Faliq teruja, teramat teruja menantikan detik itu. Sesekali bekas baldu merah itu dipegang, dibuka dan diusap. Telefon tidak lepas dari tangannya. Mesej terakhir Ava di baca dan telah lama dibalas. Bersandar di kerusi kafe itu dengan senyuman yang sedari tadi tidak lekang dari bibir.
"Sorry Faliq, I terlambat pulak sampai. Janji pukul 8 dah dekat pukul 9 pun." Ava yang masih agak jauh jaraknya dari Faliq yang ketika itu bersuara dan melangkah lebih laju. Faliq terus berdiri dan menarik kerusi untuk kekasih hatinya. Tanpa menunggu atau sudah terbiasa dengan tingkah Faliq yang sememangnya 'gentlemen' Ava terus sahaja melabuh duduk.
"No, it's okay. Nak tunggu you, berapa lama pun I sanggup." Ujar Faliq membuatkan Ava tersenyum serba salah. Bukan tidak suka namun terasa agak rimas dengan Faliq yang terlalu serius terhadap hubungan mereka berdua. Sedangkan mereka baru berkenalan melalui seorang rakan mereka, baru sahaja cuba menjalin cinta selama tiga bulan.
"Okay, sorry tau. You dah order makan?" Soal Ava memandang Faliq yang sememangnya seakan digam dengan senyuman di bibirnya.
"Belum order. I takut tak kena selera you, macam haritu." Ujar Faliq, jujur. Ava hanya mengangguk dengan riak serba salah.
"I sebenarnya tak lapar sangat and jarang makan malam. So, if you are okay, I just want a cup of coffee." Tutur Ava membuatkan Faliq yang tersenyum mula mengendur bibirnya. Namun riak kecewa dikawal sebaik mungkin.
"I thought we are having dinner tonight and I am quite hungry right now." Faliq serba salah. Risau salah kata, Ava merajuk dan terus balik rumah. Habislah rancangan dia kalau begitu!
"You nak makan, you order aje. I teman you makan." Ava membalas, senyuman tak seberapa ikhlas dikuntumkan sesaat sebelum menyisip segelas air kosong yang ada. Faliq serba salah. Mungkin perlu cepatkan perancangannya?
"Sebelum tu..." Faliq mula bersuara. Faliq berjeda. Membuatkan Ava kehairannya. Keningnya bertaut dua.
"Kenapa?"
"You tahukan, dua hari lepas I ada balik kampung jumpa parents I?"
"Yes, tahu, kenapa?"
"I dah cerita dekat parents I tentang you dan diorang setuju."
"Setuju apa?"
"Untuk kita bersama." Faliq mengeluarkan kotak baldu merah itu dan menghulurkan kepada Ava. Ava berkerut kening dan menggeleng kepala. Nafas panjang ditarik dan dihela.
"Oh no, Faliq... you tak faham. I am not ready for this."
"But why? Dah tiga bulan kita kenal dan bercinta. I rasa dah cukup untuk kita terus ke fasa seterusnya."
"Faliq, you tak faham or buat-buat tak faham? I tak selesa dengan you. You are over protecting. Over romantic and so into this relationship. No, I tak pernah fikir nak kahwin or getting serious with you." Ava berang. Faliq terdiam, hatinya terluka dengan jawapan yang diterima.
"Tapi tiga bulan ni Ava, you memang langsung tak happy dengan I? Dengan semua yang I buat untuk you?"
"Yes Faliq, yes. I rimas, I rasa terkongkong. We are too different. I am very sorry."
"So? Ini pengakhiran kisah cinta kita?" Faliq masih berharap ada sinar cinta dari Ava.
"Sorry Faliq. There is no kisah cinta between us. Sampai sini sahaja." Ava terus bangkit dan keluar dari kafe itu.
Faliq cuba mengejar namun, langkahnya kemudian diatur ke arah keretanya sendiri. Faliq memegang dadanya yang terasa amat sakit. Sakit dengan kenyataan yang keluar dari bibir Ava. Tiga bulan, tiga bulan dia membazirkan segala masa dan perasaannya kepada seseorang yang langsung tidak rasa yang sama dengan apa yang dirasakannya. Air mata lelakinya tumpah, tumpah di ruang parking.
"Arghhhhh!!!" Faliq menjerit dan terus membaling kotak baldu merah itu sekuat hati. Seakan membaling segala perasaan sakit yang menyerang hatinya ketika itu.
"Aduh, Allahuakhbar..." Liany mengaduh sakit sambil memegang mata kanannya. Bekas berwarna merah itu di ambil dan terus sahaja dia memandang ke sekitar. Terlihat susuk lelaki yang menunduk di kereta berwarna hitam membuatkan Liany terus melangkah menghampiri lelaki itu.
"Maaf encik, ini encik punya ke?" Soal Liany. Sebelah tangan memegang mata kanannya yang masih terasa sakit dan sebelah lagi tangannya menghulurkan bekas berwarna merah itu. Faliq yang bersisa air mata terus meraup kasar wajahnya. Memandang Liany dan huluran di depannya.
"Encik okay ke?" Soal Liany sebaik melihat lelaki di depannya itu seperti baru sahaja menangis.
"I'm okay. Saya punya, sorry terbaling." Faliq seperti tidak bersalah mahu mengambil semula bekas berwarna merah di tangan Liany. Namun, Liany menarik kembali huluran tangannya.
"Encik nak baling tengok orang dulu boleh? Ni tengok ni, tengok apa Encik dah buat." Liany menunjukkan matanya yang cedera disebabkan bekas berwarna merah itu. Faliq tergamam apabila melihat ada darah yang mengalir dari kening gadis di depannya. Liany yang baru sedar matanya seperti berdarah kembali menekup matanya.
"Saya ambil tisu." Faliq terus membuka pintu kereta dan mengambil sekotak tisu basah yang ada. Beberapa helai tisu dikeluarkan dan terus diberikan kepada Liany. Tanpa banyak kata, Liany mengelap matanya yang cedera. Liany mengaduh kesakitan.
"Biar saya buatkan..." Faliq cuba mengambil tisu dari Liany namun gadis itu mengelak.
"It's okay, saya buat sendiri." Berpandukan cermin kereta Faliq, Liany cuba mengelap sebaiknya darah dan luka di bahagian matanya.
"Sorry, I tak sengaja, I hantar you pergi klinik. I bayar semua kos rawatan." Ujar Faliq sambil memandang Liany yang cuba mencuci kecederaan yang disebabkan bekas baldu merah yang dibalingnya. Sial betul!
"Nampak macam serius or just small cut?" Liany tidak membalas, sebalik kembali menyoal. Faliq memandang dan cuba menyentuh luka itu, namun Liany lebih cepat mengelak.
"Tengok aje Encik. No touching." Faliq terkaku sesaat sebelum kembali melihat.
"I rasa I patut bawa you pergi klinik. Nampak agak serius."
"But saya drive tadi." Liany berdecit.
"We go separate car lah."
"Saya macam tak boleh bawak kereta aje sekarang. Kepala saya rasa pening." Ujar Liany.
"Why?"
"Darah ni macam banyak, saya takut darah." Selesai menjawab, Liany terus terjelepok jatuh di depan Faliq. Faliq gelabah. Tidak tentu arah. Beberapa orang yang lalu lalang di situ memerhatikan dia. Serba salah, nak angkat atau macam mana?
"Bro, awek hang jatuh tu, angkatlah pi hospital." Suara seorang lelaki yang sedari tadi memandang Faliq yang tidak tentu arah.
"Bukan awek akulah."
"Tak kisahlah, takkan hang nak biaq dia kat lantai tu sampai sedaq." Lelaki itu bersuara lagi dengan gelengan kepala. Faliq berdecit dan terus membuka pintu kereta. Tubuh Liany yang terkulai dicempung masuk ke dalam kereta.
Kenapa terasa hari ini sangat malang ye?
YOU ARE READING
SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?
RomanceKisah cinta Faliq & Liany bermula selepas Faliq putus dengan Ava. Faliq yang kecewa kemudian berjanji akan cuba memberi ruang untuk Liany dihatinya. Pertemuan kali kedua, Faliq mahu mengotakan janjinya dengan Liany. namun, baru sahaja cinta antara m...