🌸 BAB 8

343 24 5
                                    

                       "ERM, kita nak makan dekat mana?" Soal waheeda apabila mereka sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah agam milik daniel.

"Mana-mana" jawab daniel pendek. Waheeda yang mendengar jawapan daniel itu sudah memuncungkan mulutnya sambil melentokkan kepala di pintu kereta. Daniel hanya memandang waheeda sekilas sebelum kembali menfokuskan ke pemanduannya.

"Awak, saya bosanlah. Jomlah sembang dengan saya" ujar waheeda setelah beberapa minit dia senyap tidak bercakap.

"Hmm" jawab daniel malas.

"Okay saya nak main tanya-tanya. Erm, awak ada adik beradik tak?" Soal waheeda sambil memandang daniel.

"Tak de"

"Awak orang apa?" Soal waheeda lagi.

"Malaysia Itali"

"Hah, malaysia itali? Maksud awak?" Soal waheeda tidak faham.

"Haih, mix malaysia itali" jawab daniel dalam nada malas. Waheeda hanya menganggukkan kepala sambil membuat mulut berbentuk O. Setelah itu, waheeda hanya diam sambil termenung.

Sedang ralit waheeda termenung, tiba-tiba kereta milik daniel berhenti secara mengejut. Nasib waheeda pakai seat belt, kalau tidak memang terhantuk kepala.

"Awak dah kenapa berhenti mengejut?" Soal waheeda geram.

"Dah sampai. Turun" Ujar daniel sebelum keluar dari kereta. Waheeda pula masih lagi duduk didalam kereta sambil melihat-lihat restaurant dihadapannya. Sungguh besar dan kelihatan mahal.

Tok Tok

Terkejut waheeda apabila cermin kereta itu diketuk dari luar. Dia melihat suaminya dan yang lain sudah berdiri di sisi keretanya. Menunggunya keluar. Tanpa berlengah, waheeda terus membuka pintu kereta untuk keluar.

"Ingat nak kena bentang carpet merah dulu baru keluar" perli daniel. Waheeda yang bengang mendengar perlian daniel itu terus menghempas kuat pintu kereta. Terus membulat mata daniel, zafriel, aydeen, luth, lucas dan mikail.

"Ups, sorry. Tak sengaja hehe. LARIII" ujar waheeda sambil menunjukkan riak wajah innocent sebelum berlari melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Kenderaan yang lalu lalang terpaksa berhenti mengejut untuk mengelakkan terlanggar waheeda yang ikut sedap hati dia je lari. Ingat jalan tu ayah dia punya ke apa.

"Ehem, jomlah kita masuk" ujar mikail setelah beberapa minit mereka berenam terdiam dan ternganga melihat aksi gila waheeda tadi.

"Bini kau dah puas hidup ke apa danie? Baru sehari kawen dah gila" ujar zafriel sambil melangkah menuju ke restaurant di hadapan mereka. Daniel hanya diam tidak membalas soalan zafriel tadi.

      SEBAIK sahaja mereka masuk ke dalam restaurant, mata mereka berenam terus melilau mencari kelibat waheeda.

"Tu waheeda" ujar mikail sambil menuding jari kearah sudut restaurant yang agak tersorok. Kelihatan waheeda sedang duduk sambil membelek menu. Nampak sangat
Professional sahaja dengan muka yang serious, tapi hakikatnya, hanya mereka yang tau. Tanpa membuang masa, mereka terus melangkah menuju ke meja yang menempatkan waheeda.

"Kau gila ke? Kalau kau mati tadi apa aku nak jawab dekat mak ayah kau" Sergah daniel sebaik sahaja tiba di meja. Terkejut waheeda apabila mendengar suara suaminya dari sebelah kirinya. Dia terus menoleh ke sebelah kiri dan melihat daniel, zafriel, aydeen, luth, lucas dan mikail berdiri sambil memeluk tubuh sambil memandangnya.

"Ouh awak hehe. Duduklah dulu" ujar waheeda sedikit takut. Daniel, zafriel, aydeen, luth, lucas dan mikail hanya menurut dan melabuhkan punggung di kerusi.

Married To Mr. Perfect Where stories live. Discover now