Chapter 7

543 55 9
                                    

"Oh? Sai tu? Lah, kau risau pasal benda tu ke? Bila fikirkan balik, Sai memang jarang bercakap dengan kau pun. Tapi, kau tak perlu risau. Dia cemburu dengan kau je tu"

"Cemburu.... dengan saya?"

"Ya. Kami dah lama sertai TAPOPS sebenarnya. Sedikit kedepan selepas Kaizo dan Fang. Kau kan masih baru dalam TAPOPS. Mestilah dia cemburu tiba tiba je kau melonjak naik dalam TAPOPS walaupun kau masih baru dalam TAPOPS! Ahahaha!"

Kepala budak tu sampai terteleng dengan penjelasan Shielda. Cemburu dengan dia?

"T-tapi, saya dah lama dah buat kerja ni semua! Saya bukan budak baru! Saya dah mula cuba selamatkan bumi dari umur 10 tahun lagi!"

"10 Tahun? Ahahaha! Biar betul?! Ahahaha... hahaha... haha... eh?"

Tiba tiba sahaja wajah Shielda berubah daripada gembira kepada pelik bila mendengar apa yang budak bumi itu katakan.

Terus dia memandang ke arah Boboiboy semula.

Boboiboy, dah menekup mulutnya sendiri dengan wajah terkejut.

Dia terlepas cakap.

"10 tahun? Apa maksud kau?"

Ah sudah.

Boboiboy terlepas cakap akibat merasa seperti direndahkan kerana dia digelar budak baru walaupun dia dah lakukan kerja superhero ini sudah lama.

"Er.... itulah....maksudnya...."

Dia tidak sanggup menjelaskannya sendiri lebih lanjut, dan membiarkan Shielda memikirkannya sendiri.

Shielda mengambil beberapa ketika untuk memproses apa yang Boboiboy cuba katakan.

Akhirnya dia dapat menangkapnya.

"Maksud kau, kau ni macam Fang lah ni?!"

Boboiboy memandang Shielda pelik kerana wajah Shielda malah kelihatan gembira dengan fakta itu.

"Macam Fang? Apa maksud kau?"

Shielda kelihatan seperti memang sudah lama bersedia mahu menceritakannya kepada Boboiboy.

"Fang juga dah lama dilatih di bawah TAPOPS sejak dia berusia 8 tahun lagi dan direkrut sebagai ahli yang tetap ketika berusia 11 tahun bila dia dan Kaizo kembali semua ke Markas Tempur-A setelah setahun mengikut abangnya melakukan satu misi dengan planet mana tah aku tak tahu sebab aku belum berada di dalam TAPOPS lagi ketika itu. Aku dengar ni pun dari alien alien Mop dekat sini dan dari mulut Fang sendiri"

Shielda menceritakannya dengan nada bersungguh sungguh.

"Dan setelah kami berdua masuk ke dalam TAPOPS, kami tak terus masuk ke dalam pasukan Fang. Kami sebenarnya duo sahaja dan kebetulan masa aku nak teman Sai berlatih di bilik latihan, kami terserempak dengan Sai, dan Sai pun berlawan by one dengan budak rambut cacak tu. Dan dari situlah kami mula rapat dengan Fang dan selepas beberapa bulan terus dimasukkan ke dalam satu team dengan dia"

Boboiboy kelihatan teruja mengetahui fakta mengenai pertemuan pertama Fang, Sai dan Shielda itu walaupun dia tak mintak pun Shielda cerita pasal bab tu.

Dan Boboiboy tahu maksud Shielda dengan planet mana tah tu.

Ianya adalah bumi.

"Patutlah Fang dah memang hebat waktu pertama kali aku jumpa dengan dia...." dia dengan tanpa segan memuji alien landak ungu itu kerana kagum mengetahui Fang sudah berlatih untuk jadi hero sejak umur 8 tahun.

"Kan? Aku dan Sai pun terkejut tengok kekuatan dia, terutamanya kerana dia masih lagi muda. Patutlah kau dan kawan kawan kau tu semua kuat kuat. Kamu semua dah berlatih untuk jadi penyelamat sejak kecil. Aku tabik kau untuk hal tu"

Bertaubatnya Retak'kaWhere stories live. Discover now