› 〉17 📂 .ೃ

75 11 0
                                    

݄⿴݃*₊↷author。

" Dah lama sangat awak berdiam ni ryujin , ceritalah dekat saya apa yang jadi . " beomgyu mengeluh .

Sejak semalam beomgyu tenangkan ryujin yang sedang ketakutan bersembunyi lalu membawanya kerumah beomgyu . Sehingga sekarang dia masih tak mahu buka mulut .

" Kalau saya terangkan , awak percayakan saya tak beomgyu ? Awak takkan larikan diri dari saya kan ? Janji dengan saya choi beomgyu . " ryujin memegang tangan beomgyu . Matanya bergetar ingin menangis .

" Ye , saya akan percaya awak shin ryujin . Saya janji saya takkan tinggalkan awak . " beomgyu memeluknya . Pelukan dilepaskan lalu ryujin pun mengeluh .

" Awak dah baca segala isi buku tu kan ? Jadi saya harap awak dah tau ada lelaki bernama chenle iaitu lelaki pujaan hati saya . Dulu saya seorang yang naif , takde kawan , selalu kena dera dengan makcik saya .

Sampailah satu hari ni chenle datang dalam hidup saya . Pada mulanya saya tak syak apa apa sebab saya memang dah buta dengan kasih sayang dan perhatian yang dia bagi . Rupanya saya tersilap langkah , dia ambil kesempatan keatas saya . "

" Semalam tu pun orang orang chenle yang kejar saya . Nasib baik awak ada untuk selamatkan saya , kalau tak apalah nasib saya sekarang . "

Ryujin mencabut rantai yang dipakainya . Beomgyu selalu nampak ryujin pergi mana mana pun setia dengan rantai tu .

" Loket rantai ni ada separuh sahaja , sebab separuh lagi dekat dia . Rantai ni ibarat nyawa saya sebab ni je barang peninggalan dari parents saya . Saya tak tahu langsung fungsi rantai ni sampailah chenle yang terangkan . "

Ryujin mengusap loket hati yang dipatah separuh .

" Rantai ni apabila digabungkan menjadi satu , roh yang tidak tenang dan sedang berlegar didunia akan dikumpulkan lalu dihantar ke tempat yang sepatutnya . Tetapi rantai ni tidak bercantum semudah yang dia sangka , hanya ada beberapa orang yang diberi kelebihan sahaja dapat cantumkan rantai ni . "

Ryujin memberi rantai itu kepada beomgyu .

" Tapi saya tak nak , saya lari sebab saya takut . Chenle ada niat jahat untuk semua roh roh tersebut apabila mereka dah berkumpul dalam loket kami . Saya tak mahu kacau roh roh orang yang berhak bahagia . Disebabkan ketakutan saya , saya terkandas dekat dunia ni . Saya tak tahu bila masanya saya akan pergi .

Saya seperti terikat dengan rantai ni , seolah olah selagi rantai kami tak bercantum selagi itu saya masih disini dan takkan mati . Saya penat dan buntu , beomgyu . Kalau kami dapat cantumkan rantai dan roh berkumpul , chenle akan jalankan rancangan jahatnya . Tapi kalau saya tak dapat rantai lagi separuh yang berada dalam genggaman dia tu , saya tak akan pergi dengan tenang . Saya mungkin akan hidup selamanya . Sama juga seperti chenle .

Saya tak berhak bahagia di syurga bersama keluarga saya beomgyu ? Kenapa saya perlu hadapi semua ni ? Saya tak kuat . "

Ryujin menangis dipelukan beomgyu . Segalanya sudah terbongkar . Beomgyu sudah faham kenapa gambar tersebut ada pada ryujin . Tetapi mengapa dirinya yang terlibat ?

" Ryujin kalau awak tak kisah , saya nak tanya . Kenapa saya yang terlibat ? "

" Awak adalah salah seorang yang berkelebihan , sebab tu dia datang dekat dengan awak . "

" Tapi saya tak pernah lagi terserempak atau berkomunikasi dengan orang yang bernama chenle . " beomgyu cuba mengingati semula .

" Memang lah , dia tak macam saya . Saya muncul dengan jasad saya . Tetapi dia muncul dengan jasad orang yang awak kenal . Heesung , pembuli setia awak tu . Sebelum ni dia buli awak sampai nak naik tangan ke ? Selalunya dia mintak duit je kan ? " ryujin menarik hingusnya daripada meleleh . Selekeh betul minah ni .

" Jadi awak nak cakap yang badan heesung tu sebenarnya didalam dia adalah chenle ? Selama ni saya dibuli dengan hantu ? Eish seramnya . " beomgyu menggosok lengannya .

" Lawak la awak ni beomgyu , depan mata awak ni apa ? " beomgyu pandang tepat ke arah kornea milik ryujin . Bulu romanya berdiri tegak . Dia baru sedar dihadapannya ini bukanlah makhluk sepertinya .

" Err ry-ryuj-jin saya nak bal-lik du-l-lu . " beomgyu menundukkan badannya lalu keluar dari rumah ryujin . Lututnya lemah pula apabila tersedar kebenarannya .

。↷ ✧*̥₊˚‧☆ミ table of contents!¡ •ଓ.°

-/-

┊eleven
┊twelve
┊thirteen
┊fourteen
┊fifteen
┊sixteen
┊seventeen

ㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤ︶︶︶︶︶︶︶˗ˋ .*ೃ✧₊˚.❁ ↷

[✓ ] My Girlghostfriend ; CBG || SRJ Where stories live. Discover now