5 bulan kemudian...
Liany membetulkan bunga-bunga putih dan merah jambu di atas hantaran yang disusun cantik di tepi pelamin. Memandang sekadar pandang. Hari ini adik lelakinya akan bertunang dengan pilihan hati. Langkah bendul. Bising saudara maranya apabila adik lelakinya tekad mahu mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati. Liany tiada bantahan. Langsung tidak kisah. Soal jodoh, siapa kita nak lawan?
"Liany, kamu bila pulak?" Mak Long menyoal sebaik Liany melabuh duduk bersama-sama ahli keluarganya. Liany tersenyum sahaja. Cincin di jari Liany dikerling saudara-mara yang lain.
"Tu cincin tu, siapa bagi? Cincin apa tu..." Mak Long menyoal, yang lain menanti jawapan dari Liany. Bibir Liany bergerak-gerak mahu bersuara namun serba salah. Hanya satu jawapan yang terlintas di fikirannya. Suara lelaki itu yang sentiasa terngiang-ngiang setiap kali dia menyarungkan cincin itu.
"Cincin tanda." Suara Liany. Membuatkan semua yang mendengar terdiam sesaat.
"Dah tu, bila nak langsung. Kamu bukan muda lagi." Mak Ngah menyampuk. Liany tersenyum sahaja.
"InsyaAllah... bila sampai masanya. Hari ni kita selesaikan dulu Luthfi ye mak long, mak ngah." Liany memberi jawapan selamat. Fuhh!
Majlis pertunangan Luthfi dan Yulia berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Baru bertunang, kalau kahwin nanti, wedding of the year gamaknya! Instafamous katanya. Semua nak gah!
Liany mencari ruang untuk duduk dan bertenang. Serabut dengan soalan-soalan saudara maranya yang tidak berhenti-henti menyoal, siapa lelaki yang memberi cincin tanda tersebut kepadanya. Liany rimas! Dia fikir semua akan berhenti kalau dia memakai cincin itu. Dia juga fikir dia akan selamat jika memberitahu cincin itu cincin tanda. Semuanya tidak selamat, malah menyemakkan!
"Kenapa duduk sorang-sorang? Masih single and available?" Suara itu menyapa. Suara yang sudah hampir dilupakan. Liany laju memaling memandang ke arah suara yang menegurnya.
"Faliq!" Liany terus berdiri, senyuman lebar terukir dibibirnya.
"Wow, are you that excited to see me?" Kata-kata yang membuatkan Liany tersedar yang dia ter-over excited.
"Eh, tak adalah. Terkejut aje." Liany terus membela diri. Faliq tersenyum.
"Tak sangka jumpa awak dekat sini." Ujar Faliq. Liany mengangguk.
"Saya pun. Family ke dengan Yulia?" Soal Liany. Faliq menggeleng.
"Taklah. Abang Yulia, Yusoff kawan baik saya. Best buddy." Liany mengangguk.
"Awak pulak kawan Yulia?" Faliq mengerut kening.
"Haa kenapa nak kerut kening tu?"
"Yulia rasanya 24 something and you..." Faliq tersenyum hujung bibir.
"Awak nak mengata saya eh? Masalah ke saya umur 30?" Liany bengang. Wajahnya mencuka. Faliq tersenyum. Meletakkan tangan ke belakang tubuh, mendekatkan wajahnya sedikit menunduk dan rapat ke arah wajah Liany yang mencuka. Liany menjarakkan kedudukan mereka.
"Apa nih?" Soal Liany.
"Merajuk eh?"
"Taklah. Kenapa nak merajuk?"
"Umur 30 tapi perangai budak-budak." Liany mencebik sahaja. Memeluk tubuh tanda protes. Lelaki ini lain macam hari ini. Sengaja mengusik hatinya.
YOU ARE READING
SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?
RomanceKisah cinta Faliq & Liany bermula selepas Faliq putus dengan Ava. Faliq yang kecewa kemudian berjanji akan cuba memberi ruang untuk Liany dihatinya. Pertemuan kali kedua, Faliq mahu mengotakan janjinya dengan Liany. namun, baru sahaja cinta antara m...