🌸 BAB 10

370 24 6
                                    

                         "ANISS, kau dengar tak aku kejut ni" kejut daniel sambil menampar lembut dahi waheeda. Kang tampar kuat-kuat karang, ada yang kata aku mendera pulak.

"Emm, kenapa?" Soal waheeda sambil menggosok matanya. Masih mamai.

"Mama dengan papa kau nak pergi jepun" ujar daniel sambil memeluk tubuh. Kecik besar kecik besar je dia tengok waheeda.

"Ouh, pergi jelah" ujar waheeda selamba sebelum baring semula. Daniel hanya mampu bersabar sebelum berjalan menuju ke arah sofa didalam bilik itu. Laptop miliknya dibuka.

"HAH APA AWAK KATA TAD..."

Buk

Terus terhenti ucapan waheeda apabila daniel membaling bantal ke wajahnya.

"Lain kali kalau nak bercakap dengan aku pakai mikrofon terus" perli daniel. Waheeda hanya tersengih sahaja mendengar dirinya diperli.

"Apa awak kata tadi?" Soal waheeda mengulangi ayatnya.

"Mama dengan papa kau. perlu pergi ke jepun" ujar daniel tanpa memandang waheeda. Matanya fokus memandang layar laptopnya.

"Hah, yeke. Bila? Mama dengan papa tak cakap pape pun" rungut waheeda sambil mencapai telefon oppo f9 miliknya. Ingin memeriksa massage dan call log.

"5 miss call, 200 massage from your mother and 2 miss call, 10 massage from your father. Am I right?" Ujar daniel tanpa memandang waheeda. Matanya tidak lari dari memandang laptop.

"Macam mana awak tau?" Soal waheeda sambil membaca semua massage yang dihantar oleh orang tuanya. Soalan waheeda dibiarkan sepi tidak berjawab.

"Mama papa bertolak pukul 12 and now, pukul 10! Aaa kenapa awak tak kejut saya awal" ujar waheeda sambil berlari mengambil pakaiannya dan tuala. 'Aku jugak yang kena. Aku dah kejut pukul 9 kau yang tak reti nak bangun' ujar daniel dalam hati. Geram.

•-•-•-•

"Mama, papa. Jangan tinggalkan heeda sorang-sorang" ujar waheeda sambil mengeluarkan air mata tipunya. Dasar drama queen. Tengku hanani dan Tengku aishar sebastian hanya tersenyum melihat perangai anak menantunya. Daniel pula yang sedang berdiri di belakang waheeda hanya mengeleng kepala sambil tangan mengurut dahi. Bini siapalah ni. Kutip jap.

"Apa kamu ni heeda, mama dengan papa pergi sebab ada kerjalah. Drama lebih dah kenapa" ujar puan Aisyah sambil mencubit manja lengan waheeda.

"Aduh, uhuk, sampai hati dera heeda. Apa salah heeda" ujar waheeda masih dalam mood drama queennya.

"Macam-macam. Dahlah, mama dengan papa nak kena pergi dah ni. Daniel, kamu tolong jaga anak mama ni elok-elok ya" nasihat puan Aisyah pada daniel. Daniel hanya menganggukkan kepala sahaja. Malas nak cakap banyak.

"Dan kamu waheeda, jangan nak buat perangai. Dengar cakap daniel, hormat dia dan jangan melawan atau tinggikan suara. Jaga makan pakai suami kamu. Jangan duk mengedik nak tegur pakcik cleaner ke pakcik jual carpet ke. Ingat, kamu tu dah jadi isteri orang. Jaga air muka suami kamu. Kamu ni bukan boleh percaya, dengan perangai terlebih mesra kamu ni. Memang mama rasa nak cubit-cubit je. Jangan ingat mama tak tahu eh perangai waheeda kalau keluar dengan farhan. Farhan selalu report dekat mama. So, heeda kena jaga perangai lepasni. Faham tak apa yang mama cakap ni?" Nasihat puan Aisyah panjang lebar.

"Allahu, ye ma faham" ujar waheeda dengan tidak rela. Daniel hanya menahan tawa melihat waheeda dinasihat panjang sepanjang panjangnya oleh puan Aisyah.

Married To Mr. Perfect Where stories live. Discover now