"Bro, ada apa kau nak jumpa kami ni?" tanya Rayyan. Kini mereka berempat berada di office milik Danial kecuali Niesh dan Wish.
"Dragon. Dia dah kembali." ujar Nial dengan nada yang serius. Wajah Rayyan terus tegang mendengar nama yang keluar dari mulut Nial.
"Aku ingatkan dah mati anjing kurap tu." kata Niel dengan selamba.
"Berapa banyak nyawa yang dia ni ada?" tanya Ariff.
"Aku pun tak tahu. Liat sangat anjing tu nak mati. Banyak sangat dosa kot tu sebab dia tak mati-mati lagi." kutuk Niel dengan selamba. Kakinya diletakkan di atas meja Nial sambil bersiul-siul.
"Sebelum kaki kau tu aku potong, baik kau turunkan kaki kau sekarang." ugut Nial. Niel terus menurunkan kakinya kerana takut akan ugutan abangnya itu. Nial ni bukan boleh buat main nanti tak pasal-pasal kaki dia hilang.
Bam
Bunyi pintu dihempaskan membuat kelima-lima jejaka di dalam bilik itu terkejut. Nasib baik tak gugur jantung mereka.
"TENGKU DANIEL CARL." Niel terus menelan air liurnya selepas mendengar namanya.
"Adik kenapa ni main masuk je bilik abang?" tanya Nial dengan lembut. Tanpa menjawab pertanyaan Nial, Diantha terus menuju ke arah Niel lalu mencekik leher Niel dengan geram.
"Adik lepas lepas." rayu Niel dengan wajah yang memerah. Nial yang melihat situasi itu terus menarik Diantha daripada terus mencekik Niel.
"Adik kenapa ni? Kenapa cekik Niel macam tu?" tanya Nial dengan lembut. Diantha masih memandang Niel dengan pandangan yang tidak puas hati.
"Abang tahu tak yang Niel dah rosakkan barang adik." ujar Diantha. Nial terus memandang ke arah Niel yang sedang menunduk itu.
"Niel kau rosakkan apa?" tanya Nial dengan tegas. Niel terus menelan air liurnya setelah mendengar suara Nial yang seakan akan mahu membunuhnya itu.
"Erm aku tak sengaja rosakkan adik punya produk skincare dia." jawab Niel sambil bermain dengan jarinya.
"Yang kau main barang adik dah kenapa?" tanya Nial lagi.
"Alaa aku saja je nak tengok tapi tak sangka pulak benda tu boleh rosak." jawab Niel lagi.
"Tengok apa benda kalau sampai semua barang adik dah pecah!" marah Diantha. Nak je dia cekik Niel sampai mati tapi disebabkan Niel tu abang dia jadi dia lupakan je niat dia tu.
"Ala adik I'm so sorry." ujar Niel dengan wajah yang bersalah. "Niel janji nanti Niel akan ganti balik barang adik yang rosak tu.. Please." sambungnya lagi.
Niel terus memeluk lembut badan Diantha lalu mencium kepalanya. "I'm sorry okay." ujar Niel lagi. Diantha hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda dia sudah memaafkan perbuatan abangnya itu. Tak sanggup dia nak marah lama-lama.
"Dah habis drama tv3?" tanya Ameer.
"Siapa ni?" tanya Ariff pula. Manakala Rayyan memandang Diantha dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Ni adik aku. Satu-satunya adik perempuan yang aku ada." kata Nial. Mereka bertiga terus memandang Nial dengan pandangan yang tidak percaya. Kenapa selama ni mereka tak tahu yang kembar ni ada adik perempuan?
"Kenapa aku tak tahu pun yang kau ada adik selama ni? Kenapa kau rahsiakan dari kami yang kau ada adik?" tanya Ariff. Sempat dia memandang ke arah Diantha yang duduk disebelah Niel.
Cantik.
"Dah korang tak tanya." balas Nial dengan selamba. Dia sebenarnya memang sengaja sembunyikan identiti Diantha kepada mereka selama ini kerana tidak ingin mereka mengorat adik nya.
YOU ARE READING
TENGKU DIANTHA CARLA | EDITING
عاطفيةTENGKU DIANTHA CARLA seorang gadis yang cantik dan mempunyai bentuk badan bak model yang mampu membuat mana² lelaki jatuh cinta padanya. Dengan wataknya yang manja dan kadang² gila itu membuatkan orang di sekelilingnya selesa ketika berada di sampi...