♡ 38 ♡ AMARAH

12.6K 673 61
                                    

Tubuh Damia di hempas kasar ke atas katil. Wajah lelaki itu jelas memerah bersama urat-urat timbul di dahinya. Tali pinggang di buka lalu melipat dua di tangannya. Damia sudah menangis teresak-esak melihat perubahan wajah suaminya itu.

"Seronok bermesra dengan jantan lain?" Soal Sergio sambil menatap sinis ke arah Damia. Wanita itu tidak membalas. Hanya sedu-sedan kedengaran darinya.

"AKU TANYA NI JAWAB LAH!!!" Damia pantas menjauhkan diri namun sempat kakinya di tangkap Sergio.

"Sergio... Maafkan saya. Saya lansung tak terfikir nak jumpa dia orang kat sana. Sergio... Maafkan saya..." Rayuan Damia lansung tidak di endahkan. Matanya penuh dengan kecemburuan dan kemarahan.

Zas!

Zas!

Zas!

Damia menangis teresak-esak sambil merayu supaya lelaki itu menghentikan perbuatannya. Sergio lansung tidak mengendahkan apatah lagi mendengar kata-kata Damia bagaikan angin berlalu.

"Sergio... Maafkan saya..." Lirih Damia dengan wajah sembabnya. Seumur hidupnya belum pernah lagi di pukul sebegini teruk.

Sergio tidak membalas. Dia terus menerus melibas badan Damia tanpa henti. Tidak sedikit pun rasa bersalah membelenggu dirinya apabila melukakan wanita itu dari segi mental mahupun fizikal.

"Kalau awak terus macam ni, saya nak mintak cerai!"

Libasan Sergio terhenti. Wajahnya semakin memerah menandakan amarahnya sudah di tahap paling tinggi. Tanpa belas kasihan, tubuh Damia di banting kuat ke dinding membuatkan bunyi hentakan kedengaran.

Sergio lansung berjalan keluar tanpa memandang ke arah Damia. Pintu di tutup lalu di kunci membuatkan Damia tersekat di dalam. Bilik kerjanya di tuju lalu menguncikan diri di dalam sendirian.

Sama ada Laisyah mahupun Ammar, kedua-duanya lansung tidak tahu mahu buat apa dengan situasi begini. Arsen hanya bersandar di dinding sambil mengunyah keropok dengan wajah yang santai.

"Kita nak buat apa sekarang ni, Tuan Arsen?" Soal Ammar sambil memandang ke arah lelaki itu.

"Biarkan. Buat kerja masing-masing. Jangan campur hal rumah tangga dia orang. Nanti makin teruk ada lah." Jawab Arsen lalu beredar dari situ.

Namun, baru beberapa langkah, dia berpatah balik semula lalu menggenggam tangan Laisyah berjalan bersama. Ammar yang masih berada di situ hanya mampu tersenyum sedangkan hati single nya meronta-ronta kesakitan.

***

Sementara di dalam bilik, Damia kelihatan sedang mengecilkan diri di penjuru bilik. Air mata sedari tadi asyik jatuh di pipi tidak mahu berhenti.

"Mama, papa, Daniel, Adrian. Semua meninggal sebab aku. Kau memang tak layak hidup, Damia. Hidup kau asyik menyusahkan orang je." Ucap Damia pada diri sendiri. Bibirnya mula bergerak-gerak seolah-olah berkata-kata namun satu perkataan pun tidak kedengaran keluar dari mulutnya.

Perlahan-lahan dia bangkit lalu berjalan ke arah balkoni bilik. Palang balkoni di hampiri lalu di pegang. Mungkin ini masanya untuk dia pergi. Sudah banyak masalah yang dia buat pada orang di sekelilingnya.

Damia mula memanjat palang balkoni sambil memegang tiang di sebelahnya. Anak-anak buah Sergio di bawah lansung tidak perasan perbuatan wanita itu.

"Papa, mama, Mia datang."

Damia melepaskan pegangan di tiang membuatkan badannya mula tidak seimbang. Dia mula jatuh ke bawah sambil air mata mengalir deras.

Gedebush!

Tubuh wanita itu jatuh kuat ke dalam kolam berjaya menarik perhatian anak-anak buah Sergio yang berjaga di situ. Sergio yang baru sahaja sampai ke tingkat utama melalui lif terkedu memandang tubuh isterinya yang jatuh dari atas.

Lelaki itu dengan pantas melompat ke dalam kolam air lalu berenang menghampiri tubuh terapung itu. Di bawa tubuh Damia ke pinggir kolam kemudian di baringkan tegak.

Sergio segera melakukan CPR kepada isterinya sambil menepuk-nepuk pipi wanita itu. Bibir serta hujung jari Damia semakin membiru membuatkan Sergio semakin cemas. Jantungnya berdetak sangat kencang membuatkan dia semakin berusaha melakukan CPR kepada isterinya.

Uhuk!

Uhuk!

Uhuk!

Akhirnya, Damia mulai membuka matanya perlahan sambil terbatuk-batuk. Hidung serta mulutnya berlumba-lumba mengeluarkan air yang sempat masuk ke dalam badannya ketika tenggelam tadi.

Pang!

"KAU CUBA NAK BUAT APA HAH?!" Jerkah Sergio tidak menghiraukan keadaan sekeliling lagi.

Arsen, Malique dan Dayren hanya mendengar dari sebalik dinding. Masing-masing berwajah serius dan dingin. Apa sebenarnya yang berlaku?

Damia tidak membalas. Dia mula menangis hingga kedengaran sedu-sedannya. Wanita itu menyeret badannya ke belakang cuba untuk menjauhi Sergio.

Lelaki itu diam, cuba untuk meredakan kemarahannya memandangkan emosi Damia sedang tidak stabil. Sergio terus mendukung Damia yang sudah basah kuyup ke lif. Tidak di hiraukan pandangan tajam ketiga-tiga orang sahabatnya.

Sergio menggoyangkan badannya perlahan seolah-olah mendodoi Damia di dalam dukungannya. Kening isterinya di kucup beberapa kali.

Tidak lama kemudian, Damia mula tertidur dengan mulut yang terbuka sedikit. Sergio tersenyum kecil.

Ting!

Lelaki itu segera melangkah keluar dari lif lalu masuk ke dalam bilik mereka. Tubuh isterinya di tukar kepada gaun tidur. Baju yang sudah basah kuyup itu di campak ke dalam tong sampah. Biasalah, Sergio.

Damia di baringkan di atas katil lalu dia juga turut berbaring di sebelah isterinya. Lelaki itu mengeluh panjang.

Adakah dia terlalu mengekang wanita itu?

Sergio menyelak sedikit gaun tidur Damia. Jelas kelihatan bekas libasan yang di lakukannya tadi. Rasa bersalah mula menghantuinya.

Macam mana kalau nanti Damia akan larikan diri lagi?

Sergio pantas menggelengkan kepalanya. Tak boleh. Dia perlu pastikan perkara itu tak kan terjadi. Lelaki itu segera bangun lalu keluar dari bilik. Tali di dalam bilik kerjanya di ambil lalu berjalan ingin masuk semula ke dalam biliknya. Kebetulan Arsen berjalan bertentangan arah dengannya.

"Kau nak ikat Damia lagi ke?"

Sergio mengangguk mengiyakan. Arsen mempamerkan riak wajah kesal.

"Kau tak fikir perasaan dia ke? Dia pun nak bebas."

"Aku tahu apa yang aku buat. Kau jangan sibuk hal aku."

"Terpulang pada kau lah." Ujar Arsen lalu beredar dari situ. Nak ceramah lebih-lebih, dia bukan pandai sangat pun.

Sergio berjalan masuk ke dalam bilik tidak menghiraukan apa yang cuba di katakan lelaki itu. Dia buat semua ini bukan untuk mengongkong isterinya, tetapi, ini adalah caranya tersendiri.

Usai mengikat pergelangan tangan serta kaki Damia ke tiang katil, Sergio kembali berbaring di sebelah isterinya. Dia memeluk erat wanita itu cuba mencari ketenangan. Sergio tersenyum sendirian. Hanya Damia sahaja yang mampu membuatnya jatuh cinta. Tidak akan dia lepaskan wanita itu sampai bila-bila.

"Mine."

TO BE CONTINUE...

[Note : Author akan cuba yang terbaik untuk buatkan cerita ni lagi menarik untuk readers. Sebenarnya untuk cerita pertama saya ni, target chapter cuma 40 lebih je. Tengok lah macam mana.]

-2/8/2021
-10:42 p.m

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now