Chapter 8

820 64 22
                                    

Boboiboy berlari ke arah kantin station itu sambil melihat ke arah jam kuasanya.

"Huh...huh..huh..."

Baru pukul 6:10 pagi.

Baguslah.

Sejak dia kena lempar keluar bilik dengan Laksamana Tarung akibat terlewat bangun dulu ketika baru masuk ke TAPOPS, terus dia taubat tak nak bangun lambat dah.

Karang tak pasal pasal bengkok belakang dia setiap pagi kena lempar keluar bilik.

"Aku kena cepat ni. Tak nak buat Tok tunggu lama lama"

Tidak mahu membuang terlalu banyak masa, dia berlari menggunakan semua tenaga yang dia ada untuk sampai ke kantin dengan lebih cepat.

Sampai ada alien mop yang hampir tersakit jantung bila ada sonic bin panasonic terlepas memecut di sebelahnya.

Kenapa dia tak guna je kuasa Halilintar dia?

Sebab dia tak nak kena claim salah guna kuasa pulak dengan alien alien mop kat sana sebab guna kuasa dia semata mata nak pergi ke kantin dengan cepat.

Mulut mop lantai tu bukan boleh percaya. Karang tak pasal pasal tambah satu hal dia kena terangkan perkara sebenar ke atasan dia nanti.

Tak lama kemudian, dia pun tiba di kantin.

"Huh....huh....huh...."

Terpancit kejap budak tu sebab buat acara larian marathon pagi pagi buta.

Dia menggunakan bingkai pintu kantin itu sebagai bantuan supaya dia tak terjatuh ke lantai akibat semput.

Dah lah dia nak kena bawak makanan untuk alien lain pulak ni.

Tiga kawannya kelihatan berada di sana juga.

"Eh? Boboiboy! Awal lu pagi ni!" Ying orang pertama yang menegurnya.

"Ahahaha...." penguasa elemental itu hanya mampu terketawa kekok.

Dia berjalan ke arah rak makanan untuk mengambil makanan bahagiannya dan juga Retak'ka.

Setelah mengambilnya, dia tidak terus pulang. Dia duduk dulu bersama kawan kawannya.

"Gopal mana?" tanya nya.

"Alah, seperti biasa lah. Belum bangun lagi" Fang menjawap dengan nada separuh mengejek kawan mereka itu.

Boboiboy pun hanya mampu menggeleng, sudah tahu itu akan jadi jawapannya.

"Haih.... haraplah dia sempat bangun sebelum Laksamana yang kejutkan dia....lagi" kata Yaya sambil mengeluh kecil.

Mereka terketawa bersama sama, kecuali Fang.

Fang kelihatan mengunyah donut lobak merah kegemarannya, sambil melihat ke arah kawannya yang satu itu dengan wajah tidak puas hati.

"Jadi, macam mana?" Fang tiba tiba bersuara dengan nada tegas ke arah Boboiboy.

Boboiboy tersentak kecil, sambil melihat ke arah Fang.

"Kau masih nak teruskannya lagi?"

Tak perlu diterangkan selebihnya, Boboiboy sudah tahu maksud soalan Fang itu.

Dia mengeluh kecil dengan muka separuh bersalah, sebelum memandang Fang semula.

"Ya..."

Wajah Fang kelihatan berkerut mendengar jawapan kawan baiknya itu.

"Aku...... aku masih nak...... teruskannya...."

Walaupun nadanya kedengaran ragu ragu, tapi dia maksudkannya. Dia masih mahu teruskannya.

Bertaubatnya Retak'kaWhere stories live. Discover now