♡ 3 ♡ DANIEL

19.1K 1K 128
                                    

Damia mencelikkan mata bulatnya perlahan-lahan. Badan di dudukkan di kepala katil. Rasa pening masih lagi terasa membuatkan dia mengerutkan dahinya.

"De-dekat mana ni?" Ujar Damia perlahan sehingga hampir tidak di dengari dirinya sendiri.

Setelah penglihatannya jelas, baru dia sedar. Dia bukan di rumahnya tika ini. Ingatannya satu persatu masuk ke dalam otaknya. Bagaimana dia di culik, wajah orang yang menculiknya, dia sudah ingat semula semuanya.

Klak!

Bunyi pintu terbuka membuatkan lamunannya serta-merta terhapus. Seorang lelaki berbadan sasa dan tegap masuk lalu berjalan ke arahnya. Damia tersentak memandang lelaki itu. Lelaki ini lah yang menculiknya!

Damia pantas bergerak ke belakang hingga ke penghujung katil. Sergio yang memandang hanya tersenyum menyeringai.

"Good morning, bunny." Sapa Sergio yang masih lagi menyeringai. Damia menunduk ketakutan. Wajah lelaki itu kelihatan sangat menyeramkan baginya. Air mata mula bertakung membuatkan wajahnya sudah tersebik mahu menangis.

Sergio duduk di sebelah Damia lalu memeluk tubuh kecil itu. Gadis itu memberontak di dalam pelukannya membuatkan dia semakin mengetatkan pelukan. Suara tangisan Damia mula kedengaran semakin kuat.

"Shh... Shh... Don't cry. Aku belum buat apa-apa lagi, sayang." Pujuk Sergio sambil menggenggam kedua-dua tangan Damia yang sedari tadi asyik menolak badannya.

"Saya nak balik..."

Rahang Sergio mula mengeras mendengar permintaan gadisnya itu. Iphone di kocek di ambil lalu menunjukkan sebuah foto yang membuatkan Damia terkedu hebat. Gambar itu jelas menunjukkan keadaan rumahnya yang sudah seratus peratus musnah. Bahkan, rumah jiran-jirannya juga musnah terkena tempias.

"Ji-jiran saya macam mana?"

"Diorang? Hmm... Aku hantar diorang jumpa Tuhan."

Esakkan Damia semakin kuat mendengar apa yang di katakan Sergio. Kemudian, baru dia teringat tentang kawan serumahnya.

"Kalau macam tu, A-aressa macam mana?" Tanyanya dengan mata penuh berharap sahabatnya yang satu itu masih hidup.

"That girl? Don't worry. She still alive. Dayren yang jaga dia." Jawab Sergio santai. Dia pasti Damia kenal dengan rakan mafianya itu.

"No no no no! Saya tak boleh biarkan Aressa duduk dengan lelaki tu." Damia mula bergerak ke tepi katil. Baru selangkah dia berjalan terasa pinggangnya di tarik kuat membuatkan badannya termasuk sekali lagi ke dalam pelukan lelaki itu.

Damia pantas menepuk-nepuk tangan kekar lelaki itu tetapi lansung tidak memberi sebarang kesan pun kepada lelaki itu. Wajahnya sedikit memerah menunjukkan dia sedang marah kepada lelaki asing itu. Di pukul badan lelaki itu yang berada di belakangnya menggunakan siku dengan kuat.

"Damia Salsabila! Jangan melawan cakap aku. Sekarang, aku nak kau dengar betul-betul apa yang aku nak kata." Ujar Sergio tegas. Damia mula menghentikan tindakannya. Tidak pelik jika lelaki itu boleh mengetahui nama panjangnya. Sedangkan menculik dirinya juga mampu, takkan nama tak tahu.

"Lusa, kita nikah. Jangan cuba-cuba nak larikan diri. Kalau kau buat jugak, tahu lah nanti nasib kau."

Damia mengerutkan mukanya marah. Dengan segala kekuatan yang ada, di tolak badan lelaki itu sehingga berjaya.

"Tak nak! Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tak akan berkahwin dengan orang gila macam awak! Lagipun, saya tak suka awak pun. Saya suka orang lain lah!" Teriak Damia nyaring.

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now