Empty

5 1 0
                                    

Seorang gadis bersendirian di jalan yang tiada penhujungnya.

Membawa diri dengan hati yang kosong setelah diranap oleh pemakan jiwa.

Kini hanya tinggal badan yang tidak bernyawa dengan bekas luka lama yang tiada penyembuhnya.

Melihat langit yang telah hilang warnanya pada waktu malam malah jutaan bintang bersembunyi daripada menerangi kegelapan malam.

Angin bayu menyapa telinga membawa ketenangan yang diimpikan selama ini.

Rambut berterbangan seiring dengan jiwa yang bergelora menahan diri daripada terus diseksa.

Air tangisan jatuh namun mata masih mengekalkan emosi yang kosong kerana telah menjadi rutin seharian.

Tiada bunyi tangisan di jalan sepi melainkan angin yang menggantikan kehendak diri untuk bersuara.

Kilat menyambar sesama sendiri untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat menguasai dunia.

Kaki masih teguh berdiri walaupun tiada kudrat daripada terus berjalan sehingga gagal mengawal diri.

Dia terjatuh lalu mengatakan ,

" Kenapa aku harus menghadapi nasib yang sama sedangkan orang lain dapat menikmati keindahan dunia "

" Sampai bila aku akan terus hidup begini? "

" Adakah aku layak merasakan apa itu bahagia? "

D'PoetryWhere stories live. Discover now