"Sayang, saya balik lambat tau harini." Suara Faliq sebaik sahaja melabuh duduk di kerusi meja makan. Liany memandang sambil tangan menuangkan air kopi ke cawan.
"Pukul berapa?"
"Malam, around 10."
"Lewat sangat tu. Ke mana?"
"Tak ke mana, dekat office aje sayang. Meeting hujung tahun, semua free after 8 malam. Nak tak nak, kena buat jugaklah. Esok semua nak berjalan dengan family." Satu perkara yang Liany suka dengan pengurusan syarikat Faliq. Weekend is for family!
"Okay, nak saya masakkan apa for the meeting?" Liany yang sekarang bukan lagi yang dulu. Hampir setahun berkahwin, lebih 10 kelas masakan PJJ Liany sertai. Masa banyak sangat terluang katanya.
"Selagi sayang rasa tidak membebankan. Saya okay saja. Jangan heavy sangat sayang, karang meeting diorang berdengkur." Pesan Faliq, kembali teringat juadah makan makan Liany dulu. Nasi lemak ayam berempah. Berat mata masing-masing nak bermesyuarat.
"Mac and cheese, okay kan?"
"Berat juga tu, tapi sound nice... lapar terus perut ni."
"Kalau macam tu, mac and cheese for lunch and pizza for dinner. Okay kan?"
"Awak ni, rindu saya ke sayang?"
"Kenapa pulak eh?"
"Asyik nak ke office saya aje tu." Faliq menebak. Liany ketawa.
"Nak keluar and jalan-jalan." Liany ketawa. Faliq tersenyum sahaja.
"Selagi awak rasa itu menghappykan awak. Buatlah sayang. Sorry tau kalau saya busy sampai awak rasa bosan." Faliq menggenggam tangan Liany, Liany menggeleng sahaja.
"Taklah. Jangan risau, kalau bosan, rumah mak ayah ada, rumah ibu abah pun ada. Saya boleh aje ke sana. Semua dekat-dekat je."
"Kalau macam tu tak apalah. If, if awak rasa saya terlalu busy, bagitau tau. Jangan diam-diam aje."
"Okay awak. Don't worry."
"Saya nak pergi kerja dulu." Faliq bangun dan memperkemaskan pakaiannya. Liany turut bangun, mahu menghantar suaminya hingga ke kereta.
"I'm gonna miss you sayang." Ujar Faliq sebaik sahaja Liany menyalaminya. Kucupan cinta diberikan ke pipi kiri dan kanan. Liany tersenyum.
"I miss you too sayang." Balas Liany. Liany melambai ke arah Faliq yang sudah pun bergerak dengan kereta, sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa untuk suami tercinta. Doa supaya perjalanan Faliq dimudahkan dan doa supaya hari ini segala urusan Faliq dimudahkan serta di dalam rahmat dan kasih sayangNya.
...
Liany menekan butang lif. Tingkat 5 seperti selalunya. Bakul makanan yang dibawa diletak sebentar di atas lantai lif. Menekan mesej kepada Faliq sebelum kembali meletakkan telefon di dalam beg.
"Hai Maria."
"Hai Mrs. Faliq. How are you today?"
"Macam biasa, sentiasa okay. Where's Faliq?"
"Faliq ada meeting, but I guess she is not his client."
"Who?" Soal Liany.
YOU ARE READING
SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?
RomanceKisah cinta Faliq & Liany bermula selepas Faliq putus dengan Ava. Faliq yang kecewa kemudian berjanji akan cuba memberi ruang untuk Liany dihatinya. Pertemuan kali kedua, Faliq mahu mengotakan janjinya dengan Liany. namun, baru sahaja cinta antara m...