Hospital yang menempatkan Sakura kecoh apabila tiada siapa pun tahu di mana Sakura dibawa bahkan para jururawat dan doktor juga tidak tahu membuatkan bungsu Uchiha itu mengamuk.
Naruto menahan Sasuke yang mahu menghancurkan hospital dibantu oleh Neji dan Sai.
"Di mana Sakura?!!!!Di mana kalian menyembunyikannya??!!!!"Teriak Sasuke marah.
"Teme sudah."
Tsunade menarik nafas tenang."Uchiha-sama kami minta maaf atas kelalaian kami.Kami akan membantu tuan menca....
"Tidak perlu!"Marah Sasuke lalu terus berlalu.
Tsunade hanya memandang sambil tersenyum.🖤🖤🖤🖤🖤🖤
Sasuke mengurungkan dirinya selepas kehilangan Sakura.Sudah 2 minggu dia mencari namun tiada langsung yang dia dapatkan.
Dia sedih dan sangat terluka.Adakah sesakit ini gadisnya rasakan.Kenapa penyesalan itu datang ketika kita kehilangannya.
Ketukan di pintu kedengaran dia tiada niat mahu membukanya.Dia tahu itu pasti anikinya.
"Sasuke ayo buka pintunya.Kaasan sangat kawathir.Tousan juga mahu bertemu dengan mu sekarang."Kata Itachi lembut.
Sasuke mengeluh.Lagi-lagi tousannya mahu membahaskan tentang perkhawinannya.
Pintu bilik itu dibuka.
"Ya tuhan apa yang berlaku pada kamarmu?"Pekik Itachi terkejut.
Sasuke tidak kesah pada kata-kata Itachi.Dia melangkah ke ruang keluarga.Di situ tousannya dan kaasan.
"Sasu-kun ada apa denganmu sayang.Kamu lapar kaasan siapkan makanan okey?"Ujar Mikoto risau.
"Tidak perlu.Apa yang ingin taousan katakan."
"Ada apa denganmu?Perkhawinanmu akan berlangsung 3 minggu lagi.Kau jangan memalukan ku Sasuke.Turuti kata-kata ku.Kau lihat Itachi selalu mematuhi arahan ku tapi kau malah sibuk mencari perempuan yang tidak tahu apa identitinya!"
Sasuke memandang tousannya tajam.Masih membandingkan dia dengan Itachi padahal dia sanggup menerima apa yang lelaki itu suruh bahkan meninggalkan Sakuranya.
Senyuman sinis tertampil di bibirnya."Heh uchiha-sama sampai sekarang kau membandingkan ku dengan Itachi.Apakah yang aku lakukan untuk mu masih belum cukup?!Kau menyuruhku untuk memperbaiki perusahan kita di Amerika dan berpisah dengan Sakura?!!!!Malah selepas aku balik pun kau menyuruhku bertunang!Aku tidak melawan kerana aku menghormatimu dan sekarang kau ingin aku menikahi wanita yang aku tidak cintai!!!!Begitu benci kau denganku sehingga tidak sabar menyuruhku keluar heh?!"Ujar Sasuke sinis sambil memandang Fugaku tajam.
Itachi,Mikoto dan Fugaku terkejut dengan kata-kata Sasuke selama ini Sasuke tidak pernah menengking Fugaku walaupun dia tidak setuju namun sekarang hanya kerana Sakura Sasuke sanggup menengking.
"Sasuke....
"Sudah tuan uchiha.Cukup kalau itu yang kau mahu aku akan keluar dari sini dan perkhawinan itu aku mahu batalkan.Dan jangan sesekali menganggapku barang mainanmu Uchiha-sama."Ujar Sasuke sinis lalu mahu berlalu.
Namun Mikoto dengan pantas memeluk kaki Sasuke sambil melutut."Tolong kaasan Sasu,jangan tinggalkan keluarga ini.Kaasan janji akan membatalkan perkhawinan itu tapi kaasan mohon jangan tinggalkan kaasan.Tolong Sasu.Hiksss."Rayu Mikoto.
Sasuke menghela nafasnya pasrah."Asalkan perkhawinan bodoh itu dibatalkan."Kata Sasuke sambil membantu kaasannya bangun.Kaasannya tidak salah dalam hal ini.
Fugaku hanya mendiamkan diri.Dia terkesan dengan kata-kata anaknya.Jadi selama ini dia selali memaksa anak-anak nya untuk mengikuti apa kemahuannya.Sebegitu kejamkah dia kepada anak-anak nya.
Dia ingat Sasuke akan selalu menurutinya walaupun anak itu sakit hanya untuk setaraf dengan anikinya.Memaksa Sasuke mempelajari semua bisnis keluarga tanpa belas kasihan.Hatinya berbolak-balik.
YOU ARE READING
I still love you(Hiatus)
Short StorySasuke meninggalkan Sakura selama beberapa tahun dan meminta kekasihnya itu menunggunya. Sakura setia menunggu Sasuke kembali ke jepang.Dia tetap menunggu walaupun dia tidak pasti yang Sasuke akan masih mengingatinya.