Bab 6

624 82 10
                                    

Written by : Fahizah_Reena














"KAEL... bangun... Tak kerja ke hari ni?" Lepas solat subuh, Mikhael terus naik tidur bilik atas. Aku yang leka memasak nasi lemak pun sempat kerling jam yang disangkut kat dapur. Memang lewat. Tak pernah Mikhael bangun lambat begini. Mujur aku masak cepat, terus matikan api dan naik ke atas. Tak disangka, Mikhael masih berselubung dalam gebar.

"Kael... bangunlah!" Aku tarik gebar yang menutup wajahnya, nampak mata Mikhael tertutup rapat, dengan bibirnya kelihatan sedikit pucat. Nafas Mikhael juga kedengaran sedikit berat, macam sukar sekali nak bernafas macam biasa. Kenapa dengan Mikhael ni?

"Kael... awak tak sihat ke?" Dengan teragak-agak aku beranikan diri melekapkan belakang tanganku di dahinya, jantung ini berlari deras dek kepanasan yang mula meresapi belakang tanganku. Dia demam panas? Tengok semalam okey je, kenapa tiba-tiba demam? Gara-gara tengok cerita hantu ke? Ah, tidak mungkin.

"Awak demam ni. Kena mintak mc..." Bibirku dekatkan di wajahnya, berbisik dengan suara halus. Matanya pula terbuka luas, seluas samudera. Aku hampir terjatuh kerana terkejut tapi tangannya segera sambar lenganku. Dan semerta tubuhku terjatuh atas dadanya. Alamak, apa jadi ni? Terkebil-kebil aku tatap wajah Mikhael, muka Mikhael yang lesu tidak bermaya itu ajaibnya masih kelihatan kacak.

"Kau nak aku bertambah sakit ke, Isya?" soal Mikhael lembut. Matanya tajam melahap laman wajahku. Dengan dahinya berkerut halus, macam tengah stress je.

"Er, mana ada. Isya..."

"Bangun... Dada aku sakit ni."

Aku baru tersedar, lekas aku bangkit. Malu pipi disimbah rona merah. Kenapalah aku boleh tak sedar, kesian suami aku. Kena hempap dengan badak, hehe... Aku tak adalah gemuk pun, cuma boleh tahan berat jugak aku ni. Berat nak melupakan Mikhael. Tiber sangat.

"Awak tak kerja ke?" Aku soal lagi bila malu dah hilang.

Mikhael masih menatap aku. Kali ini lama pula, selalu pandang aku nak tak nak. Dia marahkan aku lagi ke pasal aku hempap dia? Atau dia marah sebab aku kacau tidur dia?

"Hm, kerja..." Mendatar dia menjawab. Tapi aku dapat rasakan ada ukiran senyuman singgah di bibirnya tadi. Macam menyinis? Kenapa, eh? Abaikan jelah, lebih baik tanya kenapa dia nak kerja walaupun demam panas macam ni.

"Erm, cuti jelah. Kan awak sakit?"

"Kalau aku cuti, aku lebih sakit, Isya..." jawabnya sedikit meleret. Tika ini, aku nampak jelas dia senyum. Aku celikkan mata luas-luas, aku sedang berhalusinasi ke? Kenapa dia boleh senyum dekat aku? Kenapa? Sebab demam ke skru kepala dia tercabut?

"Kenapa pula awak lagi sakit?"

"Hm, fikirlah sendiri..." Malas jawapan dia.

"Boleh je awak jawab. Dah lah, Isya nak turun nak sediakan ubat dengan nasi lemak yang Isya masak tadi... Awak nak kerja, kan..."

"Hm, tak payah. Nanti aku turun..." Mikhael tolak gebarnya, dan dia bangun sendiri. Mulai sandarkan kepala di kepala katil, sedikit lama dia memicit pelipisnya. Aku yang melihat jadi risau dengan keadaan dia. Kenapalah masih degil nak kerja? Sakit-sakit macam ni macam manalah nak rawat pesakit? Karang diri sendiri tumbang.

"Nak Isya tolong urut?" Aku tawarkan pertolongan.

"Hm... Tak payah..."

"Sekejap je Isya urut. Tak lama..."

Mikhael mendengus kasar. Dia jatuhkan tangannya ke bawah lalu tanpa diduga tanganku ditarik dan diletak pada pelipisnya. Aku teguk liur. Lain macam aje Mikhael hari ni.

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUSWhere stories live. Discover now