17

61 7 16
                                    

Beomgyu memegang kepalanya yang berpinar itu sambil perlahan-lahan membuka matanya. Dia berada di mana? Persoalan itu timbul saat dia perasan yang dia berada di sebuah bilik yang asing baginya. Nampak gaya macam hotel.

Beomgyu menoleh ke kanannya dan dia nampak figura seorang wanita yang menangis teresak-esak sambil memeluk kakinya di lantai, sebelah katil.

Dari gaya rambut gadis itu dia tahu, itu bukanlah isterinya. Beomgyu terus panik dan keluar dari katil itu namun terkejut apabila dia tidak memakai seurat benang. Beomgyu terus melihat sekeliling dan mencapai pakaiannya lalu terus disarung.

Walaupun dia rasa seperti ingin melarikan diri saat ini, dia tetap tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku semalam. Yang dia ingat cumalah dia terjumpa Taehee dan dia pergi ke kelab untuk minum alkohol.

Beomgyu dengan rasa berat hati, mendekati gadis itu.

"Cik.." Panggilnya lembut. Terkejut Beomgyu apabila wajah Jiyeon menyapa pandangannya.

"Ji-Jiyeon? Apa dah jadi? Kenapa aku kat sini?" Beomgyu menghulurkan tangannya untuk membantu Jiyeon bangun namun Jiyeon hanya memandang Beomgyu penuh benci.

"Don't touch me. Apa dah jadi kau tanya? YOU RAPED ME!" Air mata Jiyeon tumpah lagi memikirkan maruahnya yang sudah tercalar. Dia tak tahu nak salahkan siapa. Dia tahu dirinya juga salah namun kemarahannya hanya ditujukan kepada Beomgyu walaupun lelaki itu langsung tidak sedar dengan apa yang dia dah lakukan.

Beomgyu pula terkejut dengan apa yang Jiyeon katakan. Ini semua bohong kan?

"Are you sure?" Soal Beomgyu dan makin meluap-luap kemarahan Jiyeon mendengarnya.

"Did you think I was lying? Benda ni dah melibatkan maruah aku and aku rasa jijik kau tahu tak? Ni semua salah kau! You did this to me."

"Hey, aku tak ingat apa-apa jadi aku takkan ambik tahu lagi pasal benda ni. Maruah kau tercalar? Tak ada sesiapa pun yang tahu kecuali aku. Aku akan simpan rahsia kau so kau pun pandai-pandai la simpan rahsia ni. No one knows and no one has to know. Dah aku nak blah. Semoga kita tak berjumpa lagi."

Beomgyu terus meninggalkan Jiyeon yang sudah tidak keruan dalam bilik itu. Dia tak mahu tambah lagi masalah lagi-lagi dengan Minyoung yang sedang mengandung. Dia dah buat keputusan untuk fokus pada Minyoung memandangkan Minyoung isterinya dan dia juga cintakan isterinya. Biarlah Taehee menjadi sebuah kenangan dan pengajaran dalam hidupnya.

--

Pendapat anda tentang tindakan Beomgyu?

[✓] him · choi beomgyuWhere stories live. Discover now