❁🐾✎sᴇɴʏᴜᴍᴀɴ

42 9 1
                                    

🌸Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara.

🌸 Senyuman mesra terukir di mulutnya.

🌸 Segaris senyuman terukir di bibir / bibirnya.

🌸 Mengulum senyuman tipis.

🌸 Mengetap bibir tersenyum.

🌸 Menguntumkan senyuman.

🌸 Sekuntum senyuman indah terbit di wajahnya.

🌸 Senyuman itu menambahkan lagi seri di wajahnya.

🌸 Dia kembali mengukir senyuman menandakan dia baik baik sahaja.

🌸 Dia melebarkan senyuman.

🌸 Dia kembali melontar sengih selepas dilontar soalan maut itu.

🌸 Hanya memperlihatkan senyuman nipis.

🌸 Lesung pipit yang terukir di pipi menarik perhatian yang memandang.

🌸 Sepenggal senyuman mengukir di bibir ketika dia menjawab soalan itu.

🌸Senyumannya melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa.

🌸 Senyuman mengusik jiwa.

🌸Senyumannya bermain di bibirnya.


✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼

ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴏʀᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ɪᴅᴇᴀ
ʟᴀɪɴ sʜᴀʀᴇ ʟᴀʜ
ᴋᴀᴛ sᴀʏᴇ

ᴛᴀɢ ᴋᴀᴡᴀɴ ᴀɴᴅᴀ

✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼

SEINDAH BUNGA FRASAWhere stories live. Discover now