🌸 BAB 2

435 28 7
                                    

                     "Dah habis scan aku?" Tutur lelaki dihadapannya.

Tersentak Waheeda dari terus meng'scan' lelaki yang berada dihadapannya itu.

"Err, kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tanya waheeda dalam bahasa melayu kerana dia rasa dia pernah bersembang dengan lelaki dihadapnnya ini.

'Kalau salah orang.. ah nasiblah. Bukan aku mencarut ke apa ke kan?. Mintak maaf pastu cakap salah tegur orang sudahlah' desis waheeda didalam hati.

"Kau makan otak beruk berapa tan ni? Pelupa kalah nenek aku" ujar lelaki itu dengan nada mendatar sebelum berlalu pergi setelah menutur ayat itu. Waheeda yang blur, masih lagi berdiri ditempat yang sama sambil menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung bawal.

"Aku? lupa? makan otak beruk? Umm.." ujar waheeda pada diri sendiri. Sambil meletakkan jari telunjuknya pada dagu gaya sedang berfikir.

".. Ah, mamat kerek tu! Aduh, macam mana kau boleh lupa ni waheeda" ujar waheeda pada diri sendiri sambil menepuk dahinya perlahan. Tiba-tiba terasa bahunya seperti disentuh oleh seseorang. Terus dia berpaling kebelakang dan melihat wajah syafiqa yang kepenatan setelah mengejar langkah waheeda.

"Fuh, lajunya kau jalan. Semput aku nak kejar. Ha, sape lelaki tu, handsome tu. Boyfriend kau erk?" Tanya syafiqa dalam keadaan termegah-mengah sambil membetulkan nafasanya semula.

"Lelaki tu? Boyfriend aku? Memang tak ah weih. Dahlah kerek, poyo pulak tu. Ingat muka dia hensem sangat. Muka bangla jual karpet lagi hensemlah" ujar waheeda.

"Wah wah, sombong kau. Nanti mamat kerek poyo tu jadi suami kau, baru tau" jawab syafiqa sambil bercekak pinggang.

"Aa sakitt" ujar syafiqa sambil mengosok lengannya yang di cubit oleh waheeda sebentar tadi.

"Ha, baru padan muka kau. Mulut lain kali masin lagi" ujar waheeda sambil berlalu pergi dari kedai itu. Syafiqa hanya mengekori langkah waheeda.

"Ish kau ni, aku doakan benda yang baik apa" jawab syafiqa sambil mengangkat kening kanannya.

"Otak kau baik, tak nak aku dapat suami macam tu" ujar waheeda sambil menolah kepala syafiqa perlahan. Sengaja dia menolak kepala syafiqa berharap syafiqa akan menukar topik percakapan mereka. Tak kuasa dia nak bersembang berkaitan lelaki tadi.

"Eh kau, kepala jangan main, rosak tudung aku,  aku tarik tudung kau kebelakang" ujar syafiqa sambil ralit membaiki tudung shawl yang dipakainya.

"Ceh, aku tolak sikit je. Tak ada maknanya nak rosak" jawab waheeda. Syafiqa pula sengaja buat tidak dengar apa yang dikatakan oleh waheeda itu. Kalau dia lawan lagi, tahun depan pun belum tentu habis.

"Dah ah weih, jom balik" ujar syafiqa setelah lama mereka berdua berdiam diri. Waheeda hanya menganggukkan kepala sebelum mereka berdua berjalan mencari pintu keluar mall.

•-•-•-•

Buk

"Huh, bunyi apa tu?" Tanya waheeda pada diri sendiri sebaik sahaja berada di pinggir jalan yang sepi. Terus dia melilau melihat kiri dan kanan mencari dimana sumber bunyi itu. Setelah dia mengamati bunyi tersebut yang datang dari satu lorong yang jarang dilalui oleh orang-orang di kawasan itu. Dia lantas berjalan mendekati ke lorong itu secara perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Aku dah cakap, jangan lari dari aku. Tapi apa kau buat? Kau lari juga" ujar seseorang sayup-sayup kedengaran dibalik dinding. Waheeda lantas berjalan sedikit lagi kehadapan sebelum memanjangkan lehernya untuk mengintai apa yang berlaku disebalik dinding.

Married To Mr. Perfect Where stories live. Discover now