› 〉9 📂 .ೃ

89 11 0
                                    

݄⿴݃*₊↷author。

" Ey meremang bulu roma saya dengan buku tu . " ryujin menongkatkan dagunya diatas meja .

Selepas semalam puas dia menyangka bahawa buku tersebut kepunyaan beomgyu , harini beomgyu menjelaskan segalanya kepada ryujin , tekanan di dada beomgyu berkurangan sedikit . Beban yang terkandas di kepala reda .

" Sebab tu saya stress . Saya dah cuba macam macam cara supaya buku tu terhapus tapi as you see , macam magic je buku tu tak jadi apa apa . " beomgyu mengeluh .

" Awak tak jumpa apa apa benda pelik ke dalam buku tu ? Maybe pesanan penting yang awak terlepas pandang ? " ryujin memeluk tubuh .

" Gambar seorang perempuan yang ditutup mukanya and tulisan yang berada kat belakang tu agak suspicious . " beomgyu menunduk .

Buku misteri tersebut bertukar tangan . Ryujin membukanya lalu tersenyum sinis secara tersorok . Apabila sampai dimuka surat beradanya gambar yang disebut beomgyu , ryujin mencabut gambar tersebut .

Pergerakannya itu menarik perhatian beomgyu yang dari tadi hanya menunduk . Ryujin mengusap gambar tersebut dengan riak yang kosong .

" Awak kenal perempuan dalam gambar tu ? " beomgyu yang perasan pergerakan ryujin yang agak pelik mula menyoal .

" Muka dia familiar , maybe bayangan je kot . " ryujin menutup semula buku tersebut .

Mukanya mula berubah , sebak didada . Air matanya jatuh lalu cepat cepat dilap .

" Ryujin awak okay ? Kenapa nangis ni ? " beomgyu mula bangun untuk duduk disebelah ryujin .

Perempuan ni sensitive , bila nangis tu jangan ditegur . Makin nak nangis rasanya adalah . Ryujin mula nangis disitu bertemankan beomgyu yang sedang memeluknya bagi menenangkan dirinya .

" Jangan nangis , nanti ryuryu saya dah tak comel lagi macam mana ? " beomgyu melepaskan pelukan lalu mencebik melihat keadaan ryujin .

" Iya saya dah tak nangis dah demi gyugyu saya . " ryujin tersengih lalu menarik hingusnya daripada meleleh .

" Comelnya ryuryu saya ni , hidung merah pipi merah . Nak gigit lepas tu kemam je tak nak lepas . " ryujin menepuk peha beomgyu perlahan menyebabkan mereka berdua tergelak .

" Malam ni saya cuti , kita keluar nak ? Boleh hilangkan sedikit kesedihan awak tu . " beomgyu menyoal . Walaupun tidak tahu punca sebenar ryujin menangis , namun beomgyu tetap mahu perempuan itu tersenyum semula .

" Saya dengar ada arcade baru bukak dekat hybe mall . Kaja ! " ryujin menarik kami berdua keluar dari cafe tersebut lalu bergerak menuju ke tempat yang diberitahu oleh ryujin .

。↷ ✧*̥₊˚‧☆ミ table of contents!¡ •ଓ.°

┊one
┊two
┊three
┊four
┊five
┊six
┊seven
┊eight
┊nine

ㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤ︶︶︶︶︶︶︶˗ˋ .*ೃ✧₊˚.❁ ↷

[✓ ] My Girlghostfriend ; CBG || SRJ Where stories live. Discover now