05 | TDC

223 86 16
                                    

-Mati dalam KESAKITAN ataupun mati dalam PENDERITAAN-

-Mati dalam KESAKITAN ataupun mati dalam PENDERITAAN-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diantha Outfit

Kaki Diantha terus melangkah masuk ke dalam bangunan milik abangnya. Dia terus menuju ke arah lift yang tertulis VVIP ONLY. Dia terus masuk ke dalam lift tersebut tanpa menghiraukan pandangan yang dilemparkan oleh pekerja-pekerja abangnya.

Sampai sahaja di hadapan office abangnya dia terus masuk tanpa mengetuk pintu.

"Bila adik sampai?" tanya Nial. Diantha terus duduk di sofa tanpa menjawab pertanyaan Nial.

"Adik~" panggil Nial leret.

"Baru je sampai tadi." jawab Diantha dengan wajah tidak bersalah. Nial hanya mengeluh mendengar jawapan adiknya itu.

"Datang dengan apa? Jayden?" tanya Nial lagi. Diantha hanya tersengih-sengih mendengar pertanyaan abangnya itu.

"Naik grab. Hehe." jawab Diantha sambil tersengih. Buat kali keduanya Nial mengeluh mendengar jawapan adiknya.

"Assalamualaikum ahli-ahli neraka sakalian." laung Niel dengan kuat. Dia terus masuk ke dalam office Nial dengan diikuti oleh Ameer, Ariff dan Rayyan.

"Waalaikumussalam penghuni tetap neraka." balas Diantha selamba.

"Kenapa adik dekat sini? Bukan ke adik sepatutnya kerja ke?" tanya Niel. Dia terus duduk di sebelah Diantha.

"Malaslah nak kerja dengan Jay. Bosan." jawab Diantha selamba.

"Habis tu adik nak kerja dengan sapa?" tanya Niel lagi.

Diantha tidak menjawab malah dia memandang ke arah Rayyan yang duduk di hadapannya.

"Adik nak kerja dengan mamat tu?"tanya Niel dengan wajah yang tidak percaya. Diantha hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Kenapa pulak dia nak kerja dengan aku?" tanya Rayyan dengan Niel.

"Salah ke kalau I nak kerja dengan you?" tanya Diantha pula.

"But why you nak kerja dengan I?" tanya Rayyan lagi.

"Sebab you kawan abang I." jawab Diantha selamba.

"Urghh fine." ujar Rayyan dengan nada yang terpaksa.

"Apa kata you kerja dengan I. You boleh jadi personal assistant I" tawar Ariff pula.

TENGKU DIANTHA CARLA | EDITING Where stories live. Discover now