Pagi subuh yang sangat menyegarkan Aliya Hani membuka matanya ,dalam keaadaan yang mamai dia terdengar suara azan yang berkumandang. Dia segera pergi ke bilik air dan mencuci mukanya, selesai sahaja mencuci muka dia mengambil air wudhu pula. Dengan khusuk Aliya Hani menunaikan solat , selesai sahaja solat subuh dia menggosok baju sekolahnya dan melipat beberapa baju lalu dimasukkannya didalam beg. Dia melangkah dengan perlahan untuk pergi ke dapur kerana takut neneknya terbangun dari tidur.
Aliya Hani membuka peti sejuk dia hanya terlihat sayur dan telur sahaja. Dia menghembus nafasnya "Haihh.. nampak gayanya aku kena beli barang makan ni..hm.." dia segera mengambil sayur dan telur itu. 'Nasi semalam ada baki lagi' Aliya Hani menghidu bau nasi itu 'Wow..fantastic masih baguss....good2' dia memuji nasi itu kerana masih bagus. Aliya Hani hanya menggoreng nasi itu bersama telur dan sayur sahaja, selesai itu dia pergi ke bilik neneknya sambil memegang dulang yang berisi nasi goreng yang berada di dalam pinggan dan teh panas.
Dengan perlahan dia mengetuk dan membuka pintu neneknya sempat dia mengerling kearah jam yang berada di dalam bilik itu masih awal untuk dia meninggalkan rumah. Dengan perlahan Aliya Hani membangunkan neneknya itu "Ehh.. Hani tak pergi sekolah ke?" tanya neneknya terkejut kerana melihat cucunya yang belum mengenakan baju sekolah. "Hehe belum lagi ...awal masih nek haa .. nenek makan sarapan yang Hani buat ni SODAP punya ..bahan paling simple.." kata Aliyah Hani dengan bersungguh-sungguh . Neneknya hanya mampu tersenyum dengan telatah Aliyah Hani "Ha.. Hani dalam peti sejuk tu ada barang basah lagi tak?" dengan risau neneknya menanya "Takde lagi lah nek ..dah habis .. nanti lepas balik sekolah dan shift Hani beli makanan ok nek" kata Aliya Hani sambal membuat simbol 'ok' kepada neneknya. "Ehh..dah lambat nek Hani bersiap sulu ye nek assalamualaikum" dengan segera Aliya Hani menukar bajunya. Awning tudung dibetulkan dia segera keluar dari biliknya. Dengan cepat dia menyarungkan stoking ke kakinya.
Selesai sahaja dia memakai kasut dia menyalam dan mencium tangan neneknya sebelum pergi.
.
.
.
.
.
like dan share.. thank you
![](https://img.wattpad.com/cover/278011455-288-k133937.jpg)
YOU ARE READING
ILLUSION
RomansaAliya Hani hanyalah seorang remaja perempuan yang tidak mempunyai apa2 dan hanya terdapat sebuah cerita gelap di belakang mukanya yang ceria itu. Manakala, Eliot Khairi pula seorang remaja lelaki yang mempunyai kacukan Canada. Matanya yang berwarna...