Episode 13

280 55 44
                                    


Jiwoo memasuki pejabat dengan lemah longlai, kepalanya hanya melihat lantai, dia tak sangka yang janji temu 'olok-olok' dia dengan Seonghwa mengambil masa sehingga dia balik ke rumah pada jam 12;30.


Flashback

Jiwoo sampai ke pintu rumahnya yang gelap, nampaknya Eunwoo mungkin dah tidur, yelah besok kan kerja.

Jiwoo memasukkan kunci rumah dan memusingkan nya ke kiri, klik! Pintu terbuka. 

Keadaan rumah adalah gelap gelita di pintu masuk, namun apabila Jiwoo masuk dan triggerkan sensor lampu yang automatik terpasang apabila ada orang dalam rumah ketika malam...

"ARGHH!!" Jiwoo menjerit, jantungnya rasa seperti hendak meletup kerana terkejut melihat figura yang muncul secara tiba-tiba kerana di lindungi oleh kegelapan rumah.

Figura itu sedang menyilangkan tangan sambil duduk bersila di atas lantai, tepat lurus sejalan dengan Jiwoo yang berada tak jauh dari pintu dan lelaki itu.

Wajahnya dia tundukkan dengan kening yang berkerut, itu Cha Eunwoo yang menunggu adiknya balik sejak dua jam lalu.

"Jiwoo...!" Suara Eunwoo kedengaran tegas dan berlanjutan emosi.

"Euk..!" Jiwoo menaikkan bahunya, takut yang dia akan dimarahi oleh Eunwoo.

"ASAL BALIK SEKARANG?"

"ARGH MIANHAE WAHAI ABANG KESAYANGANKU!"

End Flashback


"Huhhhh..." Jiwoo mengeluh berat. Apabila dia menaikkan kepalanya, dia berdiri statik.

Terkejut dengan suasana pejabat yang terasa tegang. Semua orang di dalam pejabat itu melilaukan mata apabila Jiwoo datang, mungkin risau tak pun takut akan dare tempoh hari.

Kemudian sepasang kaki bertumit separuh tinggi melangkah kedepan, dengan lagak gayanya yang elegan dia melangkah kedepan dengan hidung tinggi.

"Cha Ji Woo." Kata wanita itu. Suaranya sangat dikenali oleh semua orang. 

"... Somi. " jawab Jiwoo kembali. Dengan tibanya rasa penat Jiwoo hilang apabila berdepan dengan Somi. 

Hari ini Somi berpakaian seperti pekerja syarikat korporat yang berjaya, kasut tumitnya berwarna hitam dengan warna gradien merah di tapak. Somi nampak segak dan somehow memberikan aura yang berlainan hari ini.

Iya, hari ini penentu antara Jeon Somi atau Cha Jiwoo menang.

"Well, why do I feel like... I'm winning today? " Somi berkata dengan ego yang tinggi lalu ketawa sinis.

Jiwoo kelihatan tidak terganggu malah dengan yakinnya dia mengeluarkan telefon Samseng dari beg kerja dan berjalan ke arah Somi.

Jiwoo berhenti melangkah. Hujung kasutnya hanya setengah meter jauh dari hujung kasut Somi.

Dia menunjukkan skrin telefonnya di hadapan wajah Somi yang menaikkan sebelah kening sambil menyilangkan tangan.

Setelah memproses gambar yang Jiwoo tunjukkan itu, Kening Somi berkerut dan dia mengetap bibir.

Ianya gambar Jiwoo bersama dengan Seonghwa, tetapi di mana wajah Seonghwa tak begitu nampak.

"Well, I actually manage to get a date. His name is Hwaseong." Jiwoo tersenyum mereng.

"Kau pasti tu bukan abang kau? Jangan menipu lah Jiwoo." Somi berkata, dia tidak percaya langsung dengan apa yang Jiwoo tunjukkan.

'Damn.' Kata Jiwoo di dalam hati, dia fikir Somi yang sama bodoh dengan dia akan percaya. Nampaknya tak.

[SU] BadBoyfriend |Seonghwa ATEEZ|Where stories live. Discover now