2: Kenal & Janji

536 35 1
                                    


Liany bangkit dari pembaringan. Terasa perit di hujung keningnya diselang seli rasa sejuk. Liany menyentuh lukanya. Ada kapas yang menutup luka itu sekarang.

"Saya dah bersihkan luka. Tiada jahitan. Parut pun insyaAllah buat sementara sahaja. Lepas dah sembuh, lama-lama akan hilang." Doktor muda itu menjelaskan kepada Liany sebaik sahaja Liany melabuh duduk di depannya dan di sebelah lelaki yang menyebabkan kecederaan itu.

"Terima kasih doktor." Faliq berbahasa sebelum membuka pintu untuk Liany sebelum turut keluar dari bilik doktor.

"Mujur tak jadi parut kekal. Kalau tak saya suruh awak bertanggungjawab." Ujar Liany sewaktu menunggu giliran untuk mengambil ubat.

"Bertanggungjawab?"

"Yelah. Kalau berparut, kuranglah nilai hantaran saya. Nah, cincin puaka awak."

"Eleh, mahal sangat ke hantarannya? Kalau tengok... memang tak mahal mana, biasa-biasa." Faliq membalas, matanya memandang atas dan bawah Liany yang duduk di sampingnya. Liany membeliak mata dan menahan geram.

"Memang mulut tu sama puaka macam cincin ni eh?" Faliq ketawa.

"Tak nak ke ni?" Liany masih menghulurkan bekas baldu berwarna merah itu kepada Faliq. Faliq menggeleng laju.

"Buka and tengok. Kalau awak suka, ambillah. Saya bagi pampasan luka awak tu." Faliq menunjukkan ke arah luka Liany.

"Seriously?" Liany terus membuka bekas baldu merah itu. Sebentuk cincin bertahtakan berlian menghias mata Liany. Mulutnya terbuka, teruja dan tergoda dengan kecantikan cincin di depannya. Terus ditutup semula bekas itu.

"No. Too much. Mesti mahal gila." Liany menyerah semula bekas cincin itu kepada Faliq. Faliq tersenyum tawar. Cincin berlian itu di ambil dan dihulurkan kepada Liany.

"Try it on. If fix, kita mungkin ada jodoh." Liany mencebik namun tetap mengambil dan menyarungkan cincin itu ke jarinya. Muat. Padan. Elok-elok. Liany mengangkat keningnya dan mengangguk kepala.

"Memang saiz saya. Jangan kata awak ukur..."

"Yes, saya ukur dengan jari kelingking saya. See kita ada jodoh." Ujar Faliq lagi. Liany mengerut kening.

"Awak ni terdesak sangat ke?"

"Kenapa pulak?"

"Baru kena reject dah jual minyak pulak?"

"Macam mana tahu saya baru kena reject?"

"Allah... kalau tak kena reject, takkanlah awak nak baling bekas cincin ni sampai berdarah kepala saya ni. Betul tak?" Faliq diam. Mengangguk perlahan.

"Itulah... kecewa yang amat sangat. I thought she love me. Sama macam perasaan saya dekat dia. Rupa-rupanya, dia rimas and tak suka bersama dengan saya. Saya perasan lebih seorang diri." Faliq ketawa dengan nada penuh kecewa.

"Move on. Bunga bukan sekuntum." Ujar Liany. Faliq memandang ke arah gadis itu.

"Tak semudah itu."

"Mungkin tapi cubalah."

"Awak memang selalu move on ke apa?"

"Tak. Tak pernah bercinta, tak pernah ada peluang nak bercinta. Tapi move on, apa yang berlaku semua dengan izin Allah. If kita menolak or marah or kecewa dengan apa yang terjadi, kita macam lupa rukun iman ke enam."

SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?Where stories live. Discover now