Episode 9

405 79 28
                                    

*


"oppa! Jiwoo jalan dulu, ada benda nak buat kat pejabat."

"Hari ahad pun ada kerja?" Eunwoo datang sambil memakai apronnya, kepada Jiwoo yang berada di ruang tamu memakai kasut loafernya yang mempunyai finishing matte.

Eunwoo scan pakaian Jiwoo yang serba hitam semacam, tak lah serba hitam semuanya, Jiwoo mengenakan skirt pleated berwarna hitam di paras lutut, dia memakai baju turtleneck berwarna hitam dan mengenakan cardigan crop top dengan lengan yang kembang ke bawah, cardigan tersebut mempunyai corak geometri yang bertindih antara satu sama lain yang berwarna coklat, tetapi dengan shade yang berlainan. Cardigan tersebut mempunyai potongan v neck sebagai kolar, Jiwoo membutangkan semua butang cardigan tersebut.

Stoking pula Jiwoo hanya memakai yang berwarna putih atas paras buku lali.

"Iya, ada benda nak urus sekejap tengah hari ni." Jiwoo mengangguk kepada Eunwoo tanpa melihat.

Jiwoo berdiri dan mengambil begnya. Dia memandang abangnya yang seperti baru memasak.

Jiwoo tersenyum,"Jangan masak untuk Jiwoo nanti, Jiwoo balik malam hari ni, ada hal lain lepas balik dari pejabat. "

"hal lain apatu sampai balik malam?" Eunwoo kedengaran tegas secara tiba-tiba, biasalah, Jiwoo kan adik dia, perempuan lagi tu, bahaya tahu tak balik lambat.

"Err, lepak dengan Hanna. Alah sibuk abang ni. Dah Jiwoo dah lambat."


*****


Di pejabat.

Jiwoo melangkah ke dalam pejabat pasukan editor 1, kebetulan ada Minhee dan Chaeryo tengah menguruskan sesuatu, sibuknya mereka pada hari cuti. Jiwoo menggelengkan kepala, lalu duduk di mejanya dan membuka komputer.

"Eh, Jiwoo-ssi?"

Suara tersebut membuatkan Jiwoo menoleh ke belakangnya.

Ianya Seonghwa

Kemudian Jiwoo menolehkan kepalanya semula ke skrin komputer, tak menghiraukan Seonghwa.

Seonghwa yang tidak dipedulikan hanya mengangkat bahunya sahaja dan duduk di mejanya. Dia juga ada benda nak urus.

beberapa jam berlalu, Minhee dan Chaeryo juga sudah balik ke rumah masing-masing setelah selesai kerja mereka, manakala Seonghwa pula keluar ke lobi syarikat untuk ke kafe membeli sesuatu, yang hanya berada di pejabat sunyi ini hanyalah Jiwoo.

Jiwoo mengeluh berat. Dia kemudian menjauhkan dirinya daripada skrin komputer untuk bersandar sekejap dan meregangkan belakang dan tangannya ke atas. Lenguh badan.

Kedengaran bunyi pencetak daripada kejauhan tengah mencetak sesuatu.

Perasaan sepi apabila berseorang di dalam bilik yang besar ini, membuatkan Jiwoo agak sentimental. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasa kasih sayang daripada ibu bapa mahupun daripada kekasih. Apakan daya, dia tak boleh mengubah persepsinya disebabkan perkara lalu yang terjadi. Yang memberikan dia parut sehingga ke hari ini.

Dia sedar yang kekurangan kasih sayang membesarkan dia menjadi sebegini.

Jiwoo tersenyum memandang siling pejabat mereka itu.

"Heh.."

To be in this world is so lonely

Selesai beremosi sekejap, Jiwoo bangun dengan saki baki kesedihan dan pergi ke arah printer yang mencetak laporannya.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now