"Dia kacak. Tapi wajahnya dingin sekali. Seperti Putera Frozen." Kim So Hyun letakkan kedua belah siku pada pahanya. Tapak tangan menopang dagu. Di seberang padang sana seorang pelajar yang sangat kacak tetapi begitu pendiam. Tidak pernah bertegur sapa dengan pelajar lain. Hanya bersama kawan-kawannya yang bertujuh itu.
"Dia dari golongan orang kaya. Ayahnya pemilik Kumpulan Wolf. Orang paling kaya di negara kita. Manalah dia dan kumpulannya hendak bergaul dengan kita rakyat marhaen yang miskin ini."
Tergelak Kim Soh Hyun mendengar kata-kata sahabatnya Kim Hye Ri. Tapi itu memang kenyataan. Dia dengan lelaki itu memang jauh berbeza. Bukan ibarat langit dengan bumi. Mungkin ibarat angkasa lepas dengan kerak bumi. Hanya mampu memandang dari jauh dan mengagumi lelaki itu.
"Tak salah kan kalau aku jatuh cinta kepadanya dari jauh." Walaupun jauh, rupa kacak lelaki itu sangat jelas di matanya.
"Daripada kau sibuk bercinta lebih baik belajar dan belajar. Dapatkan keputusan paling baik untuk peperiksaan kemasukan ke universiti nanti. Dia dengan kawan-kawannya pasti akan masuk ke Universiti Wolf. Kalau kau dapat keputusan terbaik. Kau tentu boleh bersamanya lagi."
Kim So Hyun tersenyum sendiri. Ya, dia pasti akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan paling cemerlang. Dia akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Wolf dan akan bersama lelaki idamannya lagi.
"Aku berazam hendak mendapat keputusan cemerlang. Aku harus belajar bersungguh-sungguh." Semangat berapi Kim So Hyun. Dia pasti akan mencapai azamnya. Demi untuk terus menatap wajah kacak itu, dia akan belajar bersungguh-sungguh.
Kim Soh Hyun bangun dan ambil beg serta buku-bukunya. "Aku hendak pergi ke perpustakaan sekarang."
"So Hyun. Hari sudah lewat. Kau hendak balik pukul berapa?."
"Kau balik dulu. Perpustakaan kolej tutup pukul 8. Jadi pukul 8 baru aku balik."
"Ayah kau..."
"Demi dia... aku akan belajar bersungguh-sungguh." Kim So Hyun berlari menuju ke perpustakaan.
Sementara itu di seberang padang sana...
"Dia comel. Gigih. Kau tidak terharu?" tanya Byun Baekhyun perlahan.
"Bukan urusan aku." Kim Jong In sambung membaca bukunya.
"Dia akan ke Universiti Wolf semata-mata untuk bersama kau. Sepatunya kau terharu." Baekhyun mengusik Kim Jong In.
"Jangan cakap pasal benda pelik kat sini. Aku sedang belajar."
"Kau terharu kan..." Terukir sengihan pada bibir Baekhyun.
"Kau terlalu bising. Aku hendak ke perpustakaan." Tanpa pamit kepada sahabat-sahabatnya yang lain Kim Jong In terus ambil begnya dan beredar.
'Aku tau kau hendak susul dia.'
Kim Jong In menjeling. Ekor matanya melihat sengihan Baekhyun. 'Aku hendak belajar!'
'Kami tunggu kau di Bukit Serigala!'
Kim Jong In terus berjalan. Dia tahu kawan-kawannya yang lain sudah beredar dari tempat mereka melepak tadi. Kaki diayun menuju ke perpustakaan.
"Jangan apa-apakan saya." Tangan Kim So Hyun menyentuh dinding. Tiada jalan lain untuk dia melarikan diri dari penjahat-penjahat ini. Kiri dan kanannya juga dinding.
YOU ARE READING
WOLF - Fan Fiction Exo
FanfictionKenapa aku dilahirkan sebagai Alpha? ¬- Kim Jong In Dia dilahirkan sebagai ketua kawanan serigala jadian Bukit Serigala. Sejak kecil dia diberitahu, hanya serigala Alpha betina yang akan menjadi jodohnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada manusia b...