Chapter 2

1K 91 35
                                    

Boboiboy membawa Retak'ka masuk ke dalam kapal angkasa menggunakan kuasa Taufannya.

Boboiboy membuka helmet oksigennya, dan meletakkan bongkah ais itu ke bawah. Dia sempat menahan nafas semasa menggunakan kuasa Taufannya sebab bongkah ais itu terlalu berat bila masuk ke kawasan ada gravity, iaitu di dalam kapal angkasa.

"HAAAAAAAAAAA-"

Boboiboy duduk di atas kerusinya kembali sambil mengambil nafas sebab tahan nafas lama sangat.

Boboiboy baru perasan yang dia dah pergi sedikit jauh dari kapal angkasa dia sebab Asteroid tu bergerak.

Terkial kiallah dia kejar kapal angkasa dia balik. Dah lah dia hanya guna 50% kuasanya, akibat tidak bertukar, menyebabkan anginnya tidak terlalu kuat untuk mengangkat bongkah ais yang besar kedabak tu.

Ingat, si Retak'ka tu tinggi. Apa lagi bongkah ais yang tutup satu badan tu :v

Berat nak mampos.

Bobojboy melihat kembali ke arah bongkah ais itu selepas nafasnya kembali normal.

"Huh....... sekarang apa?"

Bongkah ais itu duduk kaku dengan cantik di atas lantai kapal angkasa. Boboiboy boleh merasakan dingin yang datang darinya kerana bongkah itu sudah berada selama 1 bulan di angkasa tu.

"Kalau aku cairkan bongkah ais ni guna kuasa Blaze tak apa ke?"

Bonoiboy berjalan mendekati bongkah ais itu dan tatapnya dengan tatapan kosong.

Boboiboy menggunakan kuasa Blazenya tanpa bertukar sebab dia nak guna separuh sahaja kuasanya, sebab tak nak panggang Retak'ka jadi katak panggang angkasa.

Boboiboy memanaskan telapak tangannya, dan menyentuh bongkah air itu. Dia tak guna api sebab takut.

Alah, dia nak cairkan air yang perangkap Yaya dan Ying masa A.B.A.M dulu pun dia takut. Sebab takut tercederakan orang yang ada dekat dalam tu.

Korang faham faham jelah, Blaze masih ada dendam dengan Retak'ka. Dia tak nak lepaskan budak liar satu tu. Karang tak pasal pasal satu kapal terbakar sebab dia lawan dengan si Katak Pulu Angkasa tu.

Eh kejap. Retak'ka monyet angkasa, bukan katak angkasa.

Biar jelah.

"Harap sukuplah nak cairkan semua ni...."

Lama jugaklah, dalam 10 minit, akhirnya, satu bongkah ais yang mengelilingi Retak'ka akhirnya mencair. Membiarkan badan Retak'ka yang basah kuyup sahaja di atas lantai, masih tidak sedarkan diri.

"Hidup lagi tak ni?"

Boboiboy meletakkan telinganya di atas badan Retak'ka untuk mendengar bunyi detakkan jantung sang mangsa. Tapi, dia tak menjumpainya.

Boboiboy mencuba pula cari nadi Retak'ka, sebab nak cek kat hidup, Retak'ka tak de hidung :v

Cari punya cari, akhirnya dia menjumpainya. Masih berdenyut. Boboiboy pun menghelakan nafas lega.

Boboiboy melihat badan Retak'ka mempunyai luka terbakar satu badan, tapi hanya ada beberapa bahagian sahaja yang sangat parah sehingga berkesan. Boboiboy hanya mampu bersweatdrop dikeranakan dia tahu luka terbakar tu disebabkan oleh Supra.

Boboiboy mengangkat badan Retak'ka itu ke atas sebuah katil mudah alih yang memang sedia ada dia bawa dalam kapal angkasa dia tu.

Boboiboy pun mula merawat semua luka pada badan sang mangsa itu. Pembalut dibalutkan di kawasan luka terbakar, iaitu muka, leher, dan tangan. Badannya pula tiada luka yang besar. Mungkin dah terpulih sendiri secara alami sepanjang dia ada dalam ais tu.

Bertaubatnya Retak'kaWhere stories live. Discover now