tidak kena dengn cara masing-masing. Gaduh-gaduh manja juga berkali-kali. Jarak umur di antara aku dan Hilman mematangkan perhubungan kami secara tidak langsung.

Sehinggalah satu hari Hilman mendapat tawaran untuk bekerja jauh di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Aku memandang Hilman dengan pandangan yang sayu tapi aku tahu aku harus melepaskan dia pergi demi masa depannya juga. Sampai bila Hilman hendak bekerja sebagai prebet sapu di Tanjung Malim ini, semenjak dia menamatkan pengajiannya di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang. Tiba masanya untuk dia melangkah untuk mengorak masa depannya. Hilman ditawarkan kerja sebagai Jurutera Elektrik di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Aku perlu sokong dia. Dan itulah hari terakhir aku berjumpa dengannya sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur. Setahun Hilman di Kuala Lumpur bekerja dan kami masing-masing memahami dengan tanggungjawab dia sebagai seorang pekerja dan aku sebagai seorang pelajar. Aku sibuk menyiapkan tugasanku memandangkan aku juga sudah hampir menghabiskan pengajianku di UPSI. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari Hilman.

"Hai, Sayang!!"

"Hai, Hilman!!"

Jelas suara yang saling ceria menyambut panggilan. Rindu bukan kepalang lagi dengan suara ini. "Meh turun kejap, saya ada dekat depan bangunan suluh budiman ni"

Aku tahu dia hanya memainkan perasaan aku kerana hampir setiap hari aku merengek rindu untuk bertemu dengannya. Aku hanya berjalan turun dari bangunan perpustakaan. Dari jauh aku melihat kereta yang kenali. Lelaki yang berdiri bersandar pada bonet hadapan kereta itu juga seperti aku kenali. "Hilman?" Aku bertanya untuk memastikan.

"Iya, sayang." Lelaki yang bersandar itu berpusing dan melihat ke arah aku dari kejauhan. Aku terkejut dengan kehadiran dia ada dihadapan aku menyebabkan berlari membuka langkah dengan pantas mendapatkan Hilman. Telefon bimbit masih terlekap di telinga sambil menjerit,"Hilman!!"

Sejak Hilman bekerja di Kuala Lumpur, aku jarang bertemu dengannya. Kerana kadang-kala aku pulang ke kampung pada cuti semester, manakala Hilman pula jarang pulang kerana sibuk dengan kerjanya. Hilman membawa aku makan malam di restoran yang berdekatan dengan rumah aku sahaja. Namun aku sudah cukup gembira sangat malam itu kerana dapat bertentang mata dengan Hilman. Jujur aku katakan yang aku rindu dengan Hilman. Tetapi malam itu telefon Hilman tidak henti berbunyi mesej dari Whatsapp masuk.

"Siapa tu? Dari tadi phone tu tak henti bunyi" tanyaku kepada Hilman.

"Kawan kerja je sayang, jangan risau ya?"

Hati aku sudah tidak selesa dengan jawapan Hilman. Namun aku mengambil keputusan untuk mengendahkan sahaja perasaan aku yang negatif itu. Esoknya, Hilman mengajak aku untuk berjalan-jalan di Shah Alam. Dia ingin meluangkan masanya bersama aku sebelum kami kembali sibuk dalam dunia masing-masing. Aku terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Memandangkan esok telah bermula cuti pertengahan semester, jadi apa salahnya aku merehatkan minda seketika. Seawal pagi Hilman sudah datang ke rumah sewa menjemput aku.

"Morning, pretty! Are you ready for today?" tanya Hilman dengan nada yang ceria.

"Yes Hilman. Lets Go!" jawabku teruja.

Sepanjang jalan aku gembira apabila dapat luangkan masa bersama Hilman seperti ini semula. Pelbagai cerita yang kami kongsikan antara satu sama lain. Sampainya di Shah Alam kami menuju ke Central i-city mall untuk berjalan dan makan bersama.

"Hilman, Dian teringin nak pergi Laman Seni 7 dekat Shah Alam. Dian tengok ramai kawan-kawan tangkap gambar dekat situ. Kalau boleh nak juga pergi." Mata bersinar harapan memandang Hilman.

"Ok, jom."Hilman terus bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Lama kami berada di sana, meluangkan dengan memotret gambar bersama untuk dijadikan ubat dikala rindu menjengah nanti. Hari semakin lewat petang. Selesai solat di kawasan rehat dan rawat, Dian membelek-belek gambar dari telefon bimbit Hilman sementara dia menunggu Hilman dari tandas. Satu demi satu gambar di belek perlahan sehinggalah jarinya terhenti pada satu gmbar Hilman bersama seorang perempuan. Aku terdiam. Jari jemari aku rasa terketar-ketar menahan gelodak hati. Mereka berpelukan!

"Dian? Settle dah? Jom gerak. Jauh lagi nak jalan ni." Hilman berjalan terus masuk ke dalam perut kereta. Hujung jari Dian mulai sejuk. Lama dia berdiam diri sepanjang perjalanan. Sehinggalah gelodak di hati memuncak-muncak. "Siapa perempuan dalam gambar dengan Hilman tu?" Hilam menjeling sekilas ke arah Dian yang tegak memandang ke hadapan. Liurnya di telan payah, cuba untuk mengutip semangat.

"Ohhh. Itu kawan tempat kerja la sayang. Tak ada apa pon."

"Dian tak berpeluk macam tu pun dengan kawan Dian yang lelaki. Dengan Hilman pun Dian tak pernah sentuh, biarapun berlapik. Dian ni, tahu lah juga batas sentuhan apa semua ni." Dada semakin berombak menahan rasa. Telefon bimbit masih memaparkan gambar mesra Hilman bersama 'kawan tempat kerjanya' itu, di genggam kuat. Terdengar keluhan yang terbit dari bibir Hilman. Hilman memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia berpusing menghadap Dian yang masih keras membatu. "Ok, let's talk about this rationally. Ok sayang?" 

DIAN JAUNAHWhere stories live. Discover now