28 [FINAL]

118 12 20
                                    

Sebuah dron melintasi langit membuatkan orang ramai di situ mendongak dan melihatnya penuh teruja. Dron itu digunakan untuk merakam suasana di majlis perkahwinan itu untuk disimpan sebagai kenangan.

Pasangan yang baru di satukan itu hanya tersenyum melihat pelbagai gelagat orang yang menyaksikan dron untuk pertama kalinya.

Beomgyu hanya mampu memerhatikan pasangan pengantin itu dari jauh. Dia tak rasa yang dia layak hadir ke majlis perkahwinan Jiyeon dan Soobin tetapi Yeonjun dah heret dia ke sini. Dia tak sangka yang isteri rakan Yeonjun ni Jiyeon.

Terlalu banyak silapnya pada gadis itu. Namun, dia lega yang gadis itu telah menjumpai seseorang yang cintakan dia dan dia harap mereka akan terus berkekalan.

"Ui, Beomgyu. Jauh termenung. Bukan pengantin perempuan ni dulu ada minat kau ke? Nampak familiar."

"Entahlah Yeonjun aku tak tau sesuai ke tak nak describe situasinya macam tu. Tapi dia dah bahagia tu. Baguslah."

Yeonjun hanya mengangguk faham.

"Eh, bini kau tu memang tak datang ke? Dah pukul berapa dah ni?" Soal Beomgyu.

"Kau ni faham fahamlah perangai si Areum tu. Dia mana pernah on time tapi dia tetap akan datang." Balas Yeonjun. Yeonjun tampak seperti ingin menyatakan sesuatu namun tak terkeluar dari mulutnya.

Akhirnya dia bersuara.

"Sebenarnya tadi, aku nampak Minyoung." Jantung Beomgyu seakan-akan berhenti berdegup apabila terdengar nama bekas isterinya. Sudah dua tahun mereka tidak bersua muka dan setiap malam Beomgyu merindui gadis itu.

Kenapa dia tak terfikir daripada awal. Jiyeon dan Minyoung kawan, mestilah Minyoung hadir ke majlis perkahwinan rakannya itu.

Beomgyu baru sahaja hendak bangun dari tempatnya untuk mencari Minyoung namun diberhentikan oleh Yeonjun.

"Sabar. Jangan rosakkan majlis orang gyu. Jangan selfish. Lagipun Minyoung baru je sampai. Relax okay." Beomgyu hanya mengangguk faham.

"Haih.. macam macam la kau ni Beomgyu.. Berapa banyak perempuan dah ada dalam hidup kau?"

Beomgyu menjungkitkan satu kening sambil memandang Yeonjun.

"Apa maksud kau?"

"Kekasih yang tinggalkan kau, isteri paksa rela kau dan kawan yang menaruh harapan pada kau. Siapa yang kau pilih?" Soal Yeonjun tiba-tiba.

Beomgyu ketawa kecil mendengar persoalan Yeonjun. Layakkah dia untuk memilih?

"Soalan kau salah. Persoalannya, siapa yang pilih aku?"

Dan setakat ini memang tiada sesiapa antara mereka memilih dirinya. Silap dia juga. Ini adalah masa untuk dia memperbaiki dirinya dan fokus untuk masa hadapannya.

Tapi kan, tak cukup ke dua tahun? Ada ke kemungkinan yang Minyoung akan menerimanya semula? Jika diikutkan kehendak, dia mahu bersama gadis itu dan anak mereka tetapi dia tidak yakin yang Minyoung akan bahagia.

Matanya hanya mengekori figura Minyoung di majlis tersebut. Tanpa dia sedari dia telahpun meninggalkan lokasi perkahwinan itu. Nasib kau la Yeonjun. Beomgyu dah blah dulu dah.

Beomgyu mengekori Minyoung dari jauh sehingga dia tiba di sebuah taman dan di situ dia nampak seorang kanak-kanak kecil lari ke arahnya.

Itu pasti anak mereka. Sekejap sahaja dia membesar. Beomgyu menahan dirinya daripada menuju ke arah dua manusia itu. Ingin sahaja dia masukkan kedua-dua orang itu ke dalam dakapannya.

Patutkah dia melakukan sebegitu? Dia mahukan hidup tanpa penyesalan tetapi terlalu banyak perkara yang patut dikesalkan dalam hidupnya. Dia tak patut biarkan penyesalan bertambah dalam hidupnya.

Dengan itu dia mula melangkah ke arah mereka namun langkahnya terhenti saat dia nampak Taehyun di situ bersama mereka.

Bagusnya hidup kalau dia berada di tempat Taehyun.

Hati Beomgyu semakin retak saat dia menyaksikan sendiri jejaka itu melamar Minyoung.

Air matanya terus mengalir keluar dan dia berpaling dari pandangannya tadi. Mindanya menjadi kosong dan kakinya melangkah tanpa arah tuju. Yang penting dia nak berada jauh dari situ.

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta langsung tidak menyedarkan Beomgyu yang patah hati itu dan lelaki itu dilanggar oleh kereta yang telah cuba sedaya upaya untuk menghentikan kenderaan.

Beomgyu terbaring di atas jalan tar dengan darah berlumuran di kepalanya.

"Enci- OH MY GOD BEOMGYU? Kau okay tak? THERE'S BLOOD OH MY GOD I'M SO SORRY AKU TAK SENGAJA! WALAUPUN AKU BENCI KAU AKU TAK SENGAJA AKU JANJI! EH APA AKU BUAT NI!" Gadis itu mencapai telefonnya dan nombor didial.

"YEONJUN BABYYYY!"

"Ye sayang. Mana awak ni?"

"BABY I TERLANGGAR KAWAN YOU YANG ANNOYING TU BUT I PROMISE YOU IT WAS AN ACCIDENT! APA I NAK BUAT NI BANYAK DARAHH!"

"AREUM SAYANG YOU CALL I BUAT APA CALL AMBULANS LAH WOI!"

"AMBOI BANG RILEK LAH JANGAN MARAH! SEKEJAP EH BEOMGYU I CALL AMBULANS!" Gadis itu terus menghubungi ambulans untuk ke lokasi kejadian.

Beomgyu hanya memerhatikan gadis itu dengan pandangan yang samar-samar dan ketawa kecil. Mungkin ini adalah hari bertuahnya. Kerana dia sudah tidak sanggup untuk meneruskan hidup.

Pandangannya menjadi gelap dan nafasnya akhirnya terhenti.

-tamat-

welp nampaknya begitulah ending cerita him. aku harap korang boleh terima walaupun aku dah merepek kat sini.

thank you kepada semua yang sudi vote and comment. you guys are a huge motivation for me to continue to write sebab cerita ni hampir je terbengkalai huhu

kalau ada apa-apa nak tanya ke maki ke silakan saya alu alukan di ruangan komen saya.

thanks for reading ❣️

[✓] him · choi beomgyuWhere stories live. Discover now