♡ 34 ♡ R U M A H K A M P U N G

12.4K 646 12
                                    

Damia menatap bosan ke arah Sergio yang kelihatan sedang sibuk membuat kerjanya. Dia mengeluh panjang hingga mampu di dengari lelaki itu.

"Bosan ke?"

"Eh, tak lah. Tengah menghayati pesona bilik abang ni." Damia menjeling tajam suaminya. Dah nampak, tanya lagi. Apa lah.

"Nak susu?"

"Tak nak."

"Makan?"

"Dah kenyang."

"Main game?"

"Tak ada mood."

"Habis, nak apa, sayang."

Damia terdiam. Dia menggaru-garu dagunya tampak seperti sedang berfikir. Sergio diam-diam menyambung semula kerjanya yang tergendala.

Ting!

Tiba-tiba muncul satu idea di benak fikiran Damia. Wanita itu pantas berlari anak ke arah suaminya lalu duduk di hadapan Sergio.

"Abang, jom pergi rumah tok ma saya nak?"

Sergio mengerutkan dahinya.

"Tok ma? Sejak bila kau ada tok ma? Kenapa aku tak tahu? Kenapa tak ada maklumat tentang tok ma kau dalam fail yang anak buah aku bagi?" Soal Sergio bertalu-talu. Damia menelan air liurnya. Dia menarik nafas panjang lalu mula menjawab.

"Itu bukan tok ma kandung saya lah. Tok ma saya belah mak dengan ayah dah lama meninggal dunia. Ini tok ma sebelah rumah arwah tok ma belah ayah saya. Dulu tok ma tinggal dekat kampung. Sekarang, dia pindah ke Amerika." Damia menjawab panjang lebar. Harap-harap lelaki itu faham lah.

"Ouh. Jadi?"

"Jadi, jom lah pergi melawat tok ma!"

Sergio diam seketika. Dua minit kemudian baru lah dia mengangguk membenarkan. Damia tersenyum ceria.

"Yeay! Sayang abang ketat-ketat." Ujar Damia girang sambil memeluk erat tubuh kekar suaminya itu.

Telinga Sergio memerah menandakan dia sedang malu. Tidak sangka, baru hari ini dia dapat merasa perasaan malu. Selama ini, jangan harap lah.

"Abang, bila kita nak gerak?"

"Hmmm... Lusa lah. Aku tengah sibuk sekarang ni. Aku janji akan habiskan kerja aku. Lepas tu, kita pergi jumpa tok ma kau."

"Okay!"

"Good girl."

***

KEESOKAN HARINYA

(Author terpaksa skip sebab nak cepat kan sampai ke hari Sergio dan Damia pergi kampung. Sorry.)

Humairah memandang tangannya yang sudah di inai berwarna merah terang. Hari ini adalah hari pernikahannya. Air matanya bertakung. Impiannya untuk membina rumah tangga bersama orang yang di cintainya musnah.

Betul, dia lansung tidak mencintai Malique.

Tok!

Tok!

Tok!

"Cik Humairah, pengantin lelaki dah sampai ni." Laungan anak buah Malique membuatkan Humairah tidak senang duduk.

Bunga di atas meja di genggam kedua-dua belah tangannya. Air mata di kesat lembut tidak mahu solekannya rosak.

Perlahan-lahan Humairah berjalan lalu keluar dari bilik persalinannya. Dia membalas senyuman yang di lemparkan anak buah lelaki itu.

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now