Aiden

7K 149 2
                                    

Aku membuka aplikasi Instagram dengan perasaan bosan. Gambar yang baru sahaja aku kongsikan telah mendapat 25,000 ribu likes dan komen. Kebanyakannya adalah daripada kaum wanita.

Tatkala aku menaikkan wajah untuk memandang ke arah wanita itu, pandangan kami bertaut hanya sesaat sebelum wanita itu melarikan pandangannya. Aku tersenyum bangga apabila sedar wanita itu terusik dengan kehadiranku di sini.

Aku memerhatikan riak muka wanita itu semasa dia mendengar celoteh dari mulut Betty. Kening yang tiba-tiba berkerut, mulut yang tiba-tiba ternganga, senyuman nipis yang kadang-kala terukir itu menarik minatku untuk terus melihat.

Telefonku yang berdering membuatkan fokuskan kembali ke situ. Tertera nama Jack di skrin telefonku.

"What's up?" Soalku dengan mata yang masih merenung wanita yang duduk bertentangan denganku.

Sesekali aku mengangguk mendengar apa yang sedang diperkatakan oleh Jack.

"Sure, buddy. Tunggu 5 minit, aku on the way." Aku segera mematikan panggilan sebelum pandanganku tertumpu semula di hadapanku. Setelah itu aku bangun dari sofa yang telah aku duduki sejak 2 jam yang lepas lalu naik ke tingkat atas untuk bertemu dengan Jack.

Aku mengerutkan keningku apabila melihat Jack bersama 2 rakannya sedang mencangkung di hadapan seorang wanita.

"What happened?" Soalku kepada Jack yang wajahnya menunjukkan riak kerisauan.

"This girl beritahu ada lelaki yang cuba rogol dia." Kata Jack dengan wajah yang bengang. Mungkin marah kerana perkara seperti ini terjadi di partinya sendiri.

Pandanganku berarah ke arah wanita yang sedang memeluk tubuhnya erat. Suara esakan yang perlahan kedengaran diikuti dengan gigilan di tubuhnya.

"Who?" Soalku dengan wajah yang masih tenang. Aku tidak sangka masih ada lelaki yang bersikap seperti binatang. Selama aku hidup, tidak pernah terlintas di fikiranku untuk memaksa wanita tidur bersamaku. Aku masih waras.

"I don't know... I tak nampak muka dia sebab dia attack I dari belakang." Balas wanita itu disela tangisannya.

"You tak mahu buat police report?" Soal Jack pula.

Wanita itu menggeleng laju. "I cannot... if I buat report nanti kantoi..."

Aku hanya mengangguk faham. Ujian air kencing, keputusan positif, bom! Penjara menanti.

"Kalau macam tu, Remy, one of my friend akan tolong hantar you pulang. Okay?" Jack berkata dengan nada lembut. Walaupun kami masing-masing jenis suka berfoya, tapi kami masih mengambil berat soal keselamatan wanita.

Wanita itu mengangguk sebelum bangun dibantu oleh Jack. Remy, lelaki berbangsa India itu segera meletakkan jaket kulitnya ke bahu wanita itu sebelum mereka sama-sama menapak ke arah lif.

"Well, sekarang macam mana?" Soalku kepada Jack yang sudah bangun dari mencangkung.

"Aku nak pergi ke security room untuk check cctv. Kalau kau nampak ada lelaki suspicious, call aku." Kata Jack sebelum menepuk bahuku. Aku hanya mengangguk.

Terasa mahu membuang air kecil, aku terus melangkahkan kaki ke arah bilik air yang berada di hujung. Aku mengerutkan kening apabila mendengar bunyi bising seperti perempuan sedang bergaduh.

Mataku terus menangkap kelibat Betty yang menghala ke arah yang sama. Riak wajahnya ketika itu sangat cemas. Aku segera mengikutinya dari belakang.

"OH MY GOD WHAT HAPPENED JUST NOW?" Jeritan Betty mengejutkan diriku. Aku bertambah terkejut apabila melihat wanita yang sedari tadi aku perhatikan sedang berada dalam situasi yang tidak pernah kujangka.

HISWhere stories live. Discover now