Bahagian 1

448 15 1
                                    


      Aku berdiri sedikit jauh dari Doktor Amir sambil memerhatinya memeriksa pesakitnya. Seketika kemudia Doktor Amir datang menghampiriku.

“kawan awak ke?” soalnya sambil merujuk kepada pesakit yang dirawatnya tadi.
“aaa..ya.” jawabku sedikit teragak-agak.

“dia tak ada apa-apa, cuba penat je.” ujar Doktor Amir pula.

“dia tak apa-apa?” soalku pula. Doktor Amir hanya tersenyum.

“awak nasihatkan kawan awak ni, kalau demam, janganlah paksa diri pergi berkawad, dah jadi macam ni kan susah.” ujarnya lagi sambil berlalu ke arah pintu wad.

“oh ya, kalau dia dah sedar nanti, suruh dia ambil ubat di kaunter depan sebelum balik.” sempat Doktor Amir berpesan sebelum meloloskan diri dibalik pintu. Aku hanya mengangguk faham. Aku kemudiannya menghampiri katil pesakit. Aku memerhati tubuh kecil seorang remaja lelaki yang terbaring lesu di situ. Aku memerhati lagi wajahnya, aku agak terpegun melihat wajahnya, kulitnya putih bersih, tak salah rasanya kalau aku kata dia ni terlalu ‘cantik’ untuk seorang lelaki.

Apa nama dia ya? Aku tak kenal pun dia ni. Tadi aku yang membawanya pusat kesihatan ni bila dia pengsan di padang kawad tadi. Sebabkan dia pengsan betul-betul dihadapan aku, aku rasa macam bertanggungjawab pulak. Aku menarik kerusi dan duduk disebalahnya. Aku perhatikan lagi wajahnya. Comel sungguh, dengan tubuhnya yang kecil, siapa sangka dia sebenarnya sebaya denganku, kalau dia pakai uniform sekolah, confirm orang kata dia masih bersekolah, padahal sudahpun bergelar pelajar universiti. ISH!!!! apahal dengan aku ni? dari tadi dok puji dia cantiklah, comellah, dia LELAKI lah!! Adam!!! what happen to you??

Seketika kemudia aku ternampak dia mula bergerak, matanya juga mula terbuka. Dia mula memerhati ruangan wad ini.

“dah bangun?” soalku. Dia ku lihat memandangku dengan dahi berkerut. Alahai comel pulak dia buat muka macam ni. ISHH!!! Astarghfirullah al-azim, ADAM!! aku cuba menyedarkan diriku sendiri yang mula berfikiran aneh. Aku membantunya bangun dari pembaringgan sambil cuba menyembunyikan gelojak hatiku yang aneh.

“kau kat pusat kesihatan ni, kau pengsan tadi kat padang kawad.” terangku padanya yang kulihat terpinga-pinga. Dia ku lihat berfikir sejenak sebelum kembali memandangku dengan pandangan yang sama. Oh ya, lupa, aku belum perkenalkan diri lagi.

“Aku Adam.” ujarku tersenyum lebar sambil menghulurkan salam perkenalan.

“Rafi.” ucapnya ringkas sambil membalas huluran tanganku.

Itulah detik perkenalanku dengan seorang insan yang amat berharga buatku. Sejak dari hari tu, aku selalu
juga terserempak dengan dia, tapi aku perasan yang dia selalu berseorangan, entah kenapa aku mula tertarik
dengan dia, aku mula menegur dia setiap kali bertemu, dan lama-kelamaan kami jadi kawan. Terus terang, aku suka berkawan dengan dia, dia sangat baik, dan sangat memahami. Satu benda yang aku paliang hormat pada dia adalah, dia seorang yang sangat matang, lebih matang dari aku, kontra dengan imej comel yang ala budak-budak sekolah tu. But that what makes him different and unique.

Ditakdirkan, pada semester berikutnya aku ditempatkan di dalam bilik yang sama dengannya. Aku masih teringat saat aku membuka pintu bilik yang diberikan padaku dan melihat Rafi sedang mengemas barangnya di dalam bilik itu. Entah kenapa hatiku teras berbunga-bunga, rasa sangat seronok.

“aku satu bilik dengan kau ke?” soalku bergurau. Rafi ku lihat tergelak kecil dengan soalan itu.

“jodoh kau memang dengan aku.”ujarnya mengajuk kata-kata yang sering aku ucapkan setiap kali kami terserempak dulu. Kami ketawa senang. Aku tersenyum lebar melihat dia ketawa sebegitu. Aku sangat suka
melihat wajahnya yang gembira begini, sangan comel. Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana seorang lelaki
boleh memiliki wajah yang sebegini? tapi yelah, tuhan tu berhak nak cipta hambanya sebagaimana yang dia
suka.

Bukan Untukku - Cerita Adam -Where stories live. Discover now