♡ 22 ♡ PISAU

14K 735 21
                                    

"Nampaknya, pisau aku rindukan darah kau, Damia Salsabila."

Oh shit!

"Tolong jangan. Saya tak nak. Sergio... Hiks hiks..." Rintih Damia sayu. Sergio tersenyum sinis.

Walaupun dia akui ini salah dia. Tetapi, baginya Damia tetap perlu di hukum supaya wanita itu tunduk kepadanya selepas ini.

Tangan Damia di cengkam lalu di tarik kuat. Di seret tubuh kecil isterinya tanpa belas kasihan sehingga ke bilik sebelah. Kerusi di tengah-tengah bilik itu di hampiri lalu di dudukkan Damia kasar membuatkan wanita itu mendesis sakit. Tangan wanita itu di ikat ketat dan kuat sehingga menampakkan tanda-tanda lebam akan muncul lagi.

Pisau yang baharu di belinya di ambil lalu di mainkan dengan wajah yang santai. Walaupun pisau itu tampak kecil dan seperi tidak tajam, tetapi, ianya adalah sebaliknya. Kerana, hanya dengan sedikit hirisan boleh membuatkan darah membuak-buak keluar tanpa henti dalam sekelip mata.

Serbuk racun di dalam paket di keluarkan lalu di letakkan kepada bahagian tajam pisau.

"Sergio, saya mintak maaf. Saya tak sengaja nampak awak buat benda tu. Tolong maafkan saya. Tolong..."

"Aku bukan tuhan yang boleh memaafkan hambanya tanpa hukuman." Jawab Sergio mendatar sambil mata masih lagi tidak memandang Damia.

Tsap!

"Argghhh!!!"

Tsap!

Tsap!

"SAKIT, SERGIO!!!"

Damia meraung nyaring sambil tangan menggenggam kuat menjadi buku lima. Air mata berjujuran jatuh di pipi menunjukkan betapa sakitnya hirisan yang di buat lelaki itu.

Tsap!

Tsap!

Tsap!

"ARGGHHH!!!"

"SHUT THE FUCK UP!!!"

Terhinjut bahu Damia mendengar jerkahan Sergio. Entah mengapa, hatinya terasa sakit.

"Sergio... Saya mintak maaf. Tolong jangan buat saya macam ni..." Rayuan demi rayuan keluar dari bibir Damia namun lelaki itu hanya tersenyum senang.

"Fine! Aku tak akan hukum kau macam ni lagi." Damia menghela nafas lega untuk seketika.

"Sebab, ada banyak lagi cara hukuman yang boleh aku buat dekat kau, Damia Salsabila."

Ikatan di lepaskan namun tangan itu kembali di heret kuat keluar dari bilik itu. Lif di masuki lalu menekan butang ke bilik bawah tanah.

Ting!

Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya.

"Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!"

"DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris.

Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya.

Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya.

"Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya.

Bam!

Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak.

Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran.

Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri.

***

Klak!

"Selamat pagi, baby." Sapa Malique ceria.

Rupa-rupanya dia tersilap. Bukan dua hari, tetapi empat hari kesan ubat tidur yang di ciptanya itu. Hampir gila di buatnya apabila gadis di cintainya tidak bangun-bangun.

Air mata yang sedari tadi asyik menurun di kesat laju. Tidak sangka dia akan terlibat dengan perkara sebegini.

"Sayang, aku bawak makanan ni. Kau 'tidur' lama tau. Mesti lapar." Malique memandang Humairah yang sedang menangis dalam diam.

Gadis itu hanya diam dan pandangan masih di halakan pada jendela luar. Tangannya tiba-tiba di genggam lelaki itu. Melihat Malique yang semakin mendekat dengannya membuatkan dia pantas menolak kuat badan lelaki itu.

"Hahahaha. Kau ingat dengan tolakkan lemah macam tu boleh buatkan aku berganjak ke? Huh, tak sedar diri." Hina Malique pedas dengan tangan menyilang di dada bongkak.

Menggigil-gigil tangan Humairah menahan dirinya dari menampar lelaki di hadapannya ini. Jika tidak di fikirkan sekarang ini dia sedang di culik, sudah lama di sepak terajang Malique ini.

"Ak-aku tak lapar." Jawab Humairah sedikit payah.

"Oh, okay. Kalau macam tu, terpaksa guna cara kasar." Sahut Malique santai.

Dagu Humairah di cengkam kuat lalu membuka mulut gadis itu secara paksa. Air kosong di tuang sepenuhnya ke dalam mulut Humairah membuatkan gadis itu tersedak hingga masuk ke dalam hidung. Mulut dan hidungnya di tutup Malique kasar.

"Telan." Arah Malique bernada kosong.

Selepas itu di ambil nasi bubur dan di masukkan ke dalam mulut Humairah laju. Nasi bubur itu benar-benar tawar kerana hanya di letakkan air dan nasi sahaja tanpa garam atau bahan-bahan lain.

Humairah menutup mulutnya rapat tidak membenarkan masakan tawar itu di masukkan ke dalam mulutnya. Melihat kedegilan gadis itu membuatkan Malique tersenyum lebar. Mangkuk nasi bubur di ambil lalu di tekan kuat pada wajah Humairah. Habis rambut dan muka gadis itu kotor tidak terurus.

Tidak dapat menahan lagi, akhirnya tangisan Humairah kedengaran pilu sekali memenuhi bilik itu. Malique tersenyum lagi. Ini yang dia nak dengar sebenarnya.

"Kalau kau nak nangis, keluarkan je. Aku tak marah. Aku suka. Itu yang buatkan kau jadi lagi kuat. I love you damn much, Humairah." Jawab Malique girang.

Tubuh gadis itu di peluk tanpa menghiraukan esak tangisan Humairah. Dia pernah berada di tempat gadis itu. Malah lebih teruk lagi. Jadi, dia tidak mahu Humairah memendam seperti yang di lakukannya.

Seorang sociopath tak akan wujud tanpa kisah pahit di masa lalu. Sama seperti dirinya. Trauma childhood, andai dia tidak pernah melalui perkara pahit semasa kecil, pasti dia tak akan menjadi seorang sociopath seperti sekarang.

"Tolong... Saya nak balik. Hiks hiks... Saya tak nak duduk sini." Rayuan Humairah membuatkan Malique kembali dari lamunannya.

"Sekali aku cakap kau milik aku. Itu maknanya selamanya kau akan tetap di sisi aku. Sampai aku mati sekali pun."

Humairah menangis teresak-esak di dalam pelukan lelaki bukan mahramnya itu. Dia rasa berdosa, tetapi, dia lemah. Tak boleh lakukan apa-apa pun untuk dirinya.

Ya, dia lemah.

TO BE CONTINUE...

-14/7/2021
-12:03 a.m

LOVING MR MAFIA {✓}Where stories live. Discover now