♡ 44 ♡ AEIMAN HARIS

13.7K 627 82
                                    

Tolong jangan tanya author bila diorang buat anak. Silakan baca dan hayati kisah ini sahaja. Sekian. Harap maklum.

♡♡♡

Rumah teres satu tingkat di hadapannya di pandang lama. Ini rumah baharu untuk dia dan anaknya. Damia terus mengusap-usap perutnya lembut. Bukan kerana lapar, tetapi, anak ini sahaja lah penguat untuknya meneruskan hidup.

"Assalamualaikum."

Pandangan Damia terus beralih ke arah lelaki muda di sebelahnya. Kacak.

"Waalaikumsalam."

"Awak ke jiran baru saya? Rumah saya dekat situ je." Tangannya menunjuk ke sebelah rumah yang sedang dia berdiri. Damia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

"Oh, kalau macam tu, biar saya kenalkan diri dulu. Saya Aeiman Haris. Masih bujang dan sedang mencari bakal menantu untuk mama saya. Awak?"

"Saya Damia Salsabila. Dah berpunya."

"Oh... Dah berpunya..." Wajahnya sedikit muram namun cepat-cepat di gantikan dengan senyuman manisnya.

"Okay lah, Haris. Saya nak masuk dulu. Bye-bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..."

Aeiman terus berjalan masuk ke dalam rumah dengan hati yang sedikit hampa. Punya lah teruja tadi dia dapat berjumpa gadis secantik Damia, rupa-rupanya, dah berpunya. Tetapi, jika gadis itu benar-benar berpunya, di mana suaminya?

Senyuman lebar terbit di bibirnya. Nampaknya, boleh lah dia menyelit. Aeiman berbaring di atas katil dengan hati yang riang. Dia akan membuatkan gadis itu jatuh cinta kepadanya.

"I love you so much, Damia Salsabila."

Di dalam masa yang sama, Damia yang sedang sibuk mengemas rumahnya terhenti sebentar. Teringat pula dia pada jiran baharunya itu, Aeiman Haris. Tiba-tiba, hatinya berasa tidak enak apabila mengingati lelaki itu. Namun tidak lama kemudian, dia menggelengkan kepalanya laju.

"Ish, tak baik buruk sangka. Entah-entah, dia lagi baik daripada apa yang kau fikir." Gumam Damia sendirian.

Namun, pergerakannya terhenti sekali lagi. Baru dia teringat, dia datang ke sini membawa badan sahaja. Pakaian mahupun barang-barang yang lain lansung tidak di bawa. Poket bajunya di seluk mengeluarkan segala benda di dalamnya.

Beberapa saat kemudian, baru lah Damia kembali menarik nafas lega. Nasib baik dia sempat membawa duit dari istana itu. Tetapi sayangnya, duit itu hanya cukup-cukup untuk seminggu sahaja. Ini belum lagi barang-barang keperluan. Nak tak nak dia terpaksa mencari pekerjaan juga di sekitar perkampungan ini.

Badannya di rehatkan di atas tilam yang di sediakan di situ. Nasib baik rumah sewanya ini menyediakan beberapa perabot walaupun kelihatan sedikit lusuh dan kotor.

"Ya Allah, macam mana lah kehidupan aku lepas ni." Damia menghela nafas lelah.

Baru dia tahu betapa sukarnya hidup seorang diri tanpa di tolong orang lain. Tetapi, sekurang-kurangnya dia bersyukur dapat melarikan diri daripada lelaki itu. Kini, tiada lagi kongkongan suami over protective nya.

Harap-harap keadaan begini dapat berkekalan untuk waktu yang lama. Tidak sanggup rasanya dia untuk berada di istana mewah tetapi baginya seakan-akan sangkar emas itu.

***

Aressa duduk bersila di atas sofa sambil enak mengunyah coklat yang di belikan suaminya, Dayren. Movie 'The Negotiation'  yang sedang di tayangkan di kaca televisyen itu di tonton penuh khusyuk. Pandangannya lansung tidak beralih sehingga tidak sedar suaminya sudah pun balik dan elok berbaring di sebelahnya.

"Sasa, tak nak pandang suami kau ni ke?" Terus wajah Dayren di pandang namun tidak lama perhatiannya di alihkan semula ke arah televisyen. Dayren mendengus kuat.

"Awak baru balik dari mana?" Coklat yang sudah habis di makan itu di buang ke dalam tong sampah. Satu lagi pek coklat jenama Cadbury di buka lalu di makan laju membuatkan bibirnya comot.

"Aku baru balik dari hospital. Asalnya nak melawat kawan kau tu, last-last melawat Sergio pulak." Coklat yang melekat di bibir isterinya di kesat menggunakan ibu jari dan terus di jilat tanpa rasa geli. Halal ya.

"Eh? Macam mana boleh jadi macam tu pulak?"

"Damia larikan diri tadi. Sampai sekarang belum jumpa lagi. Lepas tu, 'adik' nya Sergio kena tendang. Tak  sangka aku dia sampai masuk wad. Mesti teruk."

"Sergio ada adik ke? Siapa? Handsome tak?"

Dahi licin Aressa di jentik kuat. Boleh pula wanita itu berkata begitu di hadapannya. Lansung tak jaga perasaan dia.

"Ish! Lurus bendul betul la kau ni! Yang aku cakap 'adik' tu bukan adik-beradik. Tapi, bawah lelaki lah!"

"Oh... Mana saya tahu. Awak yang tak cakap betul-betul. Jadi, ini semua salah awak lah."

"Tck! Woman."

Dayren terus bangun daripada pembaringannya lalu menaiki tangga tanpa memandang ke arah Aressa. Sakit hati betul kalau bercakap dengan isterinya. Selalu sahaja mahu menang.

"Tak nak teman saya ke?!" Laungan Aressa tidak di balas Dayren. Wajah lelaki itu masam mencuka sambil memandang ke tempat lain. Bukannya naik atas pun, duduk di tangga sahaja. Dah tua-tua pun nak merajuk. Dasar manja!

"Tengok lah cerita tu sorang-sorang. Malas nak layan kau!"

Aressa mengangkat bahunya tanda tidak kisah. Coklat di atas meja satu per satu di makan sambil mata kekal terhala kepada televisyen.

"Wah! Handsome nya!"

Wajah Dayren memerah secara tiba-tiba. Lelaki itu terus berlari ke arah Aressa sambil menggenggam telefonnya kuat.

Prak!

Terlopong mulut Aressa memandang televisyen yang kini sudah rosak gara-gara telefon Dayren. Skrin televisyen itu terus terpadam membuatkan Aressa mendengus kecil.

"Kenapa awak buat macam tu! Hilang terus oppa saya!"

"Oppa kepala bapak kau!"

"Dayren! Kalau awak nak menghina, hina saya! Jangan pernah hina mak ayah saya!" Nafasnya turun naik menandakan kemarahannya sudah hampir meletus.

Dayren terus tersedar akan kesilapannya. Dia terus mendekati Aressa namun wanita itu semakin menjauhkan diri.

"Jangan tidur dengan saya malam ni! Muktamad!"

"What?! No! Sasa, I'm so sorry. Please forgive me! Macam mana aku nak tidur kalau tak boleh peluk kau?"

"Saya tak nak dengar apa-apa bantahan dari awak."

Aressa terus berjalan menuju ke arah lif lalu butang ke tingkat atas di tekan. Dia terus masuk ke dalam lif tanpa menunggu suaminya masuk terlebih dahulu.

Ting!

Aressa berjalan menghentak kaki masuk ke dalam biliknya. Dua bantal dan satu selimut di letakkan di luar bilik khas untuk Dayren.

Selepas masuk ke dalam bilik, pintu segera di kunci lalu meja mini di sebelah katil di angkat sebelum di letakkan di hadapan pintu bilik seolah-olah menahan orang luar daripada masuk ke dalam.

Aressa terus berbaring di atas katil kasar sebelum memejam matanya rapat bersedia untuk memasuki alam mimpi. Di abaikan ketukan pinti berkali-kali dari luar seolah-olah tiada apa pun berlaku.

"Padan muka awak! This is your lesson!"

"I hate this lesson, Sasa!"

"I don't care!"

"Fine!"

Aressa tersenyum kemenangan. Dia mula menutup mata sekali lagi kerana kantuknya sudah benar-benar menguasai dirinya.

"Good night."

TO BE CONTINUE...

-15/8/2021
-11:05 p.m

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now