Bab 4

668 76 38
                                    

MBTS 4




Written by : Fahizah_Reena













.

Kelopak bunga mawar aku cabut satu persatu. Geram di hatinya tak siapa yang mahu peduli. Perbualan Mikhael dan Liyana bermain-main dalam benakku. Cemburuku mendaki pada paras tertinggi kepada baris nama perempuan itu.

Aku tekup wajah. Sebal merantai jiwa kerana teringat kembali perbuatan palsu Mikhael terhadapku di depan Liyana tadi, ternyata itu adalah motif Mikhael untuk pampangkan kononnya kami bahagia. Bodoh betul aku kerana merasai rama-rama berterbangan tika itu, padahal itu penipuan belaka. Lebih mudah dipanggil "fake hope."

Ttuk!

Kepalaku diketuk oleh jemari seseorang. Terperanjat aku kerana tiba-tiba sahaja. Dadaku berdebar lebih kencang pabila kepalaku berpusing ke belakang. Wajah Mikhael terbias indah merenungiku dengan wajah seriusnya seperti biasa. Tiada senyuman seperti tadi, hanya muka tidak beriak. Aku buat keputusan untuk berlalu daripada menghadap lelaki bermuka dua itu. Menyakitkan hati je!

"Where are you going?" Aku tidak peduli. Kaki deras ingin menapak pergi, cebisan terakhir bunga mawar aku pijak-pijak sekuat kudrat yang ada. Bayangkan itu adalah Mikhael. Geram sangat!

"Nak masuk dalamlah, takkan nak pergi joging pulak senja macam ni!" Tukasku tinggi tapi masih terkawal. Bimbang jiran dengar dan terfikir pasangan pengantin bergaduh pulak. Satu hal pula kena tadah umpatan mereka. Orang melayu ni famous dengan perangai suka jaga tepi kain orang, padahal kain sendiri koyak rabak! Tu dia, geram sangat memang jadi begini! Jiran pun kena marah sat lagi.

"Hm, kita cakap kat dalam." Selamba badak dia kaut bahu aku dan menyorong aku masuk ke dalam rumah. Aku meronta juga dan tolak tangannya daripada mengotorkan bahu aku. Sejak bila Isha jadi buas ni? Kasar betul perangai aku hari ini.

"Duduk." Arahnya tidak kurang juga meninggi. Mungkin dia juga dilelar dengan marah kerana aku melawan. Ingat aku nak jadi lembik sahaja ke? Mentang-mentanglah aku ni anak bongsu, dia fikir anak bongsu rela dibuli jika kena buli? Hm, relaks Isha. Kau lupa makan ubat penenang. Sabar sikit Isha. Itu suami kau tau, bukan kawan kau.

Aku duduk juga lepas reda sikit perangai hangin aku ni. Kaki merapat sopan ala-ala perempuan ayu. Tudung yang elok melekat di kepala aku cabut dan simpan di atas riba. Tangan sengaja menyelak-nyelak helaian rambut macam nak tunjuk iklan rambut.

"Lupakan sahaja apa yang berlaku hari ni."

Aku hentikan tingkahku. Kelu lidah hendak membalas, namun hatiku meronta-ronta ingin bertanya alasan suamiku. Aku rasa macam teraniaya. Dahlah kena kahwin paksa, dapat suami berat mulut dan sombong. Stress tahu tak! Nak berbincang dan betulkan keadaan pun jadi sangat rumit. Tak lancar perbualan dua hala. Asyik aku sahaja bercakap, macam mana nak tahu apa masalah sebenar yang bermain dalam kotak fikiran dia?

"Kalau ada soalan apa-apa lebih baik kau simpan. Aku takde benda nak cerita."

"Kenapa?! Kenapa dengan awak ni, Kael? Apa salah saya? Awak bencikan saya, kan?!" Hampir menengking aku menyoal dek kerana diserang amarah. Kata-kata Mikhael berjaya membuatkan dadaku hampir nak pecah. Sakit sangat bila suami sendiri buat aku macam orang asing. Untuk apa mengikat perkahwinan sedangkan dari awal dia tidak pernah menganggap aku ni perempuan yang akan dicintai, yang punya hati dan perasaan. Takde isteri nak dilayan dingin seperti ini? Kenapa dia berusaha mengelak daripada aku?

"Mind your manners."

Dia menjeling aku sebelum bangkit dari duduk. Kakinya jejak melepasi aku yang termangu-mangu. Perangai dia memang menyakitkan hati. Macam mana aku nak jadi isteri mithali kalau dia bersifat endah tak endah seperti itu?

"Saya belum habis cakap. Saya nak tanya semuanya sampai awak jawab! Saya nak jawapan tentang bekas kekasih awak! Semuanya saya nak tahu!"

"In your dream!" Dia terus mendaki tangga tanpa memberi peluang untuk aku menghamburkan segala persoalan yang mendap dalam kepala otak ini. Aku menghantar pemergian dia dengan emosi tak terkawal.

Aku cuba duduk dan menenangkan diri. Air mata meluruh jua pabila dia kembali turun dan keluar dari rumah. Bahuku terangkat mendengar pintu dihempas kuat.

"I hate you!" Pekikku tinggi. Tudung aku campak dan pijak-pijak. Crush tak guna! Sumpahku geram.

...

Pagi itu Mikhael tak balik. Aku diterjah gusar.  Seperti lazimnya, aku menyiapkan sarapan ala kadar. Nasi goreng, telur goreng, sambal belacan dan ulam raja. Air pula cukup milo. Dapur ini sunyi dan semakin tenggelamkan emosiku tika ini. Mengantuk juga membajaiku kerana malam tadi langsung kantuk tak berjaya melelapkan mata. Fikiran hanya terkenangkan Mikhael. Aku setia menunggu dia. Sebenarnya hendak memohon maaf kerana terlanjur bersikap kurang ajar. Sifat aku tidak pernah menengking dan bersikap kasar seperti itu. Cuma, aku gagal kawal emosi semalam.

Hari ini baru tersedar dari mimpi semalam. Aku sebagai isteri kena banyakkan bersabar dan perlu beri dia masa. Manalah tahu dia juga sedang berperang dalam jiwanya kerana bekas kekasihnya jahat barangkali? Manalah tahu bekas kekasih dia bersikap curang, dan Mikhael tidak mahu membuka tirai kisahnya kepadaku kerana itu. Kemungkinan itu penyebabnya?

Nasi goreng di atas pinggan aku kuis-kuis. Perut bergelora dengan nyanyian mintak diisi namun seleraku tidak ada. Rasa serba salah menerpaku selagi Mikhael tidak balik. Puas aku cuba menelefon dia, tapi suara operator sahaja yang menjawabnya. Dugaan rumah tangga sukar juga ya? Sesak dada ini.

"Ehem."

Aku terdongak demi suara itu. Rasa nak tercampak jantung tengok figura Mikhael sedang berdiri tegak lalu duduk di kerusi depanku. Pinggan kosong ditarik dan diceduk nasi goreng sehingga penuh pinggannya. Dengan bismillah dia menjamah tanpa berbicara sepatahpun. Aku yang masih terkejut diam tidak menikus. Hanya memerhati tingkahnya yang berselera itu. Tidak pernah melihat dia begitu selera seperti itu. Aku menggosok biji mata, hendak memastikan kebenaran Mikhael di depan mata. Eh, itu benar-benar Mikhael!

"A...awak?" Tergagap nak mulakan bicara.

"Hm..."

Berdebar-debar. Aku telan liur yang rasa payau semacam. Cawan yang terisi air milo aku cicip.

"Auch! Panas!" Melecur lidah aku. Laju aku mengipas-ngipas lidah dan tak hilang lagi aku pergi basahkan di singki.

"Gelojoh." Komen Mikhael dari jauh. Tak dengar sangat tapi macam mengumam seorang diri. Aku sabarkan hati lalu bergerak semula untuk duduk. Mikhael tak pandang aku, seperti takde apa yang berlaku pada aku. Memang aku halimunan.

"Awak? Saya nak cakap sikit." Aku memulakan bicara bila tengok nasi gorengnya hampir nak habis. Laju tanganku mencedok lagi kasi penuh. Kang kalau dah habis dia lari pulak. Aku nak minta maaf jadi terbantut.

Dia pandang aku, riak macam tak puas hati. Senduk itu ditarik dari genggamanku lalu di letak atas pinggannya.

"Erm, saya nak minta maaf er... pasal semalam."

"Just forget everything." Dingin sahaja suaranya membalas.

Aku diam sudahnya. Dah nak buat macam mana perangai dia macam tu. Cawanku itu ditarik dan dia minum selamba. Aku tersentak juga sebab itu air aku. Dan bekas bibir aku. Tapi, diam jelah daripada bercakap pun sia-sia.

...

Writer's comment : ada lagi ke nak baca story ni?

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUSWhere stories live. Discover now