>>•••<<>HOUSE<
•PART 9•>>•••<<
Team Leedo jalan naik tangga yang sama dengan team Seoho naik tadi.
Diorang bertiga sebenarnya follow je dari belakang team Seoho tapi follow daripada jarak jauh.
Lepas diorang dah nampak team Seoho masuk bilik, Yeonho yang pegang kertas mesej tu terus buka kertas tu.
"Serious lah.. Orang misteri ni boleh meramalkan masa depan ke?" tanya Yeonho.
"Aku pun rasa gitu... Tengoklah, team Seoho hyung betul ii masuk bilik yang sebelah dengan bilik pejabat... Tu bilik pejabat sebelah situ je" balas Castle J.
"Agak ii kalau diorang boleh ramalkan masa depan, agak ii jap lagi kita semua selamat ke tak?" tanya Leedo dan Yeonho dengan Castle J cuma angkat bahu je.
"Kamu semua akan selamat jika kamu semua mengikut semua arahan yang ada di dalam mesej itu" ujar seseorang buat Leedo, Castle J dengan Yeonho pandang serentak ke belakang.
Betapa terkejutnya diorang bila nampak ada manusia yang muka sebiji dengan diorang. Manusia? Roh lah.. Roh~ Roh~ Roh~~~ Smah 😆 tu Rosmah 😆
"Siapa korang !?" tanya Leedo garang dengan suara garau dia terus diri depan Yeonho dengan Castle J untuk lindung dua orang adik dia.
"Jangan takut pada kami–"
"Gila ke tak takut tiba ii muncul pastu muka sama, sah rumah ni angker... Korang nak apa hah datang kat kitorang!? " potong Castle J dengan kepala keluar sikit daripada celah lengan Leedo.
"Kami hanya ingin memastikan kamu semua selamat" ujar lelaki yang berwajah Yeonho.
"Yelah tu !" balas Yeonho lantang.
"Kenapa kami ingin menyakiti dan menyeksa keturunan kami sendiri?" tanya lelaki yang berwajah Castle J.
"Keturunan?" tanya Leedo.
"Adakah anak cucu kami tidak pernah menceritakan apa ii tentang kami dan cerita itu sampai kepada kamu semua?"
Leedo, Castle J dengan Yeonho cuma gelengkan kepala diorang je tanda jawapannya 'tak'.
"Adakah kamu mendengarkan sesuatu?" tanya lelaki berwajah Castle J selepas beberap minit diorang semua terdiam.
Yea.. Diorang berenam dengar sesuatu dari arah bilik tempat team Seoho masuk.
"Pergi segera... Sebentar lagi dia akan keluar untuk mencari mangsanya yang telah dia tetapkan.. Pergi !! Pergi !! Kami akan menjaga kamu semua... Pergi !!" Arah lelaki berwajah Leedo.
Team Leedo cepat ii pergi bilik pejabat yang ada disebelah bilik yang team Seoho masuk.
"Woii tingkap nombor 2 yang mana dok?" tanya Castle J gelabah.
"Kau jangan gelabah boleh tak? Rilex... Ni tingkap nombor 2 sebab ada tangga.. Kau turun dulu, pastu Yeonho, then aku.. Kau protect Yeonho dari bawah, aku protect Yeonho dari atas lepastu tunggu aku kat bawah" ujar Leedo.
Castle J dengan Yeonho pun turutkan aje.
Lepas diorang bertiga dah turun, diorang terus berlari pergi stor yang ada kat kawasan taman bunga yang dah layu.
Sampai je sana, Leedo terus kunci pintu tu.
"Gila.. Sikit lagi nak kantoi dengan Seoho hyung" ujar Leedo hembus nafas kasar.
YOU ARE READING
HOUSE || •VRVR-ONEUS-MCND•
Ужасы[COMPLETED] SHUHHHHH Just read~ •VeRiVeRy• •ONEUS• •MCND• ⚠DISCLAIMER⚠ Cerita ni memang asal usul dari fikiran imaginasi sendiri dan tiada sebarang ciplak dari mana ii cerita.. Jika mana ii readers yang pernah jumpa ataupun rasa cerita ni hampir s...