Nazaliya

9.3K 114 5
                                    

(Warning: 18+ content. Skip this chapter if you don't like.)

Aku terjaga dari tidurku apabila terasa mataku silau dengan cahaya matahari yang menyinari ruang bilikku. Aku yang masih mamai cuba untuk mengeliatkan badan tetapi terhenti kerana terasa ada tangan yang memeluk tubuhku.

Aiden? Aku berasa hairan apabila melihat Aiden yang sedang tidur nyenyak disampingkan. Tangannya sedang memeluk tubuhku, serta kakinya yang bersilang dengan kakiku di dalam selimut.

Kemudian aku tersedar yang aku tertidur ketika pertengahan cerita yang kami tonton malam tadi dan Aiden membawa tubuhku naik ke bilik.

Aku merenung wajah tampannya lalu pipinya yang bersih dari sebarang cela kuusap. Aku tidak tahu mengapa, tetapi aku sedar yang semalam Aiden merenung wajahku seolah-olah dia mahukan sesuatu dariku.

Mungkin lelaki itu mahukan tubuhku, tetapi aku tidak akan memberinya dengan mudah. Sepanjang aku bercinta dengan Irfan dahulu, lelaki itu juga kerap meminta agar aku memberi keizinan kepadanya untuk dia meniduriku tetapi aku hanya menolak. Tetapi itu bukan alasan untuk lelaki itu curang dan meniduri perempuan lain dibelakangku.

Jujur aku katakan kadang-kala aku juga tewas dengan permainan nafsu antara kami. Aku berani untuk berpelukan, berkucupan, menyentuh ringan tubuhnya tetapi tidak yang satu itu. Aku menjaga daraku dengan harapan daraku hanya milik suamiku. Dengan kehadiran Aiden, aku perlu kuat untuk melawan keinginan nafsu untuk bersamanya.

Apabila bibirnya dibawa ke bibirku, terasa ada rama-rama yang bermain di perutku. Tubuhku terasa diawang-awangan, dan aku mahukan keintiman yang lebih lagi darinya. Mujur Aiden juga mampu mengawal dirinya untuk tidak menyentuh diriku dengan lebih intim, kerana aku tidak kuat untuk menolak jika hal itu terjadi.

Aku sendiri tidak pasti dengan hubungan kami berdua ketika ini. Aku tidak berharap apa-apa dari Aiden. Apabila Aiden mengatakan ayat seolah-olah aku penting dalam hidupnya, perasaan takut menjalar di segenap hatiku. Di dalam hatiku masih ada kesan parut yang ditinggalkan oleh Irfan, dan aku tidak mahu parut itu menjadi luka baharu yang akan ditinggalkan oleh Aiden pula.

Perasaan sakit dikhianati oleh Irfan sudah cukup merobek hatiku selama berbulan-bulan, dan jika Aiden menyakiti hatiku sama seperti Irfan, aku tidak tahu berapa lama aku perlu hadap rasa sakit itu. Mungkin bertahun-tahun.

Buat masa ini aku hanya suka dengan kemesraan yang Aiden berikan padaku, dan tidak lebih dari itu. Untuk mengatakan aku mempunyai perasaan istimewa terhadap Aiden, aku sendiri tidak pasti. Mungkin aku tertarik dengannya kerana wajah dan fizikalnya, fikirku cuba untuk menyedapkan hati.

Kadang-kala fikiranku melayang memikirkan Aiden semasa aku tidak bersamanya. Perasaan rindu terhadapnya itu ada, tetapi tidak terlalu dalam. Mungkin kerana aku sudah tahu mengenai sikap Aiden yang sering berfoya, menyebabkan aku lebih berhati-hati untuk tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis dan tindak-tanduk Aiden terhadapku.

Jantungku masih berdebar setiap kali mataku bertentang dengannya, tetapi aku meyakinkan diriku bahawa hal itu terjadi kerana rupa paras Aiden yang kacak. Aku berasa sedemikian kerana fizikal Aiden yang menarik. Hanya itu sahaja dan tidak lebih dari itu.

Usapan jariku di pipi Aiden terhenti apabila Aiden sudah terjaga dari lenanya. Senyuman indah terukir di bibirnya. Jariku dibawa ke lesung pipit yang terhasil apabila Aiden tersenyum.

"Morning, gorgeous." Aiden membawa jariku ke bibirnya lalu dikucup lembut. Aku menarik nafas dalam. Walaupun rambut lelaki itu kelihatan kusut-masai, tetap tidak dapat mengurangi paras kekacakannya. Mengapa fizikal lelaki ini terlalu sempurna?

HISWhere stories live. Discover now