Bahagian 5

237 14 2
                                        



Aku terjaga dari tidur bila ku terdengar pintu bilikku dibuka. Aku melihat dalam kesamaran malam. Rafi baru pulang. Aku melirik pula pada telefon bimbit yang kuletak disebelah. Jam menunjukan pukul dua pagi.

"kau baru balik Fi." tegurku. Rafi yang tadinya hendak keluar semula dari bilik terhenti langkah.

"kau pergi mana satu hari ni?" soalku lagi sambil membetulkan duduk.

"aku....aku ada kerja, sibuk sikit....buat assignment." ujarnya sedikit tergagap. Aku jadi makin curiga. 

Rafi lantas keluar semula dari bilik. Dia membawa bersama tuala, ingin mandi agaknya. Kenapa pula dengan Rafi ni? Sepanjang hari dia menghilang. Pagi tadi entah kenapa tiba-tiba dia tinggalkan aku. Sedangkan memang setiap hari aku akan bersamanya ke kampus. Sepanjang hari aku Call dia tak jawab, aku sms tak dia balas. Tengah hari aku tunggu dia di kafetaria macam biasa. Satu jam aku tunggu dia tak muncul-muncul. Balik pula lewat macam ni. Confirm ada yang tak kena. Sejak malam kami keluar bersama dengan Maya hari tu, dia dah mula jadi begini. Dia macam sedang menjauhkan diri dari aku. Aku ada buat salah ke? takkan sebab apa yang jadi malam tu? tapi aku sendiri tak tahu apa yang terjadi. Itu antara dia dan Maya, tapi kenapa aku pula yang terkena tempiasnya.?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"hoih..termenung." Aku terperanjat bila disergah oleh teman serumahku, Abang Rasyid.

"eh...abang, terkejutlah saya." rungutku. Abang Rasyid tergelak kecil sambil duduk disebelahku di sofa.

"kau tengok tv ke, tv tengok kau?" soal abang Rasyid mengusik. Aku hanya diam, malas nak membalas. Kepalaku dah cukup runsing untuk disibukkan lagi dengan gurauan abang Rasyid itu.

"Rafi mana?"soalnya lagi sambil mula membuka sedikit butang baju dan lengan yang disemat kemas sejak pagi.

"tak balik lagi." ucapku ringkas sambil mata masih tertancap ke kaca televisyen.

"tak balik lagi? dia keluar pergi mana? tak pernah-pernah Rafi keluar malam-malam macam ni."

"adalah tu urusan dia." balasku pula. Aku memandang Abang Rasyid selepas tidak mendapat sebarang riaksi darinya. Kulihat dia sedang memandangku tepat dan dalam.

"abang tengok saya macam tu kenapa?"soalku hairan dan sedikit tak selesa.

"korang gaduh ke?" soal Abang Rasyid tiba-tiba. Soalannya itu membuatkanku termangu seketika.

"kenapa pulak abang tanya macam tu?" soalku pula sambil kembali memandang ke depan.

"takdelah, abang tengok korang macam dah lain sikit sekarang ni. Selalu berkepit je berdua. Kemana-mana pun berdua dah macam kapel, sekarang ni kau selalu sorang je,"

"apa abang cakap ni?" soalku protes. Abang Rasyid hanya tergelak melihat riaksiku.

"so apa masalah dia?" soal abang Rasyid pula. Aku menarik nafas panjang cuba mencari kekuatan untuk bercerita.

"entahlah Rafi tu, dia dah macam jauhkan diri dari saya."

"kenapa? apa kamu buat?"

"entahlah bang, saya pun tak tahu. Mungkin dia marahakan saya kot, sebab bawa dia keluar sekali dengan Maya."

"la, memanglah dia marah, mana boleh kau bawa dia jumpa madu dia." ujar Abang Rasyid berseloroh.

"abang!!"protes ku. Abang Rasyid ni tak sudah-sudah nak kaitkan aku dengan Rafi dengan hubungan yang macam tu. Tadi dia kata aku dah macam kapel dengan Rafi, ni dia kata Rafi bermadu dengan Maya pulak. Aku memang rapat dengan rafi, aku memang Sayang Rafi. Tapi aku masih waras lagi. Belum lagi sampai kesitu. Abang Rasyid kulihat tersenyum senang dapat menyakatku.

Bukan Untukku - Cerita Adam -Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang