26

63 8 2
                                    

Beomgyu memasuki bilik Minyoung sambil menatang dulang yang penuh dengan makanan. Hatinya sakit apabila Minyoung mula mengasingkan dirinya tapi dia juga bersyukur yang Minyoung rela meneruskan kandungannya.

"Minyoung, masa untuk makan." Ujar Beomgyu lembut lalu meletakkan makanan di hadapan Minyoung. Minyoung yang masih fokus dengan rancangan televisyen di hadapannya itu hanya mengangguk kecil sebelum menghalau Beomgyu keluar.

Seboleh-bolehnya dia tak nak rosakkan pemandangan dia dengan kewujudan Beomgyu.

Beomgyu hanya akur dengan kehendak Minyoung dan keluar dari wadnya sebelum Minyoung mengamuk lagi. Sebaik sahaja Beomgyu keluar, Minyoung terus makan dengan penuh selera. Beomgyu hanya mampu melihat dari jauh tapi melihat Minyoung makan dengan penuh selera membuatkannya cukup gembira.

Semoga anaknya dapat dilahirkan dengan sempurna.

᪥᪥᪥

Jiyeon masih lagi termenung di atas katil hospital yang dia ditempatkan itu. Tangannya memegang perutnya. Perutnya yang mulai membesar kini kempis semula. Bukankah dia patut gembira? Tetapi rasa kekosongan melanda dirinya.

Layakkah dia hidup setelah dia tidak mampu menjaga nyawa di dalam badannya? Nyawa yang tidak bersalah hilang kerana kecuaiannya sendiri tetapi dia masih di situ, bernafas seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Mata Jiyeon beralih ke pintu wadnya setelah mendengar ia dibuka. Soobin memasuki tempat itu bersama beberapa jururawat untuk memeriksa kondisinya. Setelah selesai, Soobin menyuruh jururawat-jururawat tersebut meninggalkan wad itu.

Soobin mencabut kot putihnya dan melipatnya lalu duduk di kerusi yang ada di sebelah katil itu. Memandangkan dia tahu yang Jiyeon tidak mempunyai siapa siapa, dia membuat keputusan untuk menjaga gadis itu sehingga dia pulih.

"Jiyeon, badan awak ada rasa sakit lagi tak?" Soal Soobin lembut sambil melihat Jiyeon yang memalingkan mukanya ke arah lain. Dia tahu yang emosi perempuan yang baru sahaja keguguran sangat sangat tidak stabil dan Jiyeon pula tiada sesiapa yang dia boleh bergantung. Jadi Soobin rasa bertanggungjawab untuk menjaga gadis itu sehingga pulih. Tambahan pula, dia yang membuatkan Jiyeon menyimpan kandungannya itu.

"Jiyeon, mulai harini saya bukan sahaja doktor yang dipertanggungjawabkan untuk memantau awak tau. Lepasni saya jugak akan jadi penjaga awak masa awak kat sini. Saya akan jaga awak sampai awak pulih sepenuhnya. Itu janji saya." Sebaik sahaja Soobin berkata begitu, dia terus bangun dan pergi ke sisi katil seberang di mana Jiyeon menghadap.

"Jiyeon, saya tahu yang saya mungkin tak rasa kehilangan awak sepertimana yang awak rasa sebab saya bukanlah orang yang mengandungkan anak awak dan saya juga bukan ayahnya, tapi kalau awak nak kongsi apa di minda awak dekat saya supaya saya faham situasi dan perasaan awak silakan. Mana tau awak akan rasa kurang terbeban kan?"

Jiyeon sedikit sebanyak terharu dengan keikhlasan Soobin untuk menjaganya namun rasa kehilangannya lebih mendalam dan kewujudan Soobin langsung tidak dihiraukannya. Dia hanya mendiamkan diri.

Namun Soobin masih setia di sisinya pada hari itu dan hari hari seterusnya.

--

[✓] him · choi beomgyuWhere stories live. Discover now