Bab 2 Bodyguard

4 1 0
                                    


Suasana pagi yang meriah membuatkan semangat Aliya Hani tinggi. Dia memarkir basikalnya itu di tempat letak basikal. Dengan semangat dia berjalan ke pintu pagar sekolah meski pun dia tidak mempunyai banyak rakan tetapi dia tetap boleh tersenyum. "Hah..awal sampai .." kata pengawas perempuan yang menjaga pintu pagar "Aku terbangun awal tadi tu yang cepat ni haha.." Kata Aliya Hani dia terus berjalan pergi ke tapak perhimpunan.

Tiba2 datang seorang pelajar tingkatan 2 mendekatinya "Er.. Kak Aliya?" tanya pelajar itu "Pengetua panggil kat pejabat .. katanya ada hal yang ingin di bincangkan dengan akak" jelas pelajar itu lagi , Aliya Hani hanya mengangguk sahaja dan terus pergi ke pejabat.

****pejabat****

Dengan sedikit rasa takut di dada Aliya Hani memberanikan dirinya untuk mengetuk pintu "Masuk" kedengaran suara yang memberi arahan dari dalam Aliya Hani terus membuka pintu. "Ye cikgu ..err cikgu panggil saya ke ?" tanyanya untuk mengambil kepastian ,pengetua itu hanya menganggukkan kepalanya. "Well eherm.. saya ada benda nak bincang dengan kamu. Pagi ini ada seorang pelajar baru yang akan berpindah disini . So tugas kamu sebagai seorang murid yang saya percaya untuk tahun ini ..hmm.. saya nak kamu jadi pemerhati untuk dia faham?" panjang lebar penjelasan yang diberi. Aliya Hani hanya membatu dan mula bersuara "Err..cikgu bukan ke bunyi sama je macam jadi guard dia?" tanyanya "Hm.. ya sangat tepat" Aliya Hani menelan Air liurnya "Saya yakin yang kamu boleh lakukannya Aliya".

Selepas sahaja perbincangannya itu dia berjalan untuk menuju semula kearah tapak perhimpunan. Aliya Hani ternampak kereta yang berwarna hitam di hadapan pintu pagar. Seorang budak lelaki yang berkulit putih ,rambutnya berwarna blonde dan matanya berwarna biru keluar dari kereta. Aliya Hani hanya memerhati sahaja dari jauh reaksi mukanya tidak seperti murid yan lain 'bukannya hensem sangat pun..iman aku kuat lahh..'.

*******

Eliot Khairi memandang sekolah barunya itu baginya biasa2 sahaja tiada apa yang istimewa. Eliot Khairi terpaksa berpindah ke sekolah itu , memangdangkan umurnya yang sudah mencecah 17 tahun papanya sangat percaya kepadanya untuk memegang syarikat di sana buat sementara waktu. Pada mulanya dia langsung tidak mahu tetapi apabila mama dan papanya menyentuh tentang 'anak derhaka' dia terpaksa menurut sahaja.

Pengetua menyambutnya dengan mesra , Eliot Khairi pula hanya boleh tersenyum sahaja "Welcome to our school!!" kata pengetua itu "Do you can speak in Malay?" tanyanya lagi Eliot Khairi hanya mengangguk sahaja. Dia di bawa ke tapak perhimpunan seperti seorang anak raja. Eliot Khairi sudah pun terbiasa dengan situasi seperti begitu. Dari jauh dia perasan Aliya Hani sedang memerhatikannya tapi dia buat tidak tahu sahaja. Aliya Hani tersedar dari lamunannya apabila pengetua memanggilnya menggunakan isyarat tangan dia segera berlari anak pergi kearah pengetua. Aliya Hani di perkenalkan dengan beberapa bodyguard itu "Aliya ini bodyguard Eliot Khairi.. mereka ada nak cakap dengan kamu. Saya pergi ke tapak perhimpunan dulu dan saya serahkan semua ini kepada kamu faham?" pengetua itu terus jalan. "So..kamu akan tengokkan tuan muda?" Aliya Hani ingin tergelak mendengar perkataan 'tuan muda itu. "Haah ..saya yang tengokkan dia.." Aliya Hani menelan air liurnya apabila suasana mereka sedikit suram baginya "Kami ada benda nak bagi tahu , hmm.. memandangkan kami tidak dapat masuk kedalam .. kamu akan menjadi sebahagian daripada kami dan kamu juga akan mendapat gaji ..." bulat mata Aliya Hani apabila terdengar perkataan GAJI itu "Err tapi lah kan ..hm.. saye nak jadi mata ni pun sebenarnya tak perlukan gaji ..haha.." lelaki itu hanya memandang sahaja Aliya Hani yang cuak .

"Saya faham tapi.. bukan ke umur kamu 17? Banyak kos yang ingin dibayar? Jangan risau gaji yang diberi tidaklah begitu besar sekali. Memandangkan hari ini hari pertama kamu start gaji akan diberi sebanyak dibawah seribu setiap bulan.." Aliya Hani terpaksa menerima semua ini baru dia ingin bercakap dipotong oleh lelaki itu "Tapi.. setiap balik kita akan berjumpa di 'ROSE CAFÉ' . Saya nak kamu ambil buku ni dan catat apa yang terjadi di sekolah faham?" Aliya Hani hanya mengangguk sahaja . "Baiklah kita akan bersurai disini ..Selamat tinggal.." Aliya Hani hanya melambai sahaja lalu dia berlari dengan pentas sambil memegang buku yang diberi tadi..

 ****

Semua murid yang berada didalam kelas tertumpu dengan eliot khairi yang duduk di hadapan. Kedengaran bisikan perempuan "weihhh...hensemnya mesti ada kacukan kan? OMG...he so hot..". Aliya Hani yang duduk di belekang sekali hanya mendengar perbualan perempuan yang telah pun dilabel gedik. Misinya sekarang ini hanya untuk memerhati Eliot Khairi. Tiba2 datang dua orang budak perempuan dari kelas lain datang kearah Eliot Khairi . "Hai saya Ameera . awak boleh panggil saya meera ..err..nah surat saya nak bagi awak ..hmm..jangan lupa balas tau ...hehe..bye" Budak perempuan itu pergi keluar dari kelas itu dengan pipinya yang merah menahan malu atau bahagia. Aliya Hani yang ternampak perbuatan itu terus mengambil buku yang diberi lalu mencatat di dalam

8:30 Isnin (DALAM KELAS)

Ada dua orang budak perempuan gedik yang hantar surat dekat Eliot Khairi. Mereka keluar dengan muka yang pelik bagi saya. TAPI Eliot Khairi hanya buat muka yang takde reaction.

Aliya Hani membaca semula apa yang di tulis "Hmm..boleh tahan jugak tulisan aku ni" sempat dia memuji tulisannya yang sedikit seperti cakar ayam itu. Sepanjang kelas pada awal pagi itu berjalan denagn lancar Eliot Khairi menumpukan pada mata pelajaran jadi senang untuk Aliya Hani belajar.

Tibalah waktu rehat yang di nantikan oleh semua pelajar. Aliya Hani yang sengaja lambat2 keluar dari kelas hanya memerhati Eliot Khairi yang diajak makan bersama team2 lelaki kelasnya *nak tumpang femes la tu..* . Suasana kantin yang begitu riuh menampakkan kehidupan kantin. Meja yang diduduki Eliot Khairi di datangi banyak pelajar lelaki dan perempuan. Aliya Hani pula melihat jam tangannya untuk mengingat waktu , dia mengasingkan dirinya dari meja Eliot Khairi. 

.

.

.

.

share and like ..

thank you..

ILLUSIONWhere stories live. Discover now