Prolog 🌼

1K 139 40
                                    

Written by Fahizah_Reena

"Mikhael?" Aku seru namanya, namun dia tiada di sisi. Dia sedang bahagia bersama wanita lain. Senyuman indah yang terlakar dibibirnya buat wanita itu telah menghancur lumatkan perasaan aku. 

Kenapa dia tidak pernah senyum pada aku seperti itu?

Siapakah wanita itu, sehingga roman wajahnya sentiasa ceria ketika mereka berbalas bicara, sedangkan bila bersama aku... Dia memilih memaparkan wajah kosongnya, seperti tiada langsung minat untuk melayani aku sebagai isterinya.

Dadaku sakit, dan kaki ini aku tahan daripada mendekati mereka. Aku pejam mata serapatnya, tidak habis lagi rasa sakit hati yang menggebu bercampur aduk dengan cemburu.

Mungkin saja aku ini tidak ada di hatinya?

Aku perlu mengalah, bukan?

Aku membalikkan tubuh, mula menggorak langkah meninggalkan restoran gah itu. Kakiku longlai seperti agar-agar, hampir sahaja aku terjelopok. Namun, aku sempat berpegang pada tembok restoran.

Perlahan-lahan air hangat mengalir lesu, berbagai rasa menikam dadaku sehingga sesaknya perit untuk aku telan. Mengapa aku sukar menemui bahagia?

"Isya?"

Aku gila agaknya kerana terdengar suara dia memanggil aku. Segera aku pejam mata, menghilangkan ilusi yang aku bayangkan. Stop being stupid, Isya!

"Isya? Kenapa ni?"

Ketika ini, ada sentuhan lembut di bahuku. Aku terkejang seketika, tidak mungkinlah ini ilusi kerana aku merasai kehangatan tersalur di tanganku pula apabila orang di hadapanku ini memegang lembut tangan ini.

"Isya... kau okay, tak?"

Aku memberanikan diri, perlahan aku buka mata. Terkedu aku, sumpah tak percaya! Memang Mikhael depan mata aku. Dia tenung aku dengan riak risau, sejak bila dia ada emosi ini? Kebiasaan wajah kosong saja terpampang?

Mataku menangkap figura wanita di sebelah Mikhael, cantik. Terlalu cantik! Dia bertudung litup berwarna purple dan diserikan dengan dress labuh berwarna krim satin. Sungguh, aku terkejut melihat dia depan-depan.

Seketika aku merenung pakaian yang menyaluti tubuhku. Argh!!!

Sungguh memalukan!

Aku hanya pakai baju tidur dan kardigan untuk menutupi corak baju kartun hello kitty. Jatuh air muka aku!

Kenapa aku boleh lupa pakaian aku jelek sekali untuk dipandang? Patutlah muka Mikhael risau je, dia sebenarnga risaukan air muka dia jika wanita di sebelahnya tahu aku isterinya.

Lebih baik, aku undur diri.

Ya, itu yang terbaik.

Aku tolak tangannya, dan meloloskan diri daripada suamiku. Tiada kata yang aku perlu lontarkan, biarlah dia terpinga-pinga melihat teletah aku berlari macam lipas kudung.

...

Aku buat-buat tidur ketika pintu dibuka, nafasku tertahan bersama linangan air mata yang kembali pecah. Aku gigit bibir, mungkin lepas ni Mikhael akan memarahi aku kerana menghendap dia dengan wanita kesayangannya itu.

Mikhael juga mungkin akan membuat pengakuan tentang cintanya terhadap kekasihnya memandangkan aku dah lihat bukti di depan mataku sendiri.

Ya Allah, kenapa sukar sekali Mikhael untuk membuka hati untuk aku?

"Isya... kau ikut aku ke restoran tadi?

Dingin, aura itu meresapi suasana hening waktu ini. Suara itulah sentiasa menemani aku disepanjang tempoh perkahwinan kami. Tidak pernah dia mencuba bermanis kata denganku, tidak pernah walau sekali.

"Jawab Isya..."

Aku pekakkan telinga, tak mahu jawab!
Aku nak dengar dia mengaku sendiri kisah cinta yang dia sembunyikan daripada aku selama ini, waktu itu baru aku buka mulut. Dan, mungkin aku akan pinta sesuatu yang tidak pernah aku inginkan daripada dia.

"Aku tahu, kau dengar..."

Hembusan kasar kedengaran berat, selimut yang menutupi mukaku terus ditarik dan kantoilah aku buka mata. Terkebil-kebil mataku menongkah air mata, dan segera aku seka. Tak nak dia nampak aku bodoh sangat kerana menangis!

"Jangan macam budak-budak, tolong jadi matang sikit, Isya!" Keras suaranya memerli aku. Rasanya ini kali pertama dia bercakap lebih dan menunjukkan perasaan marah kepadaku.

Hatiku dibelit gerun, takut makin melimpah air mata ni.

"Dia Qistina..."

Aku tak boleh tahan, bingkas aku bangun. Aku cuba bangkit dan membelakangi dia. Tidak mahu dia tatap wajah lencunku ini. Mesti buruk!

Tingkahku terhenti, dia sambar pergelangan tanganku dan aku terkaku tanpa dapat bergerak.

"Dia bekas kekasih aku,"

Jeda.

Aku tersentak, silap sangkaanku. Takkanlah bekas kekasih? Dia silap cakap ke?

"I'm still love her, but..."
Terasa jantungku hendak meluruh, sakitnya...

Kenapa mesti dia mengaku seperti ini?

"Dalam hati awak, tak pernah ada Isya, kan? Tak pernah sedetik awak cintakan Isya..."

Hancur hatiku mengungkap perasaan kecewa, bibirku bergetaran melawan esakan. Tidak aku peduli dia fikir aku gila kerana menangis sebegini, yang penting ini kali terakhir aku menangis kerana mencintai dia sepenuh hati dari dulu hingga sekarang. Episod cinta ini perlu ditamatkan, itu tekadku.

...

Writer's comment : So how, on tak on? Siapa nak bab satu, komen nak 😂

𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐇𝐈𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐈𝐋𝐄𝐍𝐓 | STOP UPDATE/HIATUSWhere stories live. Discover now