"aku...aku balik dululah Adam."ujarnya lesu sambil mencapai beg sandangnya yang diletak dilantai.
"nak balik? nantilah dulu." aku cuba menghalang.
"aku ada kerja sikit. Aku balik dulu." ujarnya lagi sambil sesekali melirik ke arah Maya yang sedang memandangnya tajam.
"nanti kau datang lagi tak?" soalku berharap. Rafi memberhentikan langkah. Soalanku itu hanya dibalas dengan senyuman sebelum dia lolos di balik pintu. Seketika kemudian Maya terus menyusulnya. Aku bangun dan menjenguk ke luar wad. Kelihatan Maya dan Rafi seakan sedang berbincang sesuatu. Aku tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Aku sekali lagi dihambat dengan pelbagai persoalan.
" Apa yang sebenarnya dah jadi?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas peristiwa itu, Rafi sudah kerap melawatku di Hospital. Selepas aku dibenarkan pulang, Rafi yang banyak membantuku membuat segala urusan. Aku tak tahu apa yang terjadi, tapi kini Rafi bukan sekadar sudah kembali seperti Rafi yang dulu, malah aku rasakan yang dia kini semakin dekat denganku. Sepanjang kaki dan tanganku masih bersimen ni, Rafi lah yang menjadi tanganku dan kakiku. Aku dilayan sekan seorang kanak-kanak kecil. Bila makan, Rafi yang suapkan, bila berjalan Rafi yang tolong papahkan, malah bila nak mandipun Rafi yang tolong menanggalkan pakaianku. Nasib baik dia tak memandikan aku sekali. Apa yang pasti, semua ni buat aku senang. Aku rasa Happy. Cukup senang untuk aku melupakan sahaja perkara yang disembunyikan oleh Rafi dan Maya.
Sedar tak sedar sebulan sudah berlalu. Aku kini pulih sepenuhnya. Hubungan aku dan Rafi pun masih seperti dulu. Hubungan aku dengan Maya pun tiada apa yang berubah. Pendek kata, semua kembali seperti asal. Seakan tidak ada apa yang berlaku. Mungkin ini hikmah disebalik kemalangan yang menimpa aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku melihat ke skrin telefon bimbitku yang berbunyi minta diangkat. Aku tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin.
"Hello Bro.."ujarku sebaik menjawab panggilan.
"Assalamualaikum..."kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. Aku tergelak kecil cuba menahan malu.
"waalaikumussalam.."jawabku. Kedengaran suara dihujung talian turut ketawa.
"kau kenapa call aku tetiba ni, tak pernah-pernah pun."ujarku lagi.
"takkanlah aku nak call sepupu aku yang sorang ni pun tak boleh.." ujarnya lagi Aku tersenyum. Ini sepupuku, Asyraf. Satu-satunya sepupu yang sama umur denganku.
"bukanlah tak boleh... pelik sikit."
"aku dengar kau eksiden, betul ke?"soalnya lagi.
"lah baru tahu ke, dah sebulan lebih dah kot. Aku dah sihat dah pun."ujarku lagi.
"la..yeke, baru ingat nak lawat kau. Aku kat Pulau Pinang ni."ujarnya.
"ha? betulke? kau buat apa kat sini?"soalku teruja.
"ada urusan sikit, alang-alang dah sampai sini ingat nak jumpa kau sekejap."
"eh..boleh..boleh..boleh...kau kat mana ni? kita pergi makan tengah hari sama-sama nak?"pelawa ku teruja.
YOU ARE READING
Bukan Untukku - Cerita Adam -
RomanceIni bukan sambungan kepada 'Bukan Untukku'. Ini sebenarnya adalah kisah yang sama, cuma diceritakan dari sebelah Adam. Banyak persoalan yang mungkin tidak diceritakan disebelah pihak Rafi dalam Bukan Untukku akan diceritakan di sini. Selamat membaca...