25

65 7 5
                                    

"Dr. Soobin ada emergency patient! Perempuan yang dipercayai terjatuh selepas diragut tapi darah banyak keluar dari bawah menunjukkan tanda tanda pregnancy."

Soobin mendengar description yang diberi oleh jururawat di situ sambil berlari menuju ke wad kecemasan. Setibanya dia di situ, matanya terbuntang melihat Jiyeon yang berlumuran darah.

Air matanya ditahan. Dia tidak boleh membiarkan perasaannya menang ketika dia sedang bekerja. Dia terus bergegas membuat pemeriksaan ke atas Jiyeon.

"S-saya tak dapat cari degupan jantung bayi dalam kandungan dia. K-kita terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan fetus. Suruh mereka siapkan bilik pembedahan." Berat sahaja hati Soobin menuturkan kata-kata tersebut. Lebih-lebih lagi di hadapan Jiyeon yang masih belum sedarkan diri.

"Jiyeon-ah, nampaknya awak tak payah pun bagi anak awak kat saya. Terima kasih sebab bertahan sampai sekarang. Anak awak akan pergi ke tempat yang lebih baik jadi saya harap bila awak bangun, awak kuatkan hati untuk terima pemergian dia."

᪥᪥᪥

Minyoung hanya merenung ke luar wadnya itu. Air mata pun dia tak mampu nak tumpahkan lagi. Perutnya dipegang.

Kenapa perutnya masih besar? Takkanlah semua kegiatan dia untuk rosakkan kandungan dia tak berhasil langsung.

"Sayan-"

"Don't call me that. Aku jijik." Mendatar sahaja suara Minyoung memotong kata-kata Beomgyu.

"Minyoung.. apa kata.. kita buat perjanjian? Kau jaga diri baik-baik dan lahirkan anak kita masa tempoh dia tiba.. lepastu aku... ceraikan kau. Aku takkan jumpa anak kita. Dia takkan tau kewujudan aku dia takkan tau perangai aku."

Beomgyu terus terdiam selepas menyuarakan cadangannya. Dia sudah fikir panjang dan dia memang tak sanggup lagi nak biarkan isterinya menyeksa diri cuba gugurkan kandungan. Lebih baik dia mengundurkan diri daripada biarkan Minyoung menjadi pembunuh.

"Okay. Aku terima cadangan kau. Lepas dia keluar je, kat situ jugak kita cerai."

--

[✓] him · choi beomgyuWhere stories live. Discover now