#14

12 2 2
                                    

Pada hari itu, lisa yang baru saja bangun dari tidurnya , dikejutkan dengan ketukan pintu dari luar rumahnya. Dia hairan siapa yang datang ke rumahnya pagi2 buta ini. Tak mungkin taehyung, sebab taehyung kan sebok urus jenazah abang2 nya.

Lisa mengintip dari lubang kecil di pintunya, siapa pulak wanita ini?

Lisa membuka pintu rumahnya. Wanita tua yang berusia 60-an itu tersenyum kepada lisa dan meminta lisa untuk membawa nya masuk ke dalam rumahnya kerana ada sesuatu yang mustahak yang ingin dibicarakan.

"Maafkan saya datang menganggu cik, saya adalah bekas jururawat yang membantu arwah ibu cik untuk bersalin 18 tahun lalu" kata wanita itu.

"Apa motif awak jumpa saya?" Soal lisa, nadanya agak sedikit benci.

"Justeru itu cik, saya nak cakap kebenaran yang cik lisa perlu tahu" kata wanita itu.

"Kebenaran apa pulak ni?"

"Cik lisa sebenarnya anak puan Yoon dan tuan kim. 18 tahun yang lalu, saya dibayar oleh arwah puan manoban untuk menukar cik dengan anak puan manoban yang bernama kim taehyung. Disebabkan waktu puan yoon melahirkan dia diasingkan wad dengan anak2nya, puan yoon tak pernah tahu bahawa dia mendapat seorang anak perempuan iaitu cik lisa. Saya minta maaf cik lisa, saya memberitahu semua ini kerana arwah puan manoban tak henti2 menghantui saya di mimpi. Saya mencari tahu alamat cik, dan syukur saya menjumpai cik di sini" kata wanita tua itu.

Lisa tersentak. Lidahnya kelu. Tidak ada satu kata2 pun yang dapat keluar dari mulut gadis licik itu. Jadi, selama ini dia lah salah satu mangsanya ! Apa yang telah dia lakukan ? Dia telah membunuh abang2 nya...... dia sudah gila.

Lisa menangis dan menghalau wanita tua itu keluar dari rumahnya. Kata2 wanita tua itu membuatkan dia berada di tengah2 sama ada mahu percaya atau tidak.

SWEET BUT PSYCHO { COMPLETED ✔ }Where stories live. Discover now