❁🐾✎ᴋᴇᴛᴀʙᴀʜᴀɴ

19 6 0
                                    

🐞 Di tengah ranjau ketidakmampuan.

🐞 Bertarung dengan dugaan demi dugaan.

🐞 Tak sanggup lagi menadah tangan menanti ikhsan oran lain.

🐞 Menangisi nasib.

🐞 Terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri.

🐞 Hidupku bagaikan perahu yang sedang hanyut dibawa arus yang sedang bergelora.

🐞 Keputusan itu bukan seperti aur yang mudah dilentur.

🐞 Namun dalam rempuhan yang dahsyat itu, mereka tidak sekalipun berhenti dan berpatah hati.

🐞 Pendiriannya tembok yang tiada retak digongcang gempa gertakan.

🐞 Tekadnya sekukuh besi khursyani yang tidak cair oleh kata bujukan.

🐞 Jerit pekik tangisan kaumku tidak pernah mematahkan semangat wajaku untuk terus berjuang demi kehidupan.

🐞 Pulangnya petang itu bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh kaabah waktu diserang Abrahah.

🐞 Tidak mahu menitiskan air mata kerana baginya, ia berharga untuk menangisi nasib dunia yang menurutnya lebih malang.

🐞 Masih tidak mahu berganjak dari kemahuannya.

🐞 Walaupun mulutnya tidak mahu menjawab soalan itu, tetapi hatinya meronta-ronta ingin membebaskan kata-kata.

🐞 Tanpa menyimpan kata-kata yang berbalut kecewa dan kegagalan.

🐞 Akan mengatasi apa jua rintangan yang menghalangi kemaraanya.

🐞 Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia merelakan kejayaanmu.

🐞 Tidak jemu meniupkan aku semangat.

🐞 Liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri itu terpaksa dilalui dengan penuh ketabahan.

🐞 Seribu rintangan bukan tiket untuk menempah kegagalan.

🐞 Tetapi aku akur bahawa itu adalah anugerah Tuhan untuk mahluknya, tersembunyi sejuta hikmat dan rahmat.

🐞 Dalam hatinya terbetik sesuatu pengertian bahawa kehidupan ini adalah satu medan perjuangan.

✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼

ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴏʀᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ɪᴅᴇᴀ
ʟᴀɪɴ sʜᴀʀᴇ ʟᴀʜ
ᴋᴀᴛ sᴀʏᴇ

ᴛᴀɢ ᴋᴀᴡᴀɴ ᴀɴᴅᴀ

✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼

SEINDAH BUNGA FRASAWhere stories live. Discover now