Majlis Khatam Quran dan Majlis Berinai berlangsung selepas maghrib. Malam ini Liany mengenakan jubah putih bertatahkan batu biru. Serba putih dengan kerlipan biru membuatkan Liany tampak berseri-seri. Namun, wajahnya tidak seseri busana yang dikenakan.
Selepas pertemuan dengan Ava, Liany berubah menjadi lebih pendiam. Memendam segala rasa di dalam hatinya, sendiri. Puas Puan Rose menyoal, Yulia juga, tetapi Liany hanya mengukir senyuman.
"Faliq and family ada sekali tau. Rasanya dah dekat nak sampai tu." Suara Puan Rose kepada Liany yang sudah pun mengambil tempat di atas pelamin kecil yang disediakan untuk majlis malam itu. Liany memandang Puan Rose, kemudian mengangguk.
Jauh di hatinya dia tidak berharap untuk bertemu empat mata dengan Faliq. Sejak bertemu Ava, Liany langsung tidak menghubungi Faliq. Membiarkan sahaja apa yang mendatang. Kepala Liany sudah tidak boleh berfikir. Kosong tetapi serabut. Dadanya terasa sesak setiap masa kalau kembali memikirkan tiap bait kata Ava dan apa yang dilihatnya dahulu. Jadi, Liany mengambil pendekatan mudah, mengosongkan fikirannya.
Beberapa minit kemudian, Faliq dan keluarganya tiba. Liany bangun berdiri, menyambut kehadiran bakal mertuanya. Tangan Puan Farah disalam penuh hormat. Semua yang ada mula mengambil tempat. Ustazah Laila mengambil tempat di antara Faliq dan Liany. Faliq mencuri pandang ke arah Liany. Sejak dia tiba, Liany seakan tidak menghiraukan dirinya. Seakan melarikan pandangan. Wajah Liany juga tidak nampak ceria. Sugul sahaja. Senyumannya tidak seperti sebelumnya. Nampak palsu dan plastik.
"Alhamdulillah. Selesai majlis khatam al Quran kita malam ini. Saya doakan Faliq dan Liany akan membina sebuah keluarga yang sakinah dan mawaddah. Dalam apa sahaja yang kita buat, utamakan Allah. Dalam rumah tangga juga tak terkecuali. Selalulah berjemaah, al quran jangan ditinggalkan dan hidupkan sunnah dalam keluarga. insyaAllah, moga cinta sampai ke Jannah." Ustazah Laila menyusun kata akhir bagi Majlis Khatam Quran yang diadakan.
"Liany nak makan dulu ke?" Soal Fatimah yang akan mengukir henna ke tangan Liany.
"Tak kut. Fatimah nak makan dulu ke? Kalau nak makan, pergi makan dulu." Balas Liany. Faliq yang masih di tempat duduknya hanya memerhati. Setelah Fatimah berlalu pergi, barulah Faliq mendekati Liany yang sudah bangun dan melangkah. Tunangnya itu masih tidak mempedulikan dirinya.
"Liany." Faliq melangkah lebih laju dan menghalang Liany dari terus melangkah. Liany berdiri, melarikan pandangan. Wajah Liany tidak beriak.
"Are you mad at me?" Soal Faliq. Liany menggeleng. Liany mahu melangkah pergi namun Faliq menahan.
"Tell me, why are you look so gloomy?" Soal Faliq sekali lagi. Liany hanya menggeleng. Liany terus melangkah memasuki ruang rumah. Menyertai kumpulan saudara maranya yang sedang membuat bunga rampai. Faliq mengeluh perlahan.
"Kak Liany banyak menangis sejak hari 3 hari lepas. Selepas dia pergi mana entah pagi semalam, balik tu terus macam tu." Yulia yang kebetulan di situ, bersuara.
"Sebab abang ke?" Yulia mengangguk.
"Menangis tu ye. Sebab kak Liany ada cakap bila Yulia tanya. Tapi diam dan sugul macam tu, kami tak tahu. Mak ada tanya akak senyum and geleng aje."
"Menangis sebab abang? Kenapa?"
"Tanya akak sendiri. Selesaikan apa yang sepatutnya sebelum majlis esok. Akak tu mak kata, suka simpan. Simpan biar dia sakit tak apa, jangan orang lain yang sakit." Yulis terus melangkah merapati Liany dan saudara mara yang lain. Liany menyertai keramaian tetapi realitinya dia di dalam dunia dia sendiri.
YOU ARE READING
SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?
RomanceKisah cinta Faliq & Liany bermula selepas Faliq putus dengan Ava. Faliq yang kecewa kemudian berjanji akan cuba memberi ruang untuk Liany dihatinya. Pertemuan kali kedua, Faliq mahu mengotakan janjinya dengan Liany. namun, baru sahaja cinta antara m...