Dalam panggung, Maya duduk diantara aku dan Rafi. Asalnya aku mahu duduk disebelah Rafi dan Maya disebelahku. Tapi entah kenapa tiba-tiba Maya mahu duduk ditengah-tengah.
Sepanjang tayangan juga Maya asyik menempel padaku. Hairan pula rasanya. Maya tak selalunya begini. Dan aku perasana sesuatu, sejak dari dalam kereta tadi, Maya akan menyampuk setiap kali aku bercakap dengan Rafi. Aku terasa macam dia sengaja tak mahu aku berbual dengan Rafi.
Di pertengahan cerita, Rafi bangun. Mahu ke tandas katanya. Aku dapat idea, inilah masa sesuai untuk aku bercakap dengan Rafi. Aku kena minta maaf. Aku tahu dia marahkanku. Aku pun lantas bangun untuk mengekori Rafi.
"eh...nak pergi mana?"soal Maya.
"tandas."
"nak ikut..."
"aih...pergi tandas pun nak ikut? awak nak join saya masuk tandas lelaki ke?"soalku pula. Maya terdiam. Aku tersenyum sebelum meninggalkannya.
Aku masuk ke dalam tandas dan ternampak Rafi di sinki. Aku menghampirinya perlahan.
"Fi.."panggilku. Rafi menoleh memandangku dan tesenyum.
"lah..keluar jugak.."ucapnya. Aku tersenyum sebelum berdiri disebelahnya.
"aku keluar nak cakap dengan kau."
"cakap dengan aku?"
"yelah, sejak tadi lagi aku tak ada peluang nak cakap dengan kau...kesian kau, lonely je aku tengok."Rafi hanya ketawa kecil. Aku tersenyum melihat riaksinya.
"aku minta maaf tau." Rafi menoleh memandangku.
"maaf kenapa?"
"yelah, aku tahu kau marah, sebab aku ajak kau keluar sekali dengan Maya." ucapku.
"oh...sebab tu, aku tak kisah lah..."jawabnya. Aku perhatikan riak wajahnya sedikit berubah.
"ok..aku janji...minggu depan aku keluar dengan kau. Kita keluar dating berdua."ucapku sedikit bergurau. Rafi tersenyum lebar.
"janji?" soal Rafi yang kini memandangku.
"janji !!, sumpah!" ucapku pula sambil mengangkat tangan kanan seakan berikrar.
"ok, aku tunggu minggu depan."ucapnya. Aku tersenyum lebar. Entah kenapa aku rasa bahagia. Aneh sungguh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seusai menonton wayang kami bertiga pergi makan disebuah restoran makanan segera. Aku membeli makanan bersama Rafi. Usai membeli aku membiarkan Rafi membawa makanan itu ke meja dan aku pula ke tandas. Aku menuju ke tandas dan bersembunyi dibalik dinding. Sebenarnya aku sengaja buat begitu. Aku biarkan Maya dan Rafi berdua. Aku nak tengok bagaimana hubungan mereka berdua. Fikiran aku masih memikirkan ada sesuatu antara Rafi dan Maya.
Kulihat mereka mula berbual. Kelihatannya agak serius. Apa yang dibualkan agaknya. Kulihat Rafi hanya banyak berdiam, sesekali sahaja dia membalas. Hanya Maya yang banyak bercakap. Dan kelihatan seakan sedang....marah. Apa yang mereka bualkan sebenarnya? Aku jadi makin keliru dan makin curiga. Aku yakin ada sesuatu yang mereka berdua sembunyikan dari aku.
Aku mengambil keputusan untuk kembali pada mereka. Perlahan aku menghampiri meja kami.
"bincang apa ni? serius je nampak."soalku sebaik tiba. Rafi dan Maya kulihat sedikit terkejut.
"eh awak."ujar Maya lembut. Belum sempat aku memberi respon Rafi lantas bangun dari duduknya.
"eh, Fi, nak pergi mana?"aku menahan Rafi.
YOU ARE READING
Bukan Untukku - Cerita Adam -
RomanceIni bukan sambungan kepada 'Bukan Untukku'. Ini sebenarnya adalah kisah yang sama, cuma diceritakan dari sebelah Adam. Banyak persoalan yang mungkin tidak diceritakan disebelah pihak Rafi dalam Bukan Untukku akan diceritakan di sini. Selamat membaca...