03

145 18 29
                                    

Taehee melepaskan keluhan berat. Sampai bila dia kena hadap Beomgyu punya perangai yang macam ni. Susah betul nak spend time sama sama. Kalau sebab buat assignment takpe jugak. Masalahnya pergi berjimba.

Memanglah dia jujur dia pergi party tapi kalau boleh setiap malam dia pergi. Party siapa pun tak tau. Kalau bukan party dia pergi kelab. Ikutkan hati nak je maki Yeonjun sebab dia punca Beomgyu ketagih nak pergi party tapi Yeonjun pun takde lah setiap malam pergi party dengan kelab macam Beomgyu tu.

Beomgyu yang gigih menyiapkan assignment disebelahnya itu ditatap.

HDJDHJDDJ HENCEM!

"Taehee sayang.. kenapa tenung i macam nak tembus ni? Kalau nak tenung apa yang ada dalam hati i, nanti u nampak u je kat situ."

"Ceh, mulut u makin hari makin manis eh. Ngorat sape je la."

"Mana ada orang lain. I ada u je tau." Balas Beomgyu. Alang-alang dah bercakap dengan Gyu ni, baik kita ajak date sekali.

"Gyu, malam ni kita dinner sama sama jom." Ajak Taehee dengan mata penuh harapan.

Beomgyu membalas tatapan Taehee dengan tatapan yang penuh rasa bersalah. Dah tahu dah apa jawapan Choi Beomgyu.

"Taehee sayang. I bukan tak nak tapi i dah janji dengan Sam nak pergi party Josh malam ni. Sorry tau."

Taehee hanya membuat muka menyampah. Sam dengan Josh pun dia tak kenal. Banyak betul kawan si Beomgyu ni buat sejak asyik berparty.

"Yelah, i faham. Janji kan penting. Kalau ada benda penting lain je boleh cancel. Gitu?"

"Thanks for understanding Taehee."

Taehee terkejut dengan balasan Beomgyu. Thanks for understanding? KEPALA HOTAK DIA LA!

INGATKAN NAK PUJUK KATA U LA PALING PENTING OK I CANCEL PLAN I MALAM NI TAPI TAK! DIA KATA THANKS FOR UNDERSTANDING?!?!?!!???!!

"I nak balik tau bye." Kata Taehee secara tiba-tiba dan terus meninggalkan Beomgyu yang terpinga-pinga di situ.

Sebenarnya Taehee hanya mengatur langkah ke sebuah cafe berdekatan. Bila sakit hati ni kita kena makan.

᪥᪥᪥

"Two slices of red velvet cake and one bubble tea." Kata Taehee sebaik sahaja sampai di kaunter cafe tersebut.

"Is that all?" Taehee hanya mengangguk.

"Tot-"

"Add one set of egg tart and grape smoothie please. I'll pay for them."

"Oh ok."

Taehee terkejut dengan lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Sementara lelaki itu membuat pembayaran, Taehee mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah jejaka yang baik hati tersebut.

Wajahnya seperti bidadara. Manusia betul ke ni. Macam patung.

"Miss, your order." Kata lelaki itu sekaligus menyedarkan Taehee daripada terus merenung wajah lelaki itu.

"Oh. Thank you." Taehee terus mengambil makanan yang dipesannya itu.

"Duduklah dulu. Cakap bahasa Korea je." Lelaki itu menarikkan kerusi untuk Taehee duduk.

"Eh, awak boleh cakap bahasa korea?" Walaupun ni bahasa melayu tapi kita kena berimaginasi ye rakan rakan.

"Ye. Mak saya orang Korea and saya duduk Korea sebenarnya. Belajar je kat sini." Balas lelaki itu lalu duduk di hadapannya.

"Oo macam tu. Terima kasih belikan ni. Nama siapa?"

"Saya Huening Kai. Takde apelah  saya bayarkan tu. Ni credit card kakak saya. Dia dah kasi guna kita kenalah habis kan duit dia sebaiknya. Tak gitu? Lagipun sebenarnya saya junior awak kat universiti. Selalu nampak awak."

"Ye ke? Sorry la tak perasan awak selama ni."

"La takpe. Universiti tu kan besar. Bukannya ada sorang dua je dekat situ. By the way, boleh saya panggil awak noona?"

"Eh- umur berapa?"

"02 liners gitew."

"Ceh beza setahun je. Suka hatilah."

"Noona, saya nak tanya.. siapa lelaki yang selalu dengan noona tu?"

Taehee mula berfikir lelaki mana yang dimaksudkan. Kalau yang selalu dengan dia, Beomgyu lah.

"Kalau Choi Beomgyu lelaki yang awak maksudkan-"

--

Panjang jugak ek. Ape pun thanks for reading ❣️

[✓] him · choi beomgyuWhere stories live. Discover now