› 〉20 📂 .ೃ

68 7 0
                                    

݄⿴݃*₊↷choi beomgyu。

Perkara petang tadi masih melekat di kepala ku . Amboi kuat betul panahan rasa cinta si ryujin tu bagi .

" Dik ? Oh dik ? ADIK NI JANGAN SAMPAI SAYA CURI KANG ICECREAM NI ALAMAK AI NAK BAYAR PERGI TERMENUNG NAK ROBOH DINDING ! "

Jeritan customer aku menyedarkan aku di dunia realiti . Aish kau ni beomgyu angau sangat sampai customer pun maghoh .

" Sorry sorry meh sini ice cream tu saya scan dulu . 500 won encik . " beomgyu menggaruk belakang kepalanya yang tidak gatal . Malu dan sebersalah gamaknya .

Lalu dia pun keluar sambil menjeling beomgyu . Alahai kalau ye pun marah tak yah la sampai jeling jeling , cucuk biji mata tu guna kasut baru tau .

" Kalau nak kerja , kerja elok elok . Fikirkan saya ke sampai customer marah ? " aku menoleh kebelakang .

Hampir tercabut jantung aku . Perempuan ni pinjam ochobot punya teleport ke apa ?

" Lah terkejut macam nampak hantu asal ? Eh kejap saya memang hantu pun tapi bukan awak tak takut ke ? " ha dah mula loyar buruk dia .

" Shin Ryujin sejak bila awak ada kat sini ni ? " soalku .

" Sejak awak termenung senyum angau sorang sorang macam orang gila hokhok . "

" Ish dahla pergi balik rumah sana , jangan kacau saya nak kerj- "

PANG !

Bunyi seperti benda pecah di stor . Aku dah terkejut kuasa 2 . Baru sahaja hendak melangkah pergi ryujin menarik supaya aku duduk di kerusi cashier semula .

" Kenapa awak ni ryujin barang pecah tu , mana tau ada perompak habis semua barang lesap saya kena marah dengan-"

" Shuhhhh ! Diam nanti dia dengar . " ryujin bisik ditelinga aku .

Tap !

Tap !

Tap !

Bunyi derapan kaki menghala ke sini .

" Kalau awak teringin nak ada nightmare malam ni cubalah bukak mata awak . " dengar sahaja ryujin berkata sedemikian terus aku menutup mata .

Apa benda tu ? Perompak atau hantu ? Eomma beomgyu takut huwaa !

" Mrs Ji-ah , macam mana mrs boleh sampai sini ? " suara ryujin bergema .

Aku curious dan teringin bukak mata untuk melihat gerangan yang bernama ji-ah itu tapi aku takut hiks . Macam mana kalau dia bukan manusia macam ryujin ? Tapi mungkin lebih teruk rupanya ? Yela aku jujur ryujin tu hantu lawa TT

" Saya ada dengar suara lelaki yang bakal selamatkan kita tadi ryujin . Mana dia ? Saya nak mintak tolong dia ryujin . Saya dah penat berliar liar dekat dunia tanpa nyawa dan penglihatan . " suara lunak serak basah kedengaran lagi .

Wait-apa dia cakap tadi ? Nyawa ? Okay sah tu bukan spesies aku

" Mrs salah dengar kot ? Takpe mrs saya akan cuba cari lelaki tu sedaya upaya saya . Saya faham mrs terseksa , nak bahagia dan tenang dekat syurga begitu juga saya . Saya janji saya akan tamatkan semua ni secepat yang mungkin . " ryujin tersenyum .

Aku dah penat tutup mata akhirnya aku buka sedikit demi sedikit .

" HANT- "

Mulutku ditutup rapat oleh ryujin . Such a view . Lepas kepala tergantung dekat kipas dalam kelas tempoh hari , sekarang hantu takde mata pula . Darah meleleh di pipinya seperti air mata dan berulat kelopak mata .

" Kenapa ryujin sayang ? Awak okay tak tu ? " hantu itu mula menolehkan mukanya kearah aku , lebih tepat seperti merenungku tanpa mata .

Hati aku berdegup pantas , terkejut , takut , nervous , nak nangis , nak jerit semua bercampur . Macam nak pengsan pun ada juga . Aku terus menutup mataku semula .

" Takde pape la mrs , ryujin tergigit lidah sendiri hehe . Mrs nak balik ke ? Saya boleh hantar kan mrs balik ke kubur mrs semula . " ryujin masih lagi tidak melepaskan tangannya dimulut ku .

" Tak apalah saya balik sendiri . Jangan risau kan pasal saya . Awak boleh terus kan cari budak lelaki tu . Saya minta diri dulu ya ryujin . " aku membuka mata semula . Menampakkan belakang hantu itu yang hilang dibawa angin . Aku menelan air liur terkejut .

" Memang lepas kita meninggal auto dapat super power macam tu ke ? Awak pun tiba tiba je muncul depan saya . Kalau macam tu tak sabar saya nak mati ! " aku berkata dengan teruja selamba .

Seraya itu juga tepat telapak tangan ryujin menghinggap dibelakang kepala ku .

" Sedap mr choi beomgyu ? Nak sangat kan mati awal ? Kalau awak mati macam mana nak tolong saya ? Awak nak mrs tadi datang cari awak lagi ? " muka ryujin memerah . Adakah ini petanda aku untuk lari ? Nampaknya ada bom nak meletup .

" Saya rasa macam ada benda pecah lah masa hantu tu datang tadi . Saya nak pergi check dulu la . " aku cuba mengelat .

" CHOI BEOMGYU ! "

Alamak bom da meletup ! Langkah dilajukan kearah stor lalu menguncinya dari dalam . Safety first yall .

" Sorry lah ryujin saya gurau je ! Saya masih tak puas hidup . Janganlah ambil nyawa saya betul betul . " aku menjerit dari dalam stor .

Senyap . Tiada jawapan . Dah balik rasanya . Aku bersandar di pintu sambil menutup mata . Nafas lega aku lepaskan . Aku membuka mata untuk pastikan ryujin dah balik . Pemandangan pertama aku sungguhla tidak memuaskan . Mungkin esok aku dah tidak bernafas siapa tahu ? Mohon semua doa kan nasib yang bakal menimpa seketul beomgyu .

" Hi ? " aku tersenyum sumbing .

" SINI AWAK SAYA PIAT TELINGA AWAK ! " ryujin mula menjerit . Siyes aku lupa dia boleh teleport hiks .

" RYUJIN SAYA GURAU JE HUWA ! "

。↷ ✧*̥₊˚‧☆ミ table of contents!¡ •ଓ.°

-/-

┊eleven
┊twelve
┊thirteen
┊fourteen
┊fifteen
┊sixteen
┊seventeen
┊eighteen
┊nineteen
┊twenty

ㅤㅤㅤㅤㅤ ㅤ︶︶︶︶︶︶︶˗ˋ .*ೃ✧₊˚.❁ ↷

[✓ ] My Girlghostfriend ; CBG || SRJ Where stories live. Discover now